Butik Haqqi Hab Produk Ibadah Haji dan Umrah

Haqqi Logo color

Butik Haqqi Hab Produk Ibadah Haji dan Umrah |  Haqqi menjadi peneraju dan hab produk ibadah Haji serta Umrah mampu milik yang terbesar di negara ini merupakan kerjasama di antara Koperasi Tabung Haji Berhad (KTHB) dengan Glass Go Media selaku rakan niaga dan pakar teknologi maklumat. Usahasama ini bermula dengan portal membeli-belah dalam talian pada platform haqqi.com.my. Pada akhir Disember 2016, Haqqi telah membuka butik fizikal pertama mereka di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.

Hab produk ibadah haji dan umrah
Cawangan pertama Butik Haqqi yang dibuka pada Disember 2016

Kini sudah melangkaui 1 tahun setengah, Haqqi telah mempunyai tambahan 3 cawangan lagi di Bangi Sentral, Taman Tun Dr. Ismail dan Kuala Terengganu.

Butik Haqqi
Kini telah memiliki 4 cawangan untuk menampung keperluan dan permintaan pelanggan…

Butik Haqqi kini bukan sekadar menawarkan kelengkapan untuk ibadah Haji dan Umrah, bahkan juga menawarkan produk lain seperti fesyen pakaian (lelaki, wanita & kanak-kanak), barangan kosmetik, barangan kesihatan, beg serta kasut daripada lebih 14 jenama.

Jenama di Haqqi

Para artis dan selebriti tanahair juga menempatkan fesyen jenama mereka di sini seperti Owl by Nora Danish, Dara By Fathia Latiff, El by Elfira Loy dan Izzuexclusive, RTW by NurSajat, Adelle, Al Amein, Ameera Zaini dan banyak lagi.

keperluan umrah
Menawarkan segala jenis produk bagi persiapan anda mengerjakan ibadah Haji dan Umrah

Telekung Haqqi

Telekung Haqqi

Selain harga yang mampu milik, Haqqi menawarkan telekung wanita yang pelbagai baik dari segi jenama, material fabrik, tona warna, corak hiasan dan juga saiz mengikut peringkat umur.

Telekung dengan corak sulam
Telekung dengan corak sulam
Telekung dengan corak motif bunga
Telekung dengan corak motif bunga
berkelim dengan tona warna berbeza
berkelim dengan tona warna berbeza
Tampak eksklusif dengan penggunaan lace
Tampak eksklusif dengan penggunaan lace
pilihan warna lembut yang menarik
pilihan warna lembut yang menarik

Ini baru sahaja cerita pasal telekung, ada banyak lagi untuk seisi keluarga. Pilih sahaja mengikut citarasa dan bajet anda. Yang pastinya, anda tidak akan pulang dengan kecewa.

  Kedai Dalam Talian (Online)

Sekiranya anda tidak berkesempatan untuk ke butik Haqqi ini, anda masih lagi boleh mendapatkan jenama pilihan anda melalui kedai dalam talian mereka. Lebih mudah dan hanya di hujung jari samada menggunakan telefon bimbit, tablet mahupun komputer dari mana-mana lokasi dan pada bila-bila masa. Jom tengok bagaimana cara membeli dalam talian ini:

View this post on Instagram

Ingin mendapatkan produk-produk di www.haqqi.com.my tapi tidak pasti caranya? Tonton video ini untuk lihat langkah yang amat mudah untuk beli-belah melalui website www.haqqi.com.my . Anda hanya perlu ikut langkah-langkah di bawah ✨✨✨ . 1) "sign up" masukkan emel untuk daftar akaun baru @ "sign in" masukkan emel dan kata laluan untuk daftar masuk jika sudah mempunyai akaun . 2) "scroll" dan pilih produk yang anda ingin beli . 3) pilih saiz dan kuantiti . . 4) Tambah ke senarai troli beli-belah . . 5) Anda boleh tekan "continue shopping" untuk terus membeli @ terus tekan "proceed to checkout" untuk ke senarai troli beli-belah anda . 6) Semak senarai troli beli-belah anda dan anda juga boleh kemaskini kuantiti atau padam senarai . . 7) Masukkan kod baucer jika ada . 8) Pilih alamat penghantaran, anda boleh semak dan kemaskini alamat atau tambah alamat baru jika ada . 9) Pilih kaedah penghantaran dan komen jika ingin menghantar pesanan anda di ruang yang disediakan . 10) Klik setuju dengan syarat-syarat perkhidmatan . . 11) Pilih kaedah pembayaran anda . . 12) Anda akan dibawa terus ke "link" untuk pembayaran melalui medium bayaran pilihan anda . 13) Siap 🤗🤗 . dengan www.haqqi.com.my segala pembelian barangan haji dan umrah serta produk muslim hanya di hujung jari sahaja. Apa tunggu lagi! Jom beli di www.haqqi.com.my 💚🖤 . #tutorial #onlineshopping #website #haqqi #haqqionline #fashion #muslimfashion #muslim #women #men #clothingbrand #shoe #artist #malaysia #hajiumrah #haji #umrah

A post shared by PAKAIAN HAJI DAN UMRAH HAQQI (@haqqi.com.my) on

Dari masa ke semasa, mereka akan mengadakan jualan penghabisan stok dan harganya memang terbaek. Jadi untuk tidak lepaskan peluang itu, ikuti mereka di media sosial berikut:

INSTAGRAM: www.instagram.com/haqqi.com.my

FACEBOOK: www.facebook.com/haqqi.com.my

TWITTER: twitter.com/my_haqqi

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *