Adaptasi Program Realiti ‘All Together Now’ Pertama Di Asia

All Together Now Malaysia

Bagi mengukuhkan lagi kedudukan selaku pembekal kandungan utama di negara ini, pihak Astro menerusi saluran Astro Ria dengan berbesar hati muncul sebagai syarikat penyiar pertama di Asia yang menerbitkan sebuah lagi program realiti berkonsepkan pertandingan nyanyian popular yang diadaptasi daripada format antarabangsa berjudul ‘All Together Now Malaysia’. Program ini dijadualkan untuk bersiaran secara eksklusif selama 10 minggu di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124) pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam bermula 3 Januari 2021.

All  Together Now

Program realiti popular ‘All Together Now’ yang berasal dari United Kingdom ini telah mencetuskan fenomena tersendiri di kalangan peminat sehingga format program tersebut telah diadaptasi semula di 14 buah negara lain termasuklah Brazil, Italy, Norway, Columbia, Denmark, Perancis dan banyak lagi.

‘All Together Now Malaysia’ masih mengekalkan format asal program tersebut. Namun begitu, terdapat pengisian elemen tempatan yang akan turut disuntik untuk menambah baik format asal agar bersesuaian dengan sensitiviti, budaya serta relevan untuk tontonan rakyat Malaysia.

Penyertaan adalah terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia tanpa sebarang had umur. Calon peserta juga mempunyai pilihan untuk menyertai program ini secara solo, duo ataupun berkumpulan.

Untuk menyertai sesi uji bakat ‘All Together Now Malaysia’ musim yang pertama, calon peserta perlu menyediakan sebuah rakaman video nyanyian lagu penuh mengikut kreativiti masing-masing. Calon peserta juga diberi kebebasan untuk memilih lagu dan jenis bahasa yang ingin dipersembahkan.

Hantarkan pautan video penyertaan ke ujibakat@astro.com.my dan nyatakan ‘Ujibakat All Together Now’ Malaysia pada subjek emel tersebut. Pihak produksi akan menghubungi calon peserta yang terpilih untuk mara ke peringkat seterusnya. Tarikh tutup untuk menghantar video penyertaan adalah pada 9 November 2020.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *