ASUS ZenFone 5z e-Pelancaran Secara Langsung | ASUS Malaysia akan melancarkan telefon pintar dwi-kamera dengan kuasa AI iaitu ASUS ZenFone 5z pada hari Isnin depan, 30 Julai jam 3 petang secara siaran lansung. Dengar cerita harga untuk ASUS ZenFone 5z ini adalah harga runtuh gila-gila.
Tonton Livestream untuk mengetahui lebih lanjut dan bagaimana anda boleh memenangi beberapa hadiah yang menakjubkan! Di samping itu, ASUS juga akan mengumumkan tawaran eksklusif dengan Lazada untuk ZenFone 5z.

Untuk maklumat lanjut, pastikan anda menyemak halaman Facebook ASUS.
ASUS ZenFone 5z
Telefon pintar berkuasa Qualcomm Snapdragon 845 pada harga yang paling berpatutan dengan dwi-kamera Sony IMX363 di dalam rangkaian premium! Antara kelebihan peranti pintar ZenFone 5z: –
- Prestasi yang mantap: Dikuasakan oleh octa-core Qualcomm Snapdragon 845 Mobile Platform sehingga 8GB RAM dan 256GB ROM
- Kamera Pintar: Dwi-Kamera AI yang dipertingkatkan dan dikuasakan oleh sensor utama Sony IMX363 dengan 1.4um piksel, kamera sudut lebar 120°, HDR Malam dan Pengesanan Adegan AI
- Paparan semua skrin: Ultraslim-bezel, skrin 6.2″ paparan dengan nisbah skrin hingga 90% untuk pengalaman tontonan yang lebih besar dan lebih mendalam dalam badan kelas 5.5″ padat
- Kebijaksanaan Unggul: Ciri-ciri kemudahan dan komunikasi yang baru yang dipertingkatkan dengan Smart Screen On, AI Charging, AI Ringtone dan ZeniMoji live animated avatar
Jangan lupa livestreaming ASUS ZenFone 5z pada 30 Julai 2018 jam 3 petang, dan anda berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik dari ASUS Malaysia.
#ZenFone5MY #BackTo5MY
dulu pernah berminat jugak nk pakai asus .. tapi last2.. pakai jenama lain pulak .. 🙂
https://aerillhassan.blogspot.com
spec dia pun baguih nih