‘Bidadari Kiriman Tuhan’ Drama Bersiri di Slot Astro Megadrama

Bidadari Kiriman Tuhan banner

Drama bersiri ‘Bidadari Kiriman Tuhan’ merupakan sebuah naskah asal yang mengangkat genre romantik dan kisah masalah rumahtangga hasil kerjasama pihak Astro Ria dan syarikat produksi Opera Klasik Sdn. Bhd. Drama 25 episod ini diarahkan oleh sutradara Rashid Sibir yang turut bertindak selaku penulis skrip.

‘Bidadari Kiriman Tuhan’ bakal bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam mulai 25 Ogos 2020 menerusi slot Megadrama secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124) serta turut boleh distrim menerusiaplikasi Astro GO dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Bidadari Kiriman Tuhan - Zul Ariffin
Bidadari Kiriman Tuhan - Zul Ariffin bersama Mira Filzah

Emarina Kamal, Pengurus Saluran Astro Ria, “Bagi mengukuhkan lagi kedudukan Astro sebagai destinasi utama bagi drama-drama Melayu hebat dalam membariskan variasi drama mantap menerusi salurannya yang pelbagai, kami amat teliti dan berhati-hati dalam setiap pemilihan program-program yang ditawarkan.

Bidadari Kiriman Tuhan - Mira Filzah
Bidadari Kiriman Tuhan

Terbaharu kami bawakan drama ‘Bidadari Kiriman Tuhan’ menerusi slot Megadrama khusus buat tontonan para penonton kerana kami yakin dengan kekuatan jalan cerita yang padat dan disokong dengan kualiti produksi yang bermutu tinggi serta lakonan mantap barisan pelakon yang terlibat. Di bawah arahan pengarah handalan iaitu Rashid Sibir yang cukup sinonim dengan pembikinan karya-karya penuh emosi menyentuh hati, drama kali ini yang mengangkat genre romantik dan kisah masalah rumahtangga pasti akan memberikan ‘mood’ yang berlainan kepada peminat drama Melayu. Selamat menonton!

Rashid Sibir, Pengarah & Penulis Skrip ‘Bidadari Kiriman Tuhan’, “Saya gembira diberikan kepercayaan oleh Astro untuk menghasilkan karya ini, lebih-lebih lagi untuk slot Megadrama. Terus terang saya berasa sangat gemuruh apabila memikirkan reaksi penonton apabila drama ini ditayangkan nanti. Kami dari pihak Opera Klasik cuba lari dari kebiasaan dan lari dari ‘cliche’ dan mengadaptasikan gerak kamera berlainan dan memperbanyakkan ‘wide shots’.

Saya juga ingin berterima kasih dengan kru-kru dan artis-artis yang sangat profesional yang arif dengan kerja masing-masing. Saya juga berasa amat bangga dan merasakan suatu penghormatan yang besar apabila diberi peluang untuk bekerja dengan veteran-veteran seperti Fauziah Nawi dan juga Mak Mah.”

Drama ‘Bidadari Kiriman Tuhan’ mengisahkan tentang perjalanan hidup Manis (lakonan Mira Filzah), seorang guru tadika yang berusia 25 tahun dan kembar seirasnya, Manja (lakonan Mira Filzah) yang agak lembam. Manis dan Manja hidup bersama mak (lakonan Zarina Zainuddin) dan nenek (lakonan Mak Mah) mereka yang sakit. Pelbagai dugaan dan tanggungjawab yang dipikul oleh Manis, namun dia tidak pernah mengeluh. Sehinggalah Manis jatuh hati pada seorang guru sekolah rendah bernama Yusuf (lakonan Zul Ariffin), hubungan adik beradik itu mula tergugat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *