HESSA Presint 7, Tiara Sendayan Menawarkan Keselesaan Dalam Persekitaran Kondusif | Ciri-ciri utama yang selalu dititik beratkan oleh pembeli-pembeli rumah masa kini bukan sahaja bergantung kepada harga rumah dan keluasannya semata-mata. Ia turut melibatkan aspek-aspek lain seperti pembangunan yang terancang, kemudahan awam yang dekat, pusat komersial yang lengkap, akses jalanraya yang baik, kawasan riadah yang penuh dengan kehijauan dan yang paling penting, ia harus memberikan nilai pulangan yang tinggi kepada pembeli. Semua ini boleh di dapati di projek pembangunan perumahan Tiara Sendayan, yang terletak di kawasan yang strategik bersebelahan Bandar Sri Sendayan, Seremban. Projek perumahan ini dimajukan oleh Matrix Concepts Holding Bhd, yang menjanjikan gaya hidup holistik kepada pemiliknya.

Tiara Sendayan boleh di akses menerusi Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya Seremban-Port Dickson dan juga melalui Lebuhraya KLIA Linkage.
Sebagai sebuah projek perumahan terancang, Tiara Sendayan berkeluasan 295 ekar ini menawarkan bukan hanya kediaman semata-mata tetapi dilengkapi dengan Central Park, yang mempunyai keluasan 12 ekar, pusat komersial tersendiri, food bazaar, stesen minyak dan banyak lagi tersedia.
Di Central Park kemudahan sukan dan rekreasi seperti trek jogging, laluan refleksologi, trek berbasikal, taman permainan kanak-kanak, kemudahan kawasan senaman (outdoor gym), gelanggang futsal, gelanggang bola keranjang dan beberapa lagi kemudahan lain yang boleh dinikmati.
Selain dari itu, pembeli Tiara Sendayan dapat menikmati keahlian kelab d’Tempat Country Club secara percuma selama 5 terma di Bandar Sri Sendayan, yang menawarkan kemudahan seperti kolam renang bersaiz Olimpik, gelanggang badminton dan gelanggang tenis, gelanggang skuasy, gimnasium, pusat boling (10-lorong), bilik TV kanak-kanak dan banyak lagi.

HESSA Presint 7 di Buka untuk Jualan
HESSA terletak bersebelahan dengan Central Park, jadi sungguh bertuah la pemilik fasa ini dapat menggunakan kemudahan yang sedia ada di taman ini dengan lebih kerap lagi. Di fasa ini terdapat 254 unit rumah Teres 2 Tingkat, dengan keluasan di antara 2,156 – 2,635 kaki per segi, merangkumi 4 bilik tidur, 3 bilik air dan 2 ruang pakir kereta. Kediaman ini berstatus pegangan bebas.

Bagi yang ingin melihat sendiri kediaman idaman HESSA Presint 7 ini, boleh terus hubungi atau layari:
Matrix Concepts (NS): 1-800-88-2688
Laman Web: http://www.tiarasendayan.com
Facebook Page: https://www.facebook.com/matrixconceptshomes
Instagram: https://www.instagram.com/matrix_concepts
#MatrixConcepts #TiaraSendayan #HESSA #HomeSweetHome #SelfSustainingTownship #AHomeforWellBeing #AHomeforWellLiving
Fuhh kalau la kaya nak jugak beli rumah mcm ni.. best kot abg.. ada fasiliti lengkap mcm ni.. taman tu boleh jogging hari2. agituuuu
In Shaa Allah mana tau ada rezeki terpijak kan….. doa-doa la
Ada ciri-ciri rumah idaman. Adakah mungkin jodohka membeli rumah kat situ kelak?
Dan mungkinkah akan juga bertemu jodoh hati juga di sana?
Wahh ni rumah kedua ke atau ketiga ehhhh hehehehe nak juga jiran dengan kau macam ni rumah boleh buat makan-makan kan…
Aamiin doa-doakan la ya Mahadir….. boleh tukar-tukar juadah kan
Ciri ciri rumah idaman iena ni, ada banyak kemudahan dekat sini . Berbaloi kalau beli.. Kalau ada rezeki lebih boleh lah beli rumah ke tiga
Betul tu, pasang impian semoga tercapai Iena