HABIB Meraikan Sambutan Merdeka Bersama Finalis Miss Universe Malaysia 2020

HABIB Jualan Merdeka Logo

HABIB Meraikan Sambutan Merdeka Bersama Finalis Miss Universe Malaysia 2020 | Jenama barangan kemas tempatan, HABIB meraikan sambutan merdeka bersama dengan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-63. Sebagai syarikat tempatan yang bertapak sejak negara ini mencapai kemerdekaan, HABIB menyambut bulan patriotik ini dengan penuh hormat dan kegembiraan.

Sambutan Merdeka tahunan HABIB pada tahun ini bertemakan #SokongLokal, untuk menyokong bakat dan perniagaan tempatan. Melalui kempen #SokongLokal ini, HABIB menyokong beberapa perniagaan tempatan untuk merealisasikan potensi dan mencapai impian mereka. Semua rakyat Malaysia untuk menyokong produk dan servis tempatan, khususnya perusahaan kecil dan sederhana, untuk memacu ekonomi negara ke tahap yang lebih baik.

Sambutan Merdeka tahunan HABIB pada tahun ini bertemakan #SokongLokal

Kempen Merdeka tahun ini diraikan bersama ratu cantik tempatan, para finalis Miss Universe Malaysia 2020 dan Shweta Sekhon, Miss Universe Malaysia 2019. Sebagai penaja utama barangan kemas Miss Universe Malaysia 2020, HABIB mendapat sokongan dari para finalis dalam mempromosi #SokongLokal

Dato’ Sri Meer Habib, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Habib bersama Shweta Sekhon, Miss Universe Malaysia 2019
Shweta Sekhon, Miss Universe Malaysia 2019

Tahun ini merupakan tahun kedua kerjasama antara Habib dan Miss Universe Malaysia Organization (MUMO), sebagai penaja barangan kemas dan mahkota. Penglibatan HABIB dalam pertandingan Miss Universe Malaysia 2020 ini adalah penghargaan kepada kecantikan dan bakat tempatan. Malam Gala Miss Universe Malaysia akan berlangsung pada 5 September 2020 dan buat pertama kalinya dalam sejarah, upacara pemahkotaan diadakan secara atas talian, siaran langsung dari www.missuniversemalaysia.com.my. Salah seorang finalis bakal dipilih sebagai Miss Habib melalui undian di media sosial Habib.

“Tunjang ekonomi ketika krisis yang tidak dijangka ialah dengan mengurangkan aliran wang keluar dan ini boleh dicapai dengan menyokong perusahaan dan perniagaan tempatan.” menurut Dato’ Sri Meer Habib, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Habib

Dato’ Sri Meer Habib bersama Finalis Miss Universe Malaysia

HABIB melaksanakan beberapa inisiatif untuk membantu dan menyokong perniagaan tempatan, khususnya perusahaan kecil dan sederhana:

1.      #HabibStandsWithYou

  • #HabibStandsWithYou adalah inisiatif Kumpulan HABIB untuk membantu perniagaan kecil. Habib Learning, anak syarikat Habib Group berperanan menyampaikan pengetahuan dan berkongsi kepakaran mereka tentang skil-skil perniagaan
  • Temubual dan Diskusi Panel – Usahawan berpengalaman seperti Pengerusi Eksekutif Kumpulan Habib, Dato’ Sri Meer Habib akan terlibat dalam beberapa sesi di Instagram dan Facebook Live.
  • Kursus Latihan Percuma – Habib Learning menyediakan kursus secara percuma kepada perusahaan kecil dan sederhana. Antara latihan yang ditawarkan ialah; khidmat pelanggan, kepimpinan, teknik jualan dan sebagainya.

2.      Inisiatif Biskut

HABIB membeli produk dari peniaga biskut tempatan, khususnya mereka yang terjejas seamasa pandemik Covid-19 secara pukal. Semua pelanggan Habib akan menerima sebalang biskut dengan setiap pembelian barang kemas sepanjang bulan Ogos.

Inisiatif Biskut HABIB
#SokongLokal - Pengusaha Biskut

3.      Syiling Emas edisi terhad Merdeka

Sempena bulan kemerdekaan, HABIB mengeluarkan syiling emas edisi terhad seberat 0.2 gram, yang direka khas oleh pereka barangan kemas HABIB.

Syiling Emas HABIB_Depan
Syiling Emas HABIB_Belakang

HABIB dan ratu-ratu cantik Malaysia mengajak semua rakyat Malaysia untuk #SokongLokal #HabibStandsWithYou #KitaJagaKita dalam sambutan Kempen Merdeka Habib 2020.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *