‘Takkan Terlerai‘ Taruhan Terbaru Duet Syamel & Ernie Zakri

Takkan Terlerai Artwork (1)

‘Takkan Terlerai‘ Taruhan Terbaru Duet Syamel & Ernie Zakri | Syamel dan Ernie Zakri bukanlah nama asing lagi dalam industri muzik tempatan. Gandingan mantap dua orang vokalis hebat ini telah melayakkan mereka berdua menyandang gelaran ‘Vokal Terbaik’ dalam pertandingan Anugerah Juara Lagu pada tahun 2018 yang lalu. Semenjak kemenangan itu, mereka berdua sering dikaitkan bersama dan setiap kolaborasi mereka pasti ditunggu peminat sejagat.

Keserasian ini sekali lagi mempertemukan mereka berdua dalam sebuah lagi karya hebat berjudul ‘ Takkan Terlerai ‘. Lagu ini menjadi taruhan terbaru buat pasangan duet ini. Lagu hasil gubah pemenang tempat ketiga AJL 2019, Sharon Paul ini dicipta khas agar bersesuaian dengan gaya nyanyian pasangan duet hebat ini, yang juga selari dengan permintaan pasaran sekarang. Lebih menarik lagi, liriknya pula mendapat sentuhan Fedtri Yahya dan juga dibantu oleh Syamel dan Ernie sendiri.

Takkan Terlerai - Ernie Zakri

Menurut Feros, Ketua Label Muzik, Rocketfuel Records, “Sebelum ini banyak permintaan yang meminta untuk kita cepat-cepat keluarkan lagu duet Syamel & Ernie Zakri kerana mereka tidak puas hanya dengan satu lagu. Tapi kita dari pihak pengurusan tidak mahu tergesa-gesa mengeluarkan lagu baru kerana pertaruhannya cukup tinggi. Jadi kita mengambil masa kira-kira satu tahun dalam membuat persediaan untuk mencari lagu yang tepat dan bersesuaian. Maka lahirlah ‘Takkan Terlerai’ dan saya yakin
lagu ini dapat memuaskan peminat pasangan duet ini dan untuk semua pencinta muzik”.

Takkan Terlerai - Syamel

Lagu ‘Takkan Terlerai’ ini boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music. Video lirik dan muzik lagu ‘Bila Entah’ ini juga boleh di tonton di saluran Youtube Rocketfuel Network.

Tajuk : Takkan Terlerai
Artis : Syamel & Ernie Zakri
Komposer : Sharon Paul
Penulis Lirik : Fedtri Yahya , Ernie Zakri, Syamel,
Penerbit : Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd

Zahirkan apa kau rasa
Jujurkan segala kebenaran

Berat hatiku meluahkan
Tersudut menunggu kau bertanya

Biarkan waktu menyembuhkan
Yg pudar kan pasti bercahaya

Andai teguh takdir kita
Jauh terpisah
Bertaut jua
Usah ada sesiapa
Mendustakan…. cinta

Segala rasa tercipta
Menjemput bahagia
Takkan Terlerai

Bridge:
Kujalinkan serpihan luka
Tak berdaya menanggung rasa
Terungkai semua resah jiwa
Bahagia ..
selamanya ..

Adlibs:
Biar terpisah kan bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *