ASUS Zenfone 5 Dan Max Pro (M1) Yang Mantap

ASUS Zenfone 5 Dan Max Pro (M1) Yang Mantap |  ASUS telah melancarkan 2 versi telefon pintar Zenfone iaitu Zenfone 5 dan Zenfon Max Pro (M1) . Zenfone 5 dalam 1 variasi manakala Zenfone Max Pro dalam 3 variasi pada harga yang cukup kompetitif dan dibuka untuk pra-pesanan secara eksklusif di Lazada Malaysia. Yang pastinya ASUS Zenfone 5 dan Zenfone Max Pro ini hadir dengan spesifikasi yang mantap pada harga yang mampu milik!

Official Launch

Spesifikasi ASUS Zenfone 5 dan Zenfone Max Pro (M1)

  Zenfone 5 Max Pro (3GB) Max Pro (4GB) Max Pro (6GB)
Pemproses

Qualcomm Snapdragon 636 dengan fungsi A.I.

Qualcomm Snapdragon 636 Octa-core

Skrin Paparan

6.2” Full HD+ (2246 x 1080) 19:9 paparan Super IPS+

6” Full HD+ (2160 by 1080) 18:9 Full View IPS

Android

Android™ Oreo™ dengan ASUS ZenUI 5 baru

Android 8.1 Oreo

RAM

4GB

3GB 4GB

6GB

Storan Dalaman (ROM)

64GB
(menyokong kad mikroSD sehingga 2TB)

32GB
(menyokong kad mikroSD sehingga 2TB)
64GB
(menyokong kad mikroSD sehingga 2TB)

64GB
(menyokong kad mikroSD sehingga 2TB)

Bateri

3,300 mAh

5,000 mAh

Dimensi (mm) & Berat

153×75.65×7.7 | 165gm

159×76.65×8.45 | 180gm

Kamera Depan

8MP f/2.0

8MP

16MP

Kamera Belakang

12MP (Sony IMX363 sensor, 4K video recording, slow motion, super-resolution, time-lapse) + 8MP (120-degree wideangle)

13MP + 5MP f/2.0

16MP + 5MP f/2.0

Fungsi Sensor

Rear fingerprint sensor (0.3 seconds unlock, supports 5 fingerprints), Face recognition, Accelerator, E-Compass, Gyroscope, Proximity sensor, Ambient light sensor, RGB sensor

Rear fingerprint sensor (0.3 seconds unlock, supports 5 fingerprints), Damp finger recognition, Accelerator, Gyroscope, E-Compass, Proximity sensor, Ambient light sensor

Warna

Meteor Silver, Midnight Blue

Meteor Silver, Deepsea Black

Banyak fungsi yang telah dimantapkan oleh ASUS untuk 2 model terbaru ini bagi menjadikan ia antara telefon pintar segmen pertengahan yang bukan sahaja berkuasa tetapi berbaloi dengan harga yang ditawarkan untuk telefon pintar yang seangkatan dengannya.

ASUS Zenfone Max Pro (M1) – Limitless Gaming

Jika ingin membandingkan Zenfone Max Pro (M1), telefon pintar segmen pertengahan ini dengan jenama lain, yang paling hampir adalah dari jenama Xiaomi Redmi Note 5 dan Redmi 5 Plus.  Spesifikasi asas mereka sama seperti penggunaan prosesor Snapdargon 636 dan harga yang kompetitif. Tetapi kali ini, ASUS memantapkan lagi model ini dengan penggunaan interface Pure Android (Oreo 8.1) dan kapasiti bateri yang besar 5000 mAh.

ASUS Zenfone Max Pro (M1)

Dengan tagline #LimitlessGaming, sudah tentu ia mensasarkan kepada peminat gaming tegar di Malaysia. ASUS telah berkolaborasi dengan Seagroup Malaysia iaitu penyedia platform permainan online Garena yang menjadi kegilaan ramai seperti League of Legends, FIFAOnline3, dan yang terkini Free Fire Battlegrounds, yang boleh di muat-turun dan dimainkan di peranti ini. Tambahan lagi kerjasama ini akan memberi pengguna Zenfone Max Pro (M1) mendapat update terkini seperti Purgatory Map dan Fire Pass System.

Free Fire

Harga yang diumukan pada pelancaran ini untuk Zenfone Max Pro (M1) ini adalah seperti berikut:

Harga Zenfone Max Pro

  • 3GB + 32GB >> RM699
  • 4GB + 64GB >> RM849
  • 6GB + 64GB >> RM999

ASUS Zenfone 5 – Cameras That Think For You

Bagi model Zenfone 5 pula memaparkan banyak penggunaan fungsi Artificial Intelligent (A.I.) melalui Interface ZenUI 5 bersama Android 8.0 Oreo. ZenUI 5 6 fungsi A.I. seperti berikut:

  • AI Camera
  • AI Display
  • AI Ringtone
  • AI Boost
  • AI Charging
  • AI Photo Learning

Zenfone 5

Untuk peranti ini banyak menekankan kepada kepintaran kamera nya. Sistem dwi-kamera pintar ZenFone 5 berfikir untuk anda, dengan ciri AI lanjutan yang menjangka keperluan anda bagi menghasilkan foto yang sempurna setiap kali diambil. ZenFone 5 merevolusi fotografi mudah alih, memberikan anda cara yang lebih mudah, lebih bijak untuk menangkap dan berkongsi setiap detik magis. Kamera pada Zenfone 5 ini dapat mengenal pasti 16 adegan dan menyesuaikan penangkapan foto tersebut dari segi warna, pencahayaan dan sebagainya.

AI Intelligent Phone

Pada bahagian baterinya tidak semewah Max Pro (M1) iaitu 3300 mAh, tetapi dengan fungsi AI Charging dapat memanjangkan jangka hayat bateri bila membuat caj sepanjang malam. Ia akan hanya mengecaj sehingga 80% sahaja dan apabila hampir siang ia akan mengecaj kepada 100%.

AI Charging

Harga yang diumukan pada pelancaran ini untuk Zenfone 5 ini adalah seperti berikut:

RM1299

  • 4GB + 64GB >> RM1,299

Untuk pra-tempahan secara eksklusif dan pada harga istimewa di Lazada Malaysia pula boleh dibuat pada:

Lazada Malaysia

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *