Citarasa Kampung Menggamit di Armada Hotel PJ

Citarasa Kampung Promo2

Citarasa Kampung Menggamit di Armada Hotel PJ |  Ramadan hampir tiba dan Utara Coffee House, Armada Hotel PJ tidak ketinggalan untuk menyajikan bufet Ramadan mereka. Tahun lalu dengan Selera Nostalgia dan tahun ini mereka mempersembahkan Citarasa Kampung yang bakal membawa pengalaman rasa hidangan kampung.

Citarasa Kampung Utara Coffee House
Citarasa Kampung Utara Coffee House

Naz memang tak nak lepaskan peluang untuk merasai hidangan bufet Ramadan ini kerana pastinya hidangan masakan kampung akan mendapat sentuhan Sous Chef Mommy (Chef Alifah). Terdapat lebih dari 100 hidangan yang menarik disediakan oleh Executive Chef Chew Tei Chye.

Chef Chew Teik Chye and Team
Chef Chew Teik Chye, Chef Mommy dan pasukan mereka…

Untuk bufet Ramadan di Utara Coffee House ini, harga yang ditawarkan adalah RM88.00+ untuk Dewasa dan RM45.00+ untuk kanak-kanak. Promosi Ramadan ini bermula dari 15 Mei hingga 14 Jun 2018. Memang berbaloi kerana ia memberi pengalaman rasa yang sebenar.

Citarasa Kampung Promo

Promo Bufet

Citarasa Kampung Menggamit Memori

Hidangan yang disajikan memang antara masakan yang Mama Naz sediakan dahulu, itu sebab ia dekat di hati. Antara sajian yang Naz jangkakan akan menjadi hit adalah  Sambal Hijau Terung Pipit dengan Belacan, Siput Sedut Masak Cili Padi, Pisang Muda Masak Lemak Ikan Masin, Sup Tulang Rusuk, Ekor Lembu Masak Asam Pedas dan Nangka Muda Masak Lemak. Ini merupakan kegemaran Naz la ya.

Sambal Hijau Terung Pipit dengan Belacan
Sambal Hijau Terung Pipit dengan Belacan
Siput Sedut Masak Cili Padi
Siput Sedut Masak Cili Padi
Ekor Lembu Masak Asam Pedas
Ekor Lembu Masak Asam Pedas
Sup Tulang Rusuk
Sup Tulang Rusuk
Pisang Muda Masak Lemak Ikan Masin
Pisang Muda Masak Lemak Ikan Masin

Sajian lain juga sedap belaka seperti Asam Laksa, Thai Laksa, Nasi Rempah Berlauk, Udang Klieo, Ketam Masak Berlada, Ekor Lembu Masak Asam Pedas, Ayam Palembang, Kari Kepala Ikan, Daging Kicap Berempah, Ikan Bawal Masak Terutup dan Itik Kerutub.

Thai Laksa
Thai Laksa

Ayam Palembang

Ayam Palembang

Daging Kicap Berempah
Daging Kicap Berempah
Ikan Bawal Masak Terutup
Ikan Bawal Masak Terutup
Itik Kerutub
Itik Kerutub
Kambing Panggang
Kambing Panggang
Kari Kepala Ikan
Kari Kepala Ikan
Ketam Masak Berlada
Ketam Masak Berlada
Bubur Lambuk
Bubur Lambuk dengan daging cincang

Tak lengkap hidangan kampung kalau tak ada sambal dan ulam-ulamnya. Selain itu peminat salad kampung a.k.a. kerabu juga terdapat beberapa pilihan seperti Kerabu Mangga, Kerabu Sotong, Kerabu Kacang Botol dan Kerabu Soo Hoon.

Nasi Ulam
Nasi Ulam
Jeruk dan Sambal
Jeruk dan Sambal
Ulam dan Sambal
Ulam dan Sambal
Kerabu
Kerabu

Terdapat juga stall Bakar-Bakar yang menyediakan Roasted Lamb, Beraneka Satay, Murtabak, Lidah Sapi with Air Asam, Ayam Percik Panggang, Apam Balik dan Roti Durian.

Pulut Serawa Durian dan Pengat Nangka
Pulut Serawa Durian dan Pengat Nangka Muda

Dan bagi mengakhiri Citarasa Kampung ini, anda akan disajikan dengan Pengat Nangka dengan Sago, Bubur Pulut Hitam, Ais Kacang dan Serawa Durian bersama Pulut. Pelbagai minuman turut disediakan bagi menghilangkan dahaga anda seperti Cincau, Kelapa Muda, Jagung, Kembang Semangkuk, Selasih dan banyak lagi. Memang berbaloi dan yang pastinya penglaman rasa yang sungguh memikat di jiwa.

Bagi menyambut ketibaan Hari Raya Aidilfitri, Utara Coffee House akan meraikannya dengan Buffet Hi-Tea Hari Raya Aidilfitri. Harga kasih sayang RM68.00++ untuk Dewasa, RM48.00+ untuk Warga Emas dan RM33.00+ bagi Kanak-kanak pada tarikh 15hb dan 16hb Jun 2018 (12.00 tengahari hingga 4.00 petang). Untuk tempahan, anda boleh hubungi Utara Coffee House di talian 03-7954 6888 ext. 4557

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *