Ayam Pedas Spicy Gilerrr… KRR | Pada awal tahun ini Kenny Rogers Roasters (KRR) telah melancarkan Golden Teriyaki yang ayamnya dibungkus dan diperap dengan sos teriyaki, herba dan nanas. Kali ini KRR menghangatkan lidah anda dengan ayam pedas spicy gilerrr…

Yang pasti, menu KRR ayam pedas spicy gilerrr… ini akan merangsang deria rasa anda dengan kepedasan ala-ala cili tobasco dan rasa kemasaman. Menyengat tetapi pada Naz sungguh sedap dan mengamit untuk terus mencuba lagi. Terdapat 2 set yang disediakan iaitu:
Spicy Chicken Favourite Meal RM19.90

Set ayam pedas ini mengandungi suku ayam yang dipanggang dan disirami oleh sos spicy gilerrr… disertakan dengan nasi aromatik, salad dan muffin.
Spicy Chicken & Soup Meal RM22.50

Set ini pula mengandungi suku ayam yang dipanggang dan disirami oleh sos spicy gilerrr… disertakan dengan nasi aromatik, sup cendawan dan muffin.
Minuman Blue Chillax RM9.50
Minuman kali ini berwarna biru bagi memadam kehangat lidah yang teransang oleh kepedasan spicy gilerrr… tersebut. Diperbuat dari perahan air limau berwarna biru dan hirisan lemon sungguh menyamankan.
Muffin Coklat Peanut Butter

Kali ini ada muffin baru iaitu muffin perisa coklat dengan inti peanut butter. Kombinasi yang coklat dan peanut butter yang mantap dan harus dimakan ketika ia masa panas atau suam-suam…delicious sungguh!
Bagi hidangan yang berserta muffin lain, anda boleh upgrade ke muffin coklat peanut butter dengan hanya menambah RM0.60 sahaja.
Tawaran Istimewa
Ada tawaran istimewa untuk set Spicy Chicken & Soup Meal ni, beli 2 set pada harga RM32.00 sahaja (harga asal RM45.00). Harga kombo ini bermula pada 20 Febuari 2017 hingga 28 April 2017.

Jangan ketinggalan untuk rasakan kepedasan yang sungguh memberangsangkan ini. Untuk dapatkan maklumat lanjut tentang promosi terkini dari Kenny Rogers Roasters, anda boleh layari…
Laman Web KRR: http://www.krr.com.my
Laman Facebook KRR: http://ww.facebook.com/krrmalaysia