Felda D’Saji Menjanjikan Kepelbagaian Ramadan Ini | Felda D’Saji nama yang sudah tidak asing lagi di persada katering tanahair. Dengan pengalaman yang luas dalam bidang katering dan pemakanan, sudah pasti kepelbagaian dalam masakan boleh disajikan. Untuk tahun ini, Felda D’Saji akan menyediakan 5 cawangan bufet Ramadan mereka di Dewan Perdana Felda KL, D’Saji KK Titiwangsa, Orchard Villa Gombak, Red Carpet Avenue Kota Damansara dan Lake Cempaka Villa Bangi.
Menurut En. Ahmad Zaki Abdullah, bukan sahaja Felda D’Saji ini memberikan bufet Ramada pada harga yang berpatutan bahkan juga menyediakan ruang makan yang selesa, tetapi juga tempat beribadat untuk solat Maghrib, Isyak dan Terawih. Ini memberikan pelanggan bukan sahaja tempat untuk berbuka puasa tetapi juga kemudahan untuk menunaikan ibadat lain yang dituntut.

Kepelbagaian bufet Ramadan Felda D’Saji kali ini mengikut tema dan lokasi…. Colours of Malaysia di Dewan Perdana Felda, Taste of Asian di D’Saji KL Titiwangsa, Malay Authentic and Grills di Orchard Villa Gombak dan Lake Cempaka Villa Bangi, manakala Citarasa Ramadan di Red Carpet Avenue Kota Damansara. Pada sesi previu bufet Ramadan, kami telah disajikan dengan pelbagai juadah yang istimewa antaranya Stuffed Whole Lamb (Nasi Dalam Perut Kambing), Kambing Bakar Special, Mee Kolok dan bermacam-macam lagi.













Selain dari itu, Felda D’Saji turut memperkenalkan D’Saji Delivery sepanjang bulan Ramadan. Dengan pakej serendah RM300 yang boleh dinikmati oleh 12 hingga 15 orang. Perkhidmatan penghantaran ini boleh menghantar di sekitar Lembah Klang dalam radius 15 kilometer dari Dewan Perdana Felda (KL, Ampang, Gombak, Pandan, Cheras, Bangsar, Sentul, Brickfields dan Mont Kiara). Waktu tempahan dibuka dari 8.30 pagi hingga 3.30 petang dalam bulan Ramdan (digalakkan tempahan dibuat sehari sebelum) dan penghantaran dibuat antara jam 3.30 petang hingga 5.30 petang. Anda boleh menghubungi 019-6622525 untuk tempahan.


Oh ya, ada diskaun istimewa pada Ramadan 1 sehingga Ramadan 3, ada 50% diskaun untuk 100 yang pertama menempah di semua lokasi yang disebut di atas. Ini peluang yang bagus untuk anda berbuka puasa bersama keluarga dan sanak saudara atau teman-teman di bulan yang mulia ini nanti. Orang ramai yang ingin membuat tempahan boleh menghantar emel kepada salesdsaji@felda.net.my, atau menghubungi talian 03-26988302.
Felda D’Saji kini juga telah bersedia untuk meneroka pasaran perkhidmatan perhotelan dan franchise. Penerokaan bidang baru ini pastinya akan membawa Felda D’Saji ke fasa baru yang lebih baik serta lebih berdaya saing.