Beli Atau Sewa Rumah… Mana Yang Lebih Menguntungkan?

Beli atau Sewa

Beli Atau Sewa Rumah… Mana Yang Lebih Menguntungkan? | Sekarang nie semuanya mahal dan mungkin hasrat untuk memiliki rumah sendiri akan menjadi sekadar angan-angan sahaja. Maklumla sekarang nie nak dapatkan rumah murah di kawasan Lembah Klang dah semakin susah. Takan la nak terus menyewa kan.

Beli Atau Sewa?

Yang Naz tahu di kawasan Ampang nie untuk rumah teres lama berkeluasan 1,000 kaki persegi pun sewanya dah dekat RM1,700 sebulan. Itu baru duit sewa, belum lagi bayar bil api, bil air dan sebagainya. Kalau nak beli pula harga rumah teres nie melebihi RM450,000 dan rumah lama ni faham-faham aje la kan. Ada saja yang nak kena repair kan.

Baru-baru ni Naz tengah survey-survey design rumah di internet, ternampak projek perumahan terbaru dari Matrix Concepts Holdings Berhad iaitu HANNA @ Laman Sendayan di Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan. Yang menariknya design dan konsep rumah nie menepati citarasa rumah idaman Naz.

HANNA @ Laman Sendayan - Type A - Beli Atau Sewa

Apalagi, Naz pun terus cari info pasal projek perumahan nie. Mungkin boleh buat untuk pelaburan masa akan datang. Rupanya HANNA @ Laman Sendayan ni ada 2 fasa yang mana Fasa 1 sudah dilancarkan pada Febuari 2021 yang lalu dan Fasa II akan dilancarkan pada May 2021 ni. Bila tengok harga rumah nie memang Naz agak terkejut kerana harganya bermula dari RM400,000 untuk Rumah Teres 2 tingkat. Bayangkan rumah baru dan harga memang berpatutan sangat. Tambahan pula hanya RM1,000 sahaja diperlukan untuk membuat tempahan rumah nie. Mana lagi berbaloi, beli atau sewa?

HANNA @ Laman Sendayan dengan gaya hidup yang seimbang - beli atau sewa

Apa rumah nie jauh dari Kuala Lumpur? Pada Naz tak la jauh sangat sebab Bandar Sri Sendayan ini mempunyai hubungan jalanraya yang baik. Ia boleh di akses menggunakan Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya Seremban-Port Dickson, KLIA Linkage dan Senawang-KLIA Expressway (dalam peringkat cadangan pembinaan). Kalau nak ke Ampang boleh aje gunakan Kajang-Seremban Highway (LEKAS). Jadi jauh tu bukan la menjadi isu lagi.

Jaringan lebuhraya yang baik

HANNA @ Laman Sendayan

Rumah moden berkonsepkan keterbukaan membuatkan kediaman ini nampak luas dan besar. Selain itu, ruang belakang rumah ini telah di maksimakan (fully extended) dan tidak perlu diubahsuai lagi. Sungguh selesa dan sangat sesuai buat pembeli rumah pertama mahu pun keluarga sederhana yang inginkan pembaharuan dalam gaya hidup keluarga mereka.

Suasana interior yang luas. Beli atau sewa menguntungkan?

Saiz lot rumah ini 20 kaki x 65 kaki bagi Jenis “A” dan 20 kaki x 70 kaki bagi Jenis A1” dengan keluasan dari 2,152 kaki persegi. Mempunyai 4 bilik tidur dan 3 bilik mandi. Ruang pakir yang boleh memuatkan 2 buah kereta dan tanpa pagar menjadikan rumah ini sangat menarik.

HANNA @ Laman Sendayan - Type A1
Pelan lantai HANNA @ Laman Sendayan

Kawasan kediaman HANNA @ Laman Sendayan juga akan dilengkapi dengan kemudahan bersama seperti pavillion, gelanggang bola keranjang, gelanggang badminton, gim luar, hammock dan taman permainan. Selain itu, penduduk HANNA juga dapat menikmati lebih banyak kemudahan yang ditawarkan di d’Tempat Country Club House yang berdekatan seperti kolam renang, gelanggan tenis, boling, gim lengkap, SPA dan banyak lagi. Oh ya, pemilik kediaman HANNA @ Laman Sendayan juga akan menikmati 2 tahun keahlian percuma di d’Tempat Country Club House.

Selain daripada itu juga, banyak kelebihan jika anda memiliki kediaman di sini antaranya berdekatan:

  • Institusi Pendidikan (SMK Bandar Baru Sri Sendayan, SJK (C) Bandar Sri Sendayan, Matrix Global Schools)
  • Kemudahan perubatan (KPJ Seremban, Columbia Asia Hospital)
  • Kemudahan komersial (Sendayan Merchant Square, Sendayan City, Sendayan Metropark)
  • Pusat membeli-belah (Tesco, AEON, Mydin)
  • Kemudahan rekreasi (d’Tempat Country Club House, Central Park, Sendayan X-Park)
  • Kemudahan beribadah (Masjid Sri Sendayan)
  • Dan banyak lagi. 

Jadi tak rugi kalau beli sebagai pelaburan rumah kedua, atau pun buat yang sedang menyewa anda patut menyambar kediaman HANNA @ Laman Sendayan ini. Mana taknya, Naz dah kira tolak campur bahagi anggaran untuk bayaran bulanan sekitar RM1,400+ je. Jadi memang berbaloi dan sungguh mudah untuk dimiliki… jadi sekarang beli atau sewa?

JOM BELI, don't SEWA promo - beli atau sewa

Bagi yang berminat, boleh terus menghubungi Matrix Concepts melalui:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *