Astro Tawar Akses Tontonan Komplimentari Untuk Saluran Kanak-Kanak Dan Berita

astro_share_1

Astro Tawar Akses Tontonan Komplimentari Untuk Saluran Kanak-Kanak Dan Berita | Bagi memastikan pelanggan kekal berinformasi dengan perkembangan semasa dan terhibur di fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) / Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini, Astro menawarkan akses tontonan komplimentari kepada rangkaian saluran berita (kecuali saluran berita SKY News) dan saluran kanak-kanak, mulai hari ini hingga 26 Januari 2021 di platform televisyen dan Astro GO.

Tontonan Komplimentari astro

Istimewa untuk generasi muda belia, mereka bakal disajikan dengan program-program dan kandungan hiburan kanak-kanak terhebat tanpa waktu batasan di saluran Cartoon Network (CH615 HD / CH 635), Nickelodeon (CH 616 HD/ CH 636), Nick Jr. (CH 617) dan Boomerang (CH 619) termasuk Ben 10, The Powerpuff Girls, Adventure Time, We Bare Bears, SpongeBob SquarePants, Teenage Mutant Ninja Turtles, Mr. Bean: The Animated Series, My Little Pony: Pony Life, Scooby-doo! Guess Who?, The Tom & Jerry Show, The Looney Tunes Show, Barbie Dreamhouse Adventures, Paw Patrol, Dora the Explorer, Top Wings, Shimmer and Shine, Blue’s Clues & You dan banyak lagi.

Tambah menarik, pelanggan Astro juga akan terus kekal maklum dengan liputan berita-berita terkini dan hal ehwal semasa yang berlaku di dalam dan luar negara di rangkaian Berita Astro, kecuali saluran berita SKY News, sehingga 26 Januari 2021. Akses komplimentari saluran Berita termasuklah CNN (CH 511 HD/ CH 531), BBC World News (CH 512 HD/ CH 532), Al Jazeera English (CH 513 HD/ CH 533), Channel News Asia (CNA) (CH 515), Bloomberg TV (CH 517), CNBC Asia (CH 516), ABC Australia (CH 518) dan Astro Awani (CH 501).

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai akses tontonan komplimentari ini, sila layari www.astro.com.my.

Senarai saluran yang terlibat dengan tawaran tontonan komplimentari buat pelanggan Astro dalam tempoh ini adalah seperti berikut:

saluran - tontonan komplimentari astro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *