Puspanita KPM Lancarkan Tabung Kanser Elyana & Tabung Amal Silaturrahim | Alhamdulillah, masih ada yang prihatin… itulah antara yang diucapkan oleh Elyana, Poey Sting, Korie dan Wan Fair ketika majlis pelancaran Tabung Kanser Elyana dan Tabung Amal Silaturrahim Rakan-Rakan Rockers Otai Klang oleh Puspanita KPM.

Ini merupakan antara pengisian kepada Karnival Puspanita KPM yang akan berlangsung di Putrajaya pada 12 Mei 2018, satu karnival yang julung kali diadakan oleh PUSPANITA KPM dengan kerjasama PERINTIS GROUP. Menurut Pengerusi Puspanita, Datin Seri Nor Azizah Sulaiman, “Kami menjadi perantara kepada tanggungjawab sosial menyampaikan mesej kesedaran kepada kekuatan wanita dengan memilih Elyana dan juga Silaturahim Rakan-Rakan Rockers Otai Klang sebagai symbol dan kekuatan dan semangat wanita. Untuk Tabung Kanser Elyana, setiap RM1 melalui penyertaan Srikandi Run akan diserahkan kepada beliau. Manakala bagi Tabung Silaturahim Rakan-Rakan Rockers Otai Klang, sumbangan boleh dihulurkan terus menerusi ke penama WARISAN SOUND di akaun CIMB Bank 80-0285607-2.

Kedua-dua tabung sumbangan ini akan dibuka sehingga hari karnival berlangsung. Kesemua artis ini akan membuat persembahan istimewa kepada pengunjung serta beramah mesra melalui program-program yang diadakan. Harapan kami agar usaha sebegini sedikit sebanyak akan membantu meringankan bebanan yang mereka hadapai dan semestinya setiap kita harus ada rasa kebersamaan dalam memberikan bantuan dan sokongan.

Ketika ditanya kepada Elyana tentang tabung ini beliau begitu terharu kerana masih ada yang prihatin terhadap nasib beliau. Beliau amat-amat berterima kasih kepada Puspanita KPM atas usaha ini. Dengan bantuan ini dapatlah beliau membantu pesakit kanser yang lain melalui usaha-usaha memberi semangat kepada pesakit-pesakit ini melalui program-program yang bakal dijalankan. Elyana juga menyeru supaya kita memberi sokongan kepada pesakit-pesakit kanser ini untuk melawan dan menempuhi cabaran ini. Begitu juga keluarga mereka yang memerlukan kata-kata semangat untuk terus cekal dan tidak putus harapan. Elyana kini merancang untuk fokuskan aktiviti fans club nya bersama pesakit kanser terutama sekali wanita dan kanak-kanak dengan mengadakan bengkel “make-over”, bengkel nasihat pemakanan yang baik untuk pesakit kanser dan sebagainya. Jikalau ada yang ingin memberi bantuan dalalm pelbagai bentuk sumbangan, beliau amat menghargainya”

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Karnival Puspanita KPM dan Srikandi Run, sila layari Facebook dan Instagram rasmi di karnivalpuspanitakpm.