Kedai Gunting Rambut Lelaki oleh Gentlemen’s Tonic

gt-logo

Kedai Gunting Rambut Lelaki oleh Gentlemen’s Tonic | Sebaik sahaja NaZ melangkah masuk ke kedai ini, terus terhidu haruman yang menyegarkan dan disajikan halwa telinga dengan lagu klasik jazz yang menenangkan…. hilang terus rasa stress seperti sedang berada di Spa kesihatan.

gt-publika-kl-shop
D5 – G3 – 3, Solaris Dutamas, No 1, Jalan Dutamas 1, 50480 Kuala Lumpur

Terlupa seketika yang NaZ ke kedai ini sebenarnya untuk mencuba servis komplementari gunting rambut dari Gentlemen’s Tonic. Kami di sambut oleh Pengarah Urusan Gentlemen’s Tonic Malaysia, En. Fiqri Hylmanshah, orangnya muda dan kemas rapi penampilan nya…seperti seorang Gentlemen.

 

Fiqri Hylmanshah
Fiqri Hylmanshah, Pengarah Urusan Gentlemen’s Tonic Malaysia

Kami telah dipersilakan untuk duduk dahulu di ruang menunggu, sebuah sofa kulit empuk eksklusif menanti. Kami terus di datangi pembantu kedai wanita bertanyakan minuman yang kami inginkan… do you want to drink coffee, tea or soft drinks? Wow terdiam seketika, dan terus meminta coffee. Ini yang akan pelanggan alami jika datang ke Gentlemen’s Tonic selaras dengan falsafah syarikat iaitu pengalaman tahap tertinggi dalam penjagaan dan perhatian khusus secara eksklusif.

gt-ruang-menunggu
Ruang menunggu dengan sofa eksklusif empuk…
Sesi temubual
Sesi temubual dengan En. Fiqri

Lokasi kedai gunting rambut Gentlemen’s Tonic

Terletak di Publika, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur, merupakan lokasi pilihan startegik. Alamat Gentlemen’s Tonic adalah:

gt-peta-lokasi
D5 – G3 – 3, Solaris Dutamas, No 1, Jalan Dutamas 1, 50480 Kuala Lumpur

Lokasi ini dikategorikan kawasan elit dan sesuai dengan konsep yang diketengahkan oleh Gentlemen’s Tonic iaitu keyakinan diri untuk lelaki moden (self-confidence for gentlemen). Satu jenama terkenal dari Britain yang menawarkan servis gunting rambut tradisional dan servis dandanan eksklusif hanya untuk lelaki. Bila sebut eksklusif semestinya terbaik dan pada harga premium.

Di kedai ini terdapat sebuah kaunter servis, ruang menunggu yang selesa (sementara menunggu giliran anda), 4 ruang khas mengunting rambut (yang dilengkapi dengan kerusi Takara Belmont Apollo 2), 1 bilik VIP (yang inginkan privasi – ruang menunggu dan 1 kerusi Takara Belmont Appollo 2) dan 1 bilik rawatan (bagi servis urutan dan dandanan).

gt-kaunter
Kaunter Servis
gt-ke-bilik-vip
Dekorasi yang menarik di kedai gunting rambut Gentlemen’s Tonic
gt-cutting-stations
Ruang gunting rambut khas… ruang yang luas dan dilengkapi dengan kerusi Takara Bellmount Apollo 2
gt-treatment-room
Bilik rawatan…lengkap dengan peralatan dan kemudahan rawatan dam urutan
gt-vip-room
Bilik VIP… bagi yang inginkan privasi…

 

Servis yang ditawarkan di Gentlemen’s Tonic

Servis yang ditawarkan di sini servis Gunting Rambut (Barbershop), Dandanan (Grooming) dan Gaya Hidup (Lifestyle). Terdapat lebih dari 30 servis yang ditawarkan dan anda boleh sesuaikan (mix & match) dengan keperluan penjagaan diri anda.

gt-price-list
Senarai harga servis di kedai gunting rambut Gentlemen’s Tonic

Servis yang lengkap buat seorang lelaki urban di bawah satu bumbung. Dari gunting rambut, bercukur, rawatan muka, urutan badan dan sebagainya…

 

Servis Haircut & Finish

Selepas puas NaZ interview En. Fiqri, so bermula pengalaman menggunakan servis Gentlemen’s Tonic. Since NaZ ni mempunyai rambut yang lebat sangat (hahaha)….jadi NaZ telah memberi peluang kepada Munawir (rakan NaZ) untuk dapat servis gunting rambut tersebut.

haircut-finish
Dari mula hingga habis proses gunting rambut…siap ada sesi ‘hot towel’ yang sungguh menyegarkan..

Proses Haircut and Finish ini mengambil masa kurang lebih 40 minit hingga 1 jam. Barber yang bertugas merupakan barber yang bertauliah dalam bidang ini. Jadi ketelitian, kekemasan dan kebersihan amat dititikberatkan. Mana taknya setiap kali habis setiap sesi, tuala yang digunakan akan ditukarkan…supaya rambut yang dipotong tidak akan melekat pada muka dan tengkok pelanggan.

gt-towels
Tuala yang bersih dan harum digunakan…

Servis Express Facial

Sementara menunggu Munawir habis, En. Fiqri dengan baik hatinya menawarkan satu Express Facial kepada NaZ. Rawatan membersihkan muka ini dalam 20 – 30 minit menggunakan produk Babbasu dan Bergamot yang berkualiti tinggi. Ada ketika NaZ tertido dalam proses tersebut sebab keadaan yang nyaman, harum dan muzik yang menenangkan.

gt-express-facial
Rawatan membersihkan muka ekspress….segar dan menyegarkan

Pengalaman baru yang sungguh mengujakan dan sememangnya perkhidmatan eksklusif yang berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Memang tak rugi jika memanjakan diri sekali sebulan di Gentlemen’s Tonic.

 

Produk-produk Gentlemen’s Tonic

Selain dari memberikan perkhidmatan gunting rambut, dandanan dan rawatan, Gentlemen’s Tonic juga menjual produk-produk mereka di kedai ini. Antara produk-produk mereka…

gt-gift-sets
Set produk sebagai hadiah
gt-fragrances
Minyak wangi keluaran Gentlemen’s Tonic

Produk-produk ini boleh dibeli di kaunter kedai atau melalui online di laman web Gentlemen’s Tonic [klik sini] dan akan diposkan kepada anda.

 

Kedai ini dibuka setiap hari (termasuk cuti umum) dari 10 pagi hingga 9 malam. Untuk membuat temujanji anda boleh hubungi mereka di talian +603 6412 8660. Anda juga boleh mengikuti perkembangan mereka melalui laman sosial berikut:

Laman Web : www.gentlemenstonic.com
Facebook : www.facebook.com/gentlemenstonicmy
Instagram : www.instagram.com/gentlemenstonicmy

 

Tentang Gentlemen’s Tonic

Gentlemen’s Tonic adalah unik dan telah memenangi anugerah kedai gunting rambut tradisional dan urban – konsep spa lelaki. Gentlemen’s Tonic diasaskan pada tahun 2004 di Mayfair (Britain) untuk memberikan perkhidmatan dandanan dan produk kecantikan serta aksesori kepada lelaki.

Perkhidmatan dan produk Gentlemen’s Tonic telah dipilih dengan teliti dan diuji untuk kualiti dan keberkesanan dan direka untuk menggalakkan rasa kesejahteraan dengan baik dan daya hidup.

logo

Jenama Gentlemen’s Tonic menggambarkan dua aspek:

 Gentlemen’s untuk menunjukkan bahawa perniagaan ini adalah khusus secara eksklusif untuk keperluan lelaki moden; dan
 Tonic untuk menunjukkan ciri-ciri pemulihan dari penggunaan jenama ini.

Falsafah syarikat adalah kesederhanaan, keyakinan diri dan memberi peluang kepada pelanggan untuk mengalami tahap tertinggi penjagaan dan perhatian khusus dan eksklusif.

One thought on “Kedai Gunting Rambut Lelaki oleh Gentlemen’s Tonic

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *