Min Chen Meriahkan Hari Pertama Jualan OPPO F7 | Ramai dah ketahui OPPO F7 telah dilancarkan pada 19 April 2018 dengan harga RM1,399 dan pada 21 April 2018 di hari pertama penjualan OPPO F7, mereka turut melancarkan versi storan yang lebih besar iaitu OPPO F7 128GB pada harga RM1,799.

Pelancaran ini telah dilakukan di Sunway Pyramid yang merupakan lokasi roadshow pertama mereka dan kemudian akan bergerak ke beberapa tempat lagi. Pada pelancaran itu, Min Chen, ikon swafoto OPPO F7 telah memeriahkan majlis dengan menyampaikan sebuah lagu dan sesi bertemu peminat.

“Saya sangat seronok dan teruja untuk menyaksikan acara jualan pertama sebagai Ikon Swafoto OPPO F7. Sebagai pelakon dan peminat swafoto, Teknologi Kecantikan A.I. 2.0 benar-benar berguna kerana A.I. mengenal pasti pilihan kecantikan saya, berdasarkan pengeditan yang paling biasa dibuat pada foto album. Ia kemudian secara automatik mencipta pelarasan yang serupa untuk foto baru saya. F7 tahu dengan tepat apa yang saya mahu, mengambil swafoto yang luar biasa, dan ia membantu saya menjimatkan masa, jadi saya boleh berkongsi lebih banyak foto dengan pengikut saya,” kata Min Chen.

|
F7 |
|
| Kamera Depan | : 25-Megapixel : AI Beauty Technology 2.0 |
| Kamera Belakang | : 16-Megapixel : AI Scene Recognition |
| Versi Android | : Android 8.1 |
| Pemproses | : Octa Core, sehingga 2.0Ghz, ColorOS 5.0 |
| Memori | : 6GB RAM + 128GB ROM |
| Memori Tambahan | : 3 slot tray, sehingga 256GB kad MikroSD |
| Kad Sim | : Dual Nano |
| Skrin Paparan | : 2280 x 1080 FHD+ |
| Bateri | : 3400 mAh |
| Saiz / Berat | : 156mm x 75.3mm x 7.8mm / 158g |
| Warna | : Solar Red, Diamond Black |

OPPO F7 128GB akan dijual di Malaysia pada harga RM1,699, tambahan RM300 dari model 64GB. OPPO F7 128GB datang dalam dua warna, Sunrise Red dan Diamond Black dengan kemasan belakang seperti batu berlian.
Maxis juga membuat tawaran hebat khas kepada pengguna Maxis, di mana pelanggan boleh membeli OPPO F7 ini pada harga RM1 sahaja dengan mendaftar pakej MaxisONE Plan 158 di mana-mana pusat khidmat pelanggan Maxis.
Tempahan awal OPPO F7 128GB akan dibuat bermula dari 23 April hingga 27 April 2018. Tempahan ini boleh dibuat di Stor Konsep OPPO seluruh Malaysia, dan di Stor Online OPPO serta rakan dagang seperti Lazada, 11street, Shopee, Senheng dan senQ.