Astro Kasih Bawakan ‘Fun Learning’ Ke Wad Pediatrik Di Seluruh Negara

astro kasih

Astro Kasih Bawakan ‘Fun Learning’ Ke Wad Pediatrik Di Seluruh Negara | Astro Kasih dengan berbesar hati menyumbangkan 60 biji troli pendidikan yang dilengkapi dengan alat pembelajaran serta buku-buku menarik kepada wad pediatrik di hospital seluruh negara agar pesakit terus bersemangat untuk belajar ketika sedang menerima rawatan.

astro Kasih bawakan fun learning ke wad pediatrik

Setiap troli disediakan dengan set alat tulis, permainan, buku aktiviti kanak-kanak, dan buku cerita yang sebahagiannya disumbangkan oleh kakitangan Astro dan sebahagian lagi ditaja oleh BookXcess dan Faber Castell. Sementara itu, IDC Global Holdings Sdn Bhd (Virochem) pula menaja Dispenser Air Cahaya UV Panas & Dingin untuk beberapa hospital terpilih di sekitar kawasan Lembah Klang.

Pandemik Covid-19 telah memberi impak yang besar terhadap tahap penjagaan pesakit di hospital. Antara yang terkesan adalah pesakit di wad pediatrik, di mana pergerakan pesakit kanak-kanak di wad ini dibatasi dengan penjarakan fizikal dan sosial. Dengan inisiatif ini, sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosialnya, Astro Kasih beriltizam untuk mendorong anak-anak di wad-wad pediatrik agar terus bersemangat untuk belajar melalui buku-buku dan aktiviti yang menarik.

Tammy Toh, Pengarah Komunikasi Astro yang mewakili Astro Kasih hari ini menyampaikan troli pendidikan yang pertama kepada Puan Nur Yasmin Nan Rahimi, Ketua Jabatan Komunikasi Korporat dan Khidmat Pelanggan yang mewakili pengurusan Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia. Troli yang selebihnya akan dihantar ke wad pediatrik di seluruh negara sepanjang bulan ini.

Toh berkata, “Tahun ini, Astro berusia 25 tahun, dan kami ingin memberi penghormatan kepada rakyat Malaysia dan pelanggan yang telah menyokong setia perjalanan kami ini. Pelanggan Astro adalah rakan kami dalam perjalanan demi untuk berkhidmat kepada masyarakat dan kami di Astro berharap sumbangan troli pendidikan ini dapat mencetuskan kebahagiaan dan memberi semangat kepada anak-anak ketika menerima rawatan di wad pada masa yang mencabar ini.”

Puan Nur Yasmin Nan Rahimi berkata, “Pihak pengurusan Hospital Canselor Tuanku Muhriz ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Astro atas sumbangan mereka kepada anak-anak di wad pediatrik kami. Anak-anak sedang melalui fasa yang sukar bagi mereka dengan berada jauh dari sekolah, jadi sumbangan ini pasti akan membuat anak-anak lebih teruja dan boleh mendorong mereka untuk cepat sembuh.”

Program ‘Astro Kasih Bersama Wad Pediatrik’ ini juga menyaksikan pemasangan sistem pembelajaran Kampus Astro secara percuma yang di wad pediatrik dan onkologi kanak-kanak di hospital di seluruh negara.

Yayasan Astro Kasih adalah yayasan tanggungjawab sosial korporat di bawah Astro Malaysia. Misinya adalah untuk mengembangkan projek-projek yang memberi impak inovatif yang mampu merubah hidup komuniti dan masyarakat demi meningkatkan kualiti hidup dan hasil sosio-ekonomi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *