OPPO F7 Pakar Selfie Dengan 25MP Kamera Depan | Semakin rancak pasaran telefon pintar Malaysia dan terbaru OPPO, pakar dan peneraju Selfie, melancarkan telefon pintar siri F yang terkini iaitu OPPO F7! Peminat tegar Selfie pasti tidak mahu lepaskan peluang untuk memiliki telefon pintar baru ini yang dipasarkan pada harga hanya RM1,399. Ya sungguh kompetitif dan dikategorikan berbaloi dengan fungsi-fungsi yang terkini dan juga fungsi yang dinaiktaraf dari OPPO F5 yang lalu.

OPPO F7 ini dikuasakan oleh ‘Aritificial Intelligence’ (A.I.), yang akan membawa teknologi telefon pintar ke tahap yang lebih tinggi. Teknologi A.I. tersebut telah dipertingkatkan untuk fotografi swafoto sebagai tambahan kepada banyak lagi ciri operasi berkuasa A.I. Paparan Skrin Terluas dan perisian pelbagai tugas yang juga telah dinaik-taraf, F7 kini menawarkan suatu pengalaman kepada pengguna yang lebih baik.
Spesifikasi OPPO F7
Telefon pintar ini akan didatangkan dengan 2 variasi iaitu F7 dan F7 (128GB) dan dilengkapi dengan spesifikasi berikut:

|
F7 |
F7 (128GB) |
|
| Kamera Depan | 25-Megapixel AI Beauty Technology 2.0 |
25-Megapixel AI Beauty Technology 2.0 |
| Kamera Belakang | 16-Megapixel AI Scene Recognition |
16-Megapixel AI Scene Recognition |
| Versi Android | Android 8.1 | Android 8.1 |
| Pemproses | Octa Core, MTK P20, sehingga 2.0Ghz, ColorOS 5.0 | Octa Core, sehingga 2.0Ghz, ColorOS 5.0 |
| Memori | 4GB RAM + 64GB ROM | 6GB RAM + 128GB ROM |
| Memori Tambahan | 3 slot tray, sehingga 256GB kad MikroSD | 3 slot tray, sehingga 256GB kad MikroSD |
| Kad Sim | Dual Nano | Dual Nano |
| Skrin Paparan | 2280 x 1080 FHD+ | 2280 x 1080 FHD+ |
| Bateri | 3400 mAh | 3400 mAh |
| Saiz / Berat | 156mm x 75.3mm x 7.8mm / 158g | 156mm x 75.3mm x 7.8mm / 158g |
| Warna | Solar Red, Moonlight Silver, Diamond Black | Solar Red, Diamond Black |
OPPO kini mengorak langkah dan akan menembusi pasaran Eropah hujung tahun ini menjadikan ia negara ke-31 yang dijelajahi oleh mereka, kata Nikki Chen, Pengarah Penjenaam OPPO. Dengan usaha berterusan, OPPO meningkatkan lagi penyelidikan dan pembangunan telefon pintar ini dan telah mempunyai 6 pusat penyelidikkan di Dongguan, Shenzhen, Shanghai, Beijing, Yokohama (Jepun) dan Silicon Valley (Amerika Syarikat).

Antara fungsi-fungsi yang diperkenalkan pada telefon pintar ini adalah…
25MP X Real-Time HDR Sensor – Kamera hadapan OPPO F7 beresolusi tinggi 25MP dengan sensor High Dynamic Range (HDR) masa-sebenar. Imej yang diambil dengan F7 akan mempunyai lebih banyak “maklumat” seperti tahap perincian, warna dan pencahayaan yang lebih tinggi apabila gambar diambil di bawah sinar matahari terang atau teduh, sama seperti imej yang diambil dengan menggunakan kamera digital berkualiti tinggi.

Teknologi AI Beauty 2.0 – OPPO yang mempelopori pengenalan F5 yang dikuasakan dengan teknologi A.I. Beauty Recognition, yang menjadikan swafoto lebih nyata, semulajadi dan tersendiri. Kini, F7 akan mempunyai generasi kedua teknologi Pengecaman Kecantikan A.I. 2.0 yang mengangkat kedudukan fotografi swafoto lebih tinggi lagi. Kemajuan terbaharu termasuk keupayaan pengenalan wajah yang lebih tepat, kesan kecantikan yang lebih baik untuk pelbagai jantina dan umur; keupayaan pembelajaran sendiri berdasarkan pilihan oleh pengguna juga ditambah dengan pelbagai ciri-ciri yang menyeronokkan.

Super Full Screen 2.0 dengan Nisbah Aspek 19:9 – F7 dilengkapi dengan resolusi 2280 x 1080 yang ditambah baik, Paparan Skrin Terluas 6.2 inci FHD+ memberikan pengalaman visual yang lebih berwarna, terang dan menyeronokkan. F7 juga merupakan salah satu telefon pintar pertama dengan nisbah aspek 19:9 yang disesuaikan, memberikan pengguna kesan yang lebih luas untuk permainan strategi yang popular. Ia mencapai prestasi visual yang luar biasa ini dengan memasukkan suatu ciri hebat iaitu pemaparan kamera hadapan, antena baharu dan sensor cahaya yang disusun kemas ke dalam skrin.
ColorOS 5.0 – F7 berfungsi dengan menggunakan pemproses 64-bit 4GB Octa-core terbaharu yang menggunakan sistem operasi yang lebih terperinci. Berdasarkan Android 8.1, ColorOS 5.0 mempunyai A.I. yang dibina ke dalam perisian bagi pengurusan sistem yang lebih lancar.

Duta OPPO F7
Pada pelancaran ini, OPPO juga memperkenalkan seorang bintang terkemuka Malaysia, Neelofa dan seorang penyanyi dan juga pelakon dari Taiwan, Hebe Tien sebagai duta produk. Kedua-dua bintang terkenal ini dipilih mewakili F7 kerana mereka mempunyai aura, keanggunan, kelas dan keperibadian yang tersendiri. Mereka juga sangat cantik serta berbakat dan telah memenangi pelbagai anugerah, yang menjadikan mereka bintang terkenal dalam industri hiburan baik di dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa; yang membuatkan mereka begitu sesuai sekali untuk mewakili OPPO F7.

“Saya teruja kerana telah dilantik oleh OPPO sebagai duta produk F7. Sebagai seorang yang suka berswafoto, telefon pintar luar biasa ini dilengkapi dengan teknologi Pengecaman Kecantikan A.I. 2.0 akan membawa fotografi swafoto ke suatu tahap yang baru. Dengan keupayaan F7 mengimbas wajah dengan lebih tepat dan memberikan kesan kecantikan yang lebih baik, saya kini dapat mengambil swafoto secara semulajadi dengan mudah dan kemudian berkongsinya bersama para peminat saya”, kata Neelofa.

“Pengecaman Kecantikan A.I. 2.0 telah mempertingkatkan teknologi swafoto daripada pendahulunya dengan membolehkan penggunanya mengambil swafoto yang lebih baik dengan impak semulajadi. Di samping itu, cermin khas yang berkilat di belakangnya dapat menjimatkan masa saya untuk mencarinya dari dalam beg saya kerana warna merahnya itu mudah menarik perhatian. Saiz telefon 6.2 inci OPPO F7 ini senang untuk dipegang dan sesuai bagi kegunaan harian saya”, kata Hebe.

OPPO F7, dengan harga jualan RM 1,399, menawarkan pra-pesanan dari tempoh 16 April hingga 20 April 2018. Pengguna yang membuat pesanan dalam tempoh ini akan diberikan hadiah percuma bernilai RM299. Pra-pesanan boleh dilakukan sama ada secara di OPPO Concept Stores dan OPPO 800 Authorised Sales Points di seluruh Malaysia atau secara laman web rasmi OPPO dan dari laman rakan kongsi e-dagang OPPO seperti Lazada, 11Street, Shopee dan lain-lain. Pengguna juga boleh memesannya di Celcom, Senheng dan SenQ sebagai alternatif. F7 boleh didapati dalam variasi warna Solar Red, Moonlight Silver dan Diamond Black.

Di samping itu, siri jelajah jualan yang pertama akan berlangsung pada 21 April 2018 di Sunway Pyramid, KL. Model edisi khas dengan 128GB akan juga dipasarkan untuk memberikan peminat OPPO lebih banyak pilihan bagi memenuhi pelbagai keperluan mereka.
Maklumat lanjut, sila rujuk di bawah: –
OPPO Concept Store: www.oppo.com/my/shops
Laman FB Rasmi OPPO: www.facebook.com/malaysiaoppo