Lipton Green Ice Tea Baru – 31% Kurang Gula | Lipton®, jenama Teh No. 1 di dunia*, hari ini melancarkan “Lipton Green Ice Tea” (Teh Hijau Ais Lipton) baru yang mempunyai rasa menyegarkan yang sama hebat, tetapi mengandungi 31%** kurang gula, dicapai dengan menggunakan Stevia, bahan pemanis sifar kalori yang semula jadi.

“Rakyat Malaysia semakin mencari cara menjaga kesihatan dan kesejahteraan diri mereka. Atas kesedaran itu, Lipton® sentiasa mentransformasikan produk-produk kami agar pengguna yang menginginkan gaya hidup yang lebih sihat disediakan dengan pilihan yang sesuai,” kata Puan Putri Shireen Syed Othman, Ketua Pemasaran PepsiCo (M) Sdn Bhd.

“Lipton Green Ice Tea” baru boleh didapati dalam dua perisa unik yang lazat, iaitu “Mango Pandan” (Mangga & Pandan) dan “Jasmine Lychee” (Jasmin & Laici), ciptaan baru yang menggabungkan teh hijau sebenar dengan buah-buahan dan aroma sensasi Asia.
“Pengguna produk kami boleh terus menikmati kelazatan “Lipton Green Ice Tea”, yang kurang kandungan gulanya, tanpa menjejaskan kehebatan rasa menyegarkan yang digemari ramai itu,” kata Puan Shireen lagi.
“Lipton Green Ice Tea” baru mengandungi hanya 5.8g gula setiap 100ml, dan ini melayakkannya menerima “Healthier Choice Logo” (HCL) iaitu “logo pilihan lebih sihat” yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. HCL membantu pengguna mengenal pasti produk yang lebih sihat dalam kategori yang sama.

Untuk menekankan kandungan gula yang lebih rendah di dalam “Lipton Green Ice Tea” baru, Encik Hemanth Jayaraman, Pengurus Komersial & Pemasaran PepsiCo (M) Sdn Bhd, berkata, “Pilihan-pilihan kecil yang kita buat setiap hari, sebagai contoh mengurangkan pengambilan gula boleh menjadi suatu tabiat yang membantu kita memulakan gaya hidup yang lebih sihat.
“Bagi melengkapkan produk baru kami ini, kami melancarkan #LETSMOVE, iaitu sebuah kempen ikrar yang bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia memikirkan rutin harian mereka, dan langkah-langkah pragmatik yang boleh diambil untuk beralih kepada gaya hidup yang lebih sihat,” tambah Encik Hemanth.
Mulakan gaya hidup yang lebih sihat dengan “Lipton Green Ice Tea Mango Pandan and Jasmine Lychee” yang mengandungi 31% kurang gula. Boleh didapati di semua kedai serbaneka dan kedai runcit utama, dan di semua stesen minyak di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak, pada harga antara RM2.50 – RM2.80 bagi setiap botol 450ml.

Untuk mendapatkan maklumat selanjutnya dan petua-petua kesihatan, sila layari dan ikuti kami, @LiptonIceTeaMY di Facebook dan di Instagram.
*Euromonitor International Ltd, berdasarkan gabungan Saham Nilai Runcit bagi Teh Panas dan Teh Sedia Diminum (RTD), Harga Jualan Runcit (RSP), data 2016.
**31% lebih rendah kandungan gulanya berbanding dengan Teh Ais Lipton Pir & Pic yang mengandungi 8.5g gula setiap 100ml.