Redmi 4A Dilancarkan Lebih Ringan Dan Tahan Lama | “Light goes a long way” merupakan tema bagi Redmi 4A yang secara rasminya dilancarkan pada 18 Febuari yang lalu kepada para media bertempat di Bronx IV, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

Pelancaran kali ini agak berbeza daripada pelancaran telefon pintar yang pernah Naz hadiri kerana menggabungkan 2 elemen iaitu pelancaran Redmi 4A di pasaran Malaysia dan bengkel (workshop) pemasaran affiliate kepada para media. Acara ini dijayakan oleh 3 syarikat iaitu MI sebagai pengeluar telefon pintar Redmi 4A, Involve Asia selaku penganjur acara ini serta penyedia platform pemasaran affiliate dan Lazada sebagai pusat pembelian atas talian untuk Redmi 4A.

Acara dimulakan dengan pengenalan telefon pintar Redmi 4A yang disampaikan oleh En. Arjun Batra yang merupakan Pengurus Komersial – Jualan Global Xiaomi. Telefon pintar Redmi 4A merupakan telefon yang ringan hanya 131.5 gram dengan bentuk yang kompak dan nipis pada 8.5mm sahaja. Dipadatkan dengan bateri yang berkapasiti tinggi iaitu 3120mAh, boleh tahan sehingga 7 hari pada mod siap sedia.

Spesifikasi Redmi 4A
Redmi 4A dilengkapi dengan skrin paparan definasi tinggi 5.0 inci. Mempunyai resolusi 1280 x 720 dan pelarasan warna sesuai untuk mod pembacaan. Model ini dikuasakan dengan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 425 dengan teras quad 64-bit amat sesuai untuk kelancaran permainan video atau penggunaan pelbagai aplikasi dalam satu masa.

Kamera belakang dilengkapi dengan 5-elemen lensa 13MP manakala kamera depan dengan lensa 5MP. Walaupun kompak tetapi dapat merakamkan gambar yang menarik dengan perincian pelbagai tona warna. Lihat saja foto-foto berikut…

Dilancarkan dengan sistem operasi mesra pengguna setakat ini iaitu MIUI8, yang akan memudahkan penggunaan pelbagai aplikasi dalam satu masa. Model ini juga memperkenalkan Dual Apps yang memberi anda dua akaun untuk semua aplikasi. Ini bermaksud anda boleh ada 2 whatsapp akaun dalam satu telefon, satu untuk privasi anda dan satu lagi untuk urusan pejabat. Sesuai untuk mengaturkan hidup yang lebih sistematik.


Mempunyai 2GB RAM memori, dengan storan dalaman 16GB dan storan sokongan microSD sehingga 128GB. Sistem operasinya Android 6.0 Marshmallow dan didatangkan dengan 2 slot SIM 4G, yang menyokong 4G VoLTE.

Redmi 4A ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Gold dan Rose Gold yang mana boleh didapati pada harga RM459 di Lazada Malaysia.

Acara berhenti rehat untuk jamuan tengahari dan diselitkan dengan kontes Snap & Share melalui Instagram yang mana 1 pemenang bertuah akan membawa balik sebuah telefon pintar Redmi 4A.

Acara bersambung semula dan Ms. Steffi dari Lazada Malaysia memberi kata ucapan serba ringkas tentang peranan Lazada selaku pusat pembelian atas talian untuk Redmi 4A.

Acara diteruskan lagi oleh En. Gerald Yong, Ketua Pegawai Pemaran Involve Asia, menerangkan tentang fungsi platform pemasaran affiliate. Tak hairan la mengapa Involve Asia merupakan rangkaian affiliate yang pesat berkembang di rantau Asia Tenggara kerana mempunyai solusi pemasaran affiliate yang berjaya. Alat-alat pemasaran premium yang disediakan berjaya menghasilkan komisen kepada para affiliate. Kalau nak tau bagaimana untuk mengambil kesempatan ini, anda boleh menjadi para affiliate dengan berdaftar dengan Involve Asia di sini .

Sesi terakhir disampaikan oleh En. Andrew Tai, pengasas Shopcoupons, yang berkongsi tentang bagaimana untuk mengoptimasikan dan menghasilkan wang melalui blog post anda. Antara tips yang dikongsikan adalah bagaimana membuat penyelidikan kata kunci (keywords research), mengoptimasikan tajuk blog post, permalink dan gambar, menggunakan peralatan seperti deeplinks generator, trackable links dan banyak lagi. Sungguh mudah dan yang penting kena lakukan untuk menghasilkan wang.

Selesai sesi perkongsian tersebut, maka tiba masanya untuk mengumumkan pemenang cabutan bertuah dan pemenang pertandingan Snap & Share. Sebelum mengakhiri majlis, kesemua para media dan wakil dari MI, Lazada dan Involve Asia mengabadikan majlis ini dengan sesi bergambar.

Memang lain dan sungguh berinformatif acara pelancaran Redmi 4A yang dilakukan oleh Involve Asia. Syabas dan tahniah kepada tim Involve Asia.
This Lazada x Mi event was organized by Involve Asia. Lazada voucher sponsored by ShopCoupons.