Kempen Michelin Safe On Road Sempena Raya | Sudah tinggal kurang dari 2 minggu lagi untuk kita menyambut Hari Raya Aidilfitri. Masing-masing tengah sibuk menyiapkan persiapan raya dengan baju raya satu keluarga, hiasan rumah, kuih raya, duit raya dan bermacam lagi. Semakin terasa kemeriahan suasana beraya di kampung bersama ibu bapa, adik beradik dan sanak saudara. Dalam keseronokkan itu, sudahkah kita membuat persiapan yang paling penting sebelum pulang beraya di kampung? Sudahkah anda menyelenggarakan kenderaan anda supaya berada dalam keadaan yang baik supaya perjalanan pulang beraya nanti selamat? Jika belum lagi, ada berita baik untuk anda….. Michelin melancarkan Kempen Michelin Safe On Road (MSOR)!
Kempen Michelin Safe On Road
Sebagai sebahagian daripada kempen CARING yang berterusan dari Michelin, yang menggalakkan keselamatan jalan raya, Michelin akan menganjurkan Michelin Safe on Road (MSOR) 2018 roadshow bergerak sepanjang bulan Jun 2018. Trak berjenama Michelin akan membuat pusingan di seluruh Lembah Klang menyediakan pemeriksaan tayar PERCUMA, termasuk tekanan udara dan keadaan tayar keseluruhan, dari pukul 11 pagi hingga 8 malam setiap hari. Pemandu yang menghantar kereta mereka untuk pemeriksaan tayar percuma juga akan menerima barangan eksklusif Michelin serta baucer tunai dan kad petrol daripada peniaga Michelin yang mengambil bahagian.
Anda boleh rujuk kepada jadual ini untuk menghantar kenderaan anda ke Michelin Safe On Road roadshow:
| Tarikh | Lokasi |
| Saturday, 2 Jun 2018 | Petron Puchong 1, OUG |
| Ahad, 3 Jun 2018 | Tesco Shah Alam |
| Isnin, 4 Jun 2018 | Econsave Bangi |
| Selasa, 5 Jun 2018 | Petron Seri Kembangan 3 |
| Rabu, 6 Jun 2018 | Petron Jalan Meru, Klang |
| Khamis, 7 Jun 2018 | Petron Subang Parade, Subang Jaya |
| Jumaat, 8 Jun 2018 | Tesco Extra Seremban Jaya, Seremban |
| Saturday, 9 Jun 2018 | Petron Besraya Highway, Sg. Besi |
| Ahad, 10 Jun 2018 | Jalan BRP 1/6, Sg. Buloh |
| Isnin, 11 Jun 2018 | Petron Taman Muda, Cheras |
| Selasa, 12 Jun 2018 | Petron Jalan Sentul, Jalan Ipoh |
| Rabu, 13 Jun 2018 | Petron Bandar Baru Bangi S10 |
| Rabu, 20 Jun 2018 | Petron Taman Mutiara Bukit Raja, Klang |
| Khamis, 21 Jun 2018 | Petron Jalan Kajang |
| Jumaat, 22 Jun 2018 | Petron Cheras Perdana |
| Saturday, 23 Jun 2018 | Tesco Extra Cheras |
| Ahad, 24 Jun 2018 | Giant Superstore IOI Bandar Puteri, Puchong |
| Isnin, 25 Jun 2018 | Melawati Mall, Open Air Carpark |
| Selasa, 26 Jun 2018 | Souled Out, Sri Hartamas Carpark |
| Rabu, 27 Jun 2018 | Petron Rinching (F1), Semenyih |
| Khamis, 28 Jun 2018 | Petron Bandar Manjalara, Sg. Buloh |
| Jumaat, 29 Jun 2018 | Petron Tanjung Karang, Kuala Selangor |
| Saturday, 30 Jun 2018 | Seremban Gateway, Seremban |
Inilah kali pertama Michelin memulakan pameran itu dan tujuan utamanya ialah untuk mewujudkan kesedaran mengenai keselamatan tayar terutamanya dengan Hari Raya yang semakin tiba.
Promosi Michelin Safe On Road
Sekiranya anda mencari tayar baru, ada berita BAIK untuk anda! Dengan pembelian empat tayar MICHELIN bersaiz 15 ” dan ke bawah, atau dua tayar bersaiz 16″ dan ke atas, anda akan mendapat PERCUMA MICHELIN Laptop Bag.

Nikmati GST 0% pada sebarang tayar yang anda beli dari MICHELIN. Tetapi itu bukan setakat itu sahaja, Michelin juga memberikan sehingga RM80 cashback segera pada setiap pasangan tayar MICHELIN yang dipilih seperti di atas (tertakluk kepada terma dan syarat).

Tawaran berlangsung dari 15 Mei hingga 15 Jun. Hanya sementara stok masih ada.
Jangan berlengah lagi dan kunjungi Michelin Safe On Road roadshow bagi pemeriksaan kenderaan anda untuk perjalanan pulang yang selamat sempena Hari Raya ini.
