Skyland Membawakan Pengalaman Plane In The City | Sebelum ni Naz ada blog pasal tarikan terbaru di Kuala Lumpur iaitu Plane In The City kan…. jadi pada 24 April 2018, maka secara rasminya tarikan terbaru ini dilancarkan di Skyland Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Satu pengalaman baru merasai makan berhidang bertaraf lima bintang di dalam Boeing 737. Pengalaman yang luar biasa ini dibawakan oleh Two Spicy Entertainment Live Sdn Bhd.

SKYLAND adalah tarikan pelancongan terkini Kuala Lumpur yang kini menjadi tuan rumah kepada dua pengalaman makan yang unik, Dinner In The Sky Malaysia dan Plane In The City. Terletak di Jalan Bukit Bintang, SKYLAND juga menempatkan sebuah lounge marquee besar, yang boleh disewa untuk acara peribadi dan perayaan. Lokasi strategiknya dan produk menarik telah memberikannya liputan besar-besaran dan ada rancangan untuk menjadi tuan rumah lebih banyak tarikan di sana dalam waktu terdekat.

Secara rasminya Plane In The City dibuka untuk tempahan pada 26 April 2018 dan jualan tiket pada harga RM199 setiap satu untuk Kelas Ekonomi, RM399 bagi Kelas Perniagaan dan RM999 bagi Kelas Pertama. Di samping pakej standard ini, Plane In The City merancang untuk melancarkan pakej perayaan seperti untuk hari lahir dan ulang tahun. Syarikat-syarikat acara dan orang awam juga boleh menempah pesawat sebagai tempat untuk acara swasta / korporat yang boleh memuatkan sehingga 60 pax dalam satu masa.
Pengalaman Baru Makan di dalam Kapal Terbang
Pada pelancaran tersebut, pihak media berpeluang untuk melihat ruang dalaman serta hiasan Boeing 737 yang digunakan untuk tarikan terbaru ini. Berasaskan warna putih memberikan landskap pemandangan yang luas dan terdapat lapan set meja dan kerusi untuk 2 orang bagi Kelas Pertama. Di samping itu terdapat lampu warna warni dan alunan muzik yang menambahkan kemeriahan berada di dalam pesawat ini.






Seperti makan di restoran, terdapat pelayan yang berpakaian seperti peramugari yang akan melayani anda dan menghidangkan hidangan yang menarik. Semua hidangan yang lazat ini telah disediakan oleh Le Meridien Kuala Lumpur, sebuah hotel bintang lima yang terkenal, dipilih berdasarkan menu menarik mereka dan masakan hebat.






Naz tak boleh nak cerita lanjut sebab belum mengalami pengalaman makan betul-betul atas pesawat ini. Harap-harap ada rezeki untuk menikmati pengalaman in ini bersama isteri tercinta nanti.
