Ayam Ghantari Inspirasi Citarasa Nusantara

Ayam Ghantari Logo

 

Ayam Ghantari Inspirasi Citarasa Nusantara | Apa yang mulanya hanya percutian bersama rakan-rakan di Bali telah menjadi penyebab untuk Planet Grill Network mengilhamkan satu produk baru yang dikenali sebagai Ayam Ghantari. Ayam Ghantari satu lagi nama baru dalam industri F&B yang kini mengorak langkah besar dalam memperkenalkan jenama mereka.

Ayam Ghantari
Ayam Ghantari oleh Planet Grill Network

 

Pada 13 Mac yang lalu, NaZ dan rakan blogger yang lain telah berkunjung ke Lokas  Makana, Puchong Utama untuk membuat food review Ayam Ghantari ini. Kami disambut oleh Syam dan Azuhuri setibanya di sana.

Ayam Ghantari @ Lokas Makana
Medan Selara Lokas Makana Puchong Utama, Selangor

 

Mengikut kata Syam Zulkarnaien, resepi ini diolah dari ayam bakar Indonesia dan diberi nama Ayam Ghantari yang memenuhi citarasa tempatan. Lebih tepat lagi jika NaZ labelkan Ayam Ghantari ini sebagai Inspirasi Citarasa Nusantara.

Kalau nak ikutkan menu di sini simple sahaja tetapi amat memikat deria rasa NaZ. Hidangan samada ayam kampung organik, puyuh atau iga (tulang rusuk) yang diadun dan dibakar dengan bumbu istimewa, yang kemudiannya disalut dengan sos pedas manis hasil ramuan ciptaan mereka sendiri.

Adunan istimewa Ayam Ghantari
Ayam kampung, puyuh dan iga dibakar dan disaluti sos pedas manis mereka…menyelerakan

 

Fakta: Ayam Ghantari hanya menggunakan ayam kampung organik tanpa suntikan atau bahan terlarang yang membahayakan kesihatan. Ayam ini diambil terus dari ladang ternakan di Negeri Sembilan. Manakala Iga (tulang rusuk) pula dari pembekal yang sama dengan restoran Tony Roma’s.

Pelanggan pula boleh memilih samada ingin makan dengan nasi putih kukus yang disertakan bersama kerepek tempe dan kerepek paru atau dengan kentang goreng ala Perancis. Untuk pengetahuan anda, kerepek tempe dan kerepek paru tu didatangkan dari negara seberang iaitu Indonesia.

Nasi atau Fries
Pilihan Nasi Kuku (berserta kerepek tempe dan kerepek paru) atau kentang goreng.
[ foto kredit: www.ayamghantari.biz ]

Menu Hidangan

Berikut adalah antara hidangan kami malam itu…

Hidangan di Food Review
Inilah hidangan kami pada sesi food review tersebut…

 

NaZ akan ceritakan satu persatu bagi memudahkan anda memahami setiap hidangan tersebut…

Pilihan Ayam Ghantari
Pilihan Ayam Ghantari [ RM7.00 ]

Ayam kampung yang dibakar dengan bumbu yang istimewa dan dihidangkan dengan saus pedas manis (Ghantari), serta pilihan nasi (berserta kerepek tempe dan kerepek paru) atau kentang goreng. Harganya RM7.00 untuk satu set.

Pilihan Ayam Taliwang
Pilihan Ayam Taliwang [ RM7.00 ]

Ayam kampung yang dibakar dengan bumbu yang istimewa dan dihidangkan dengan saus pedas berapi (Taliwang), serta pilihan nasi (berserta kerepek tempe dan kerepek paru) atau kentang goreng. Harganya RM7.00 untuk satu set.

Pilihan Iga Bakar
Pilihan Iga Bakar [ RM12.90 ]

Iga (tulang rusuk) yang dibakar dengan bumbu yang istimewa dan dihidangkan dengan saus pedas manis (Ghantari) atau saus pedas berapi (Taliwang), serta pilihan nasi (berserta kerepek tempe dan kerepek paru) atau kentang goreng. Harganya RM12.90 untuk satu set.

 

Pilihan Paket Barongan
Pilihan Paket Barongan [ RM20.00 ]

Gabungan Iga (tulang rusuk) dan ayam kampung yang dibakar dengan bumbu yang istimewa dan dihidangkan dengan saus pedas manis (Ghantari) atau saus pedas berapi (Taliwang), serta pilihan nasi (berserta kerepek tempe dan kerepek paru) atau kentang goreng. Harganya RM20.00 untuk satu set.

uyuh Taliwang dengan Fries
Puyuh Taliwang [ RM7.00 ]

Bagi pengemar burung puyuh boleh mencuba samada Puyuh Taliwang ataupun Puyuh Ghantari. Kedua-duanya boleh dimakan bersama nasi kukus ataupun kentang goreng. Harganya RM7.00 untuk satu set.

Terdapat juga pakej lain seperti:-

  • Iga Bakar Full Rack (4 keping tulang rusuk) – RM35.00
  • Pakej Berdua (seleksi 2 hidangan) – RM13.00
  • Pakej Bertiga (seleksi 3 hidangan) – RM19.50
  • Pakej Berlima (seleksi 5 hidangan) – RM32.50

 

Apa yang NaZ boleh katakan hanyalah yang terbaik dari Ayam Ghantari. Saus mereka yang menambahkan lagi ‘kick’ pada hidangan tersebut.

Saus Taliwang dan Saus Ghantari
Saus pedas berapi (Taliwang) dan Saus pedas manis (Ghantari)…

 

Tidak lama lagi Ayam Ghantari akan melebarkan sayap mereka dengan franchise pertama di Perak. Juga beberapa menu lagi akan ditambah bagi memenuhi citarasa pelanggan mereka.

Pemilik Ayam Ghantari
Azuhuri dan Syam mempelawa anda untuk mencuba Ayam Ghantari…

 

Terima kasih kami ucapkan kepada pihak Ayam Ghantari atas pelawaan food review ini dan sememangnya membeli kelainan pada rasa ayam bakar ini.

food reveiw dari blogger
Sungguh sedap dan menyelerakan
[ kredit foto: www.ayamghantari.biz ]

Selain dari itu, pihak Planet Grill Network juga menyediakan perkhidmatan seperti berikut kepada pelanggan mereka:

  • katering untuk aktiviti indoor & outdoor.
  • aktiviti makan-makan dan majlis jamuan persendirian, organisasi kerajaan atau swasta.
  • rakan niaga franchise.
  • membekal ayam kampung dan puyuh organik.

Bagi anda yang ingin mendapatkan perkhidmatan dari mereka bolehlah menghubungi:

Planet Grill Network (002256848-T)
D-101, Blok D, Exclusive Condo,
Jalan PJU 8/2, Bandar Damansara Perdana
47820 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan
 Telefon / SMS / WhatsApp:
019 – 5522906
012 – 9925575
Medial Sosial
Twitter dan Instagram : @AyamGhantari

 

Atau yang ingin mencuba Citarasa Nusantara ini bolehlah ke:

Medan Selera Lokas Makana
No 15A, Jalan PU 13/2,Tmn Puchong Utama,
47140 Puchong,Selangor Darul Ehsan
Locations Google Maps:
2.9832980, 101.608793
2°58’59.8″N 101°36’31.6″

Landmark : Carrefour Puchong Utama

Waktu Operasi: Dari jam 6.00 petang hingga 12.00 malam
Jangan lupa untuk gunakan hashtag #ayamghantari bila anda kongsikan gambar hidangan restoran ini di laman media sosial anda.

One thought on “Ayam Ghantari Inspirasi Citarasa Nusantara

  1. Pingback: Ayam Ghantari Puchong Hidangan Ayam Kampung Organik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *