Mercu Tanda Baru Buat Astro Arena Dalam HD

arena logo 3DHD

Mercu Tanda Baru Buat Astro Arena Dalam HD | Sepanjang enam tahun bersiaran sejak 26 Mac 2010, pelbagai kejayaan dan sejarah yang telah ditempa oleh Astro Arena dengan membawakan liputan menyeluruh dalam kejohanan-kejohanan tempatan, serantau dan antarabangsa dan terbaru, temasya sukan terbesar dunia, Sukan Olimpik Rio 2016 yang turut disiarkan di dalam saluran definisi tinggi (HD).

4593_Arena_HD_print_ad_v4_BM_W261H330mm
Menonton sukan kegemaran anda kini lebih menakjubkan…

Liputan langsung  selama 15 jam sehari  sepanjang Olimpik, Rio 2016 adalah kejayaan terbesar direkodkan Astro Arena apabila berjaya mencatatkan rekod jumlah tertinggi tontonan seramai 6.5 juta penonton ketika perlawanan badminton separuh akhir perseorangan lelaki negara dan perlawanan akhir beregu lelaki negara. Rentetan daripada kejayaan ini, Astro dengan bangganya melancarkan secara terus Astro Arena HD di saluran 802 bermula 1 September ini.

Kejohanan Badminton Purple League yang turut disiarkan di Astro Arena
Kejohanan Badminton Purple League yang turut disiarkan di Astro Arena

Astro Arena Kini Dalam HD

Menurut Ketua Perniagaan Sukan Astro, Lee Choong Khay, para peminat sukan kini boleh menikmati pengalaman tontonan dalam resolusi tinggi selain wadah terbaik untuk mendapatkan informasi terkini mengenai sukan tempatan dan antarabangsa di Astro Arena.

Ketua Perniagaan Sukan Astro Lee Choong Khay bersama penyampai-penyampai Astro Arena yang bertugas semasa sukan Olimpik Rio 2016
Ketua Perniagaan Sukan Astro Lee Choong Khay bersama penyampai-penyampai Astro Arena yang bertugas semasa sukan Olimpik Rio 2016

“Sejak Astro Arena bersiaran dalam HD buat pertama kali pada Sukan Sea Myanmar 2013, kami sentiasa berusaha untuk merealisasikan impian secara terus dalam HD yang sekian lama dinantikan oleh peminat sukan tanahair. Sepanjang Rio 2016 pula, Astro Arena membawakan liputan paling komprehensif dan meluas termasuk dalam saluran HD bagi memberikan sokongan buat atlit negara di pentas antarabangsa sekaligus meraikan kejayaan yang dikecapi oleh mereka.”

Mirnawan Nawawi dan Bazly Azmy menyampaikan laporan ketika Piala Sultan Azlan Shah 2016
Mirnawan Nawawi dan Bazly Azmy menyampaikan laporan ketika Piala Sultan Azlan Shah 2016

“Ini menunjukkan kami sentiasa komited untuk meningkatkan penerbitan dengan menggunakan teknologi pengeluaran terbaik dalam gambar berdefinisi tinggi yang pasti memberikan pengalaman tontonan dalam visual yang berkualiti kepada semua peminat sukan.”

 

“Selepas kejayaan liputan di Rio 2016, kini sudah tiba masanya untuk peminat sukan tanahair terus menikmati kualiti penyiaran yang terbaik dalam liputan kejohanan tempatan dan antarabangsa terutama pada temasya Sukan SEA di Kuala Lumpur tahun hadapan. Terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang terus memberikan sokongan yang tidak berbelah-bahagi dari awal sehingga kini.”

Mirnawan Nawawi dan Dayang ketika bertugas di Studio Arena
Mirnawan Nawawi dan Dayang ketika bertugas di Studio Arena

Sementara itu penyampai Astro Arena yang juga bekas pemain hoki negara, Mirnawan Nawawi dan Sharon Wee, bekas pemain Skuasy negara turut melahirkan rasa teruja dengan pelancaran Astro Arena HD.

para peminat sukan kini boleh menikmati pengalaman tontonan dalam resolusi tinggi sukan tempatan dan antarabangsa di Astro Arena HD
para peminat sukan kini boleh menikmati pengalaman tontonan dalam resolusi tinggi sukan tempatan dan antarabangsa di Astro Arena HD

Menurut Mirnawan, Astro Arena sentiasa melangkah ke hadapan dengan kewujudan Astro Arena HD dan kini peminat sukan negara dapat menyaksikan dengan lebih dekat dan merasai debaran serta pengalaman luar biasa aksi sukan dalam resolusi tinggi.

Piala Sultan Azlan Shah 2016 antara kejohanan siaran langsung yang dibawakan Asto Arena
Piala Sultan Azlan Shah 2016 antara kejohanan siaran langsung yang dibawakan Asto Arena

Bagi Sharon, ini adalah satu pengiftirafan kepada usaha dan komitmen Astro Arena dalam membawakan yang terbaik kepada peminat sukan negara. Selain itu, ini juga adalah penghargaan buat peminat yang sentiasa menyokong Astro Arena.

Sharon Wee ketika menyampaikan perkembangan terkini atlit negara di Olimpik Rio 2016
Sharon Wee ketika menyampaikan perkembangan terkini atlit negara di Olimpik Rio 2016

Astro Arena sejak 2010 sehingga kini telah memaparkan lebih daripada 16,000 jam liputan sukan tempatan dan antarabangsa secara langsung serta berita sukan (Nadi Arena) dan program majalah TV.

Astro Arena, Nadi Sukan Malaysia.

 

Tentang Astro Arena Sdn Bhd

Astro Arena adalah saluran sukan pertama berbahasa Malaysia yang memfokuskan kepada perkembangan sukan tempatan dan antarabangsa yang bersiaran melalui saluran 801 di Astro. Tanggal 26 Mac 2010 merupakan detik bersejarah buat Astro Arena apabila buat pertama kali memulakan siarannya di rangkaian saluran televisyen Astro. Astro Arena telah menjalankan liputan menyeluruh dalam beberapa temasya sukan utama seperti Sukan SEA, Sukan Asia, Sukan Komanwel dan Sukan Olimpik. Dalam masa yang sama, Astro Arena turut membuat liputan di beberapa kejohanan sukan lain yang menjadi tumpuan peminat sukan seantero dunia termasuklah Piala Thomas dan Uber, ISTAF Super Series, Kejohanan Hoki Remaja Piala Dunia dan Kejohanan Hoki Sultan Azlan Shah. Astro Arena juga aktif dalam membawakan liputan arena bola sepak antarabangsa yang terkemuka seperti EPL Tour, UEFA Champions League serta Piala Dunia FIFA dengan menawarkan ulasan perlawanan dalam Bahasa melayu. Sehingga kini, Astro Arena telah pun menyiarkan lebih daripada 16,000 jam program berbentuk majalah TV dan berita serta pelbagai lagi siarang langsung aksi sukan lain membabitkan penyertaan atlet negara di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *