Concorde Shah Alam Tawarkan Hidangan Eksklusif Krismas | Perayaan Krismas menjelang tiba beberapa hari sahaja lagi dan sudahkah anda membuat keputusan untuk menikmati hidangan makan malam pra krismas bagi yang meraikannya? Ataupun anda tidak meraikannya tapi ingin turut serta merasai hidangan eksklusif yang hanya disediakan pada musim perayaan seperti ini. Maka anda boleh segera menempahnya di Concorde Shah Alam.

Pelbagai hidangan eksklusif ditawarkan di Melting Pot Café, Concorde Shah Alam ini. Dan akan lebih meriah lagi jika hidangan eksklusif ini dinikmati bersama keluarga tersayang dan rakan taulan. Antara menu utama yang akan disajikan adalah seperti…






Harga untuk hidangan eksklusif makan malam pra-Krismas ini berharga RM120.00 net untuk dewasa, manakala diskaun 30% diberikan untuk golongan warga emas.
Selain dari itu, Melting Pot Café ini juga akan menyajikan hidangan Christmas Hi-Tea pada 25 Disember bermula dari 12.00 tengahari sehingga 4.30 petang. Sambil menikmati hari cuti umum bersama keluarga dan makan tengahari di sini memang sesuatu yang pasti menggembirakan.
Sajian Christmas Hi-Tea ini pasti meransang deria rasa anda dengan hidangan seperti…
- Fresh Prawn Kataiff
- Beef Medallion with Peppercorn Sauce
- Tuna Quiche ala Funghi
- Roasted Chicken and Turkey Bird
Tak lengkap jika hidangan ini tidak diakhiri dengan pencuci mulut yang sedap seperti…
- Cherry Hollandaise Cake
- Scone with Sour Cream
Harga untuk Christmas Hi-Tea ini berharga RM70 net untuk dewasa, manakala diskaun 30% diberikan untuk golongan warga emas.
Pada sesi food review ini, Chef telah menyediakan untuk kami hidangan yang comel-comel supaya kami dapat merasakan kesemua hidangan yang ditawarkan…



Bagi yang ingin merasai hidangan ini di rumah, jangan risau. Anda boleh mengambil kesempatan dengan Take Away-Festive Season Delights yang berharga dari RM40.00 net sehingga RM380.00 net. Tak perlu keluar rumah, hanya membuat pesanan melalui telefon. Anda perlu memesan sebelum 24 Disember 2017 dan membayar 50% deposit semasa membuat pesanan. Selebihnya ketika penghantaran dibuat pada hari perayaan tersebut.

Hidangan eksklusif yang anda boleh pilih untuk dinikmati bersama keluarga anda adalah seperti…
- Christmas Pudding
- Christmas Minced Meat Pie
- Christmas Stollen
- Christmas Turkey
- Roasted Rib Eye Beef
- Crusted Crown Rack of Lamb
dan bermacam-macam lagi.



Sambutan Malan Tahun Baru
Bagi yang ingin menyambut tahun baru 2018 dengan cara Concorde Hotel Shah Alam, anda boleh sertai New Year Eve Countdown Party bertemakan ‘Wild Wild West‘ di Lounge Crossroads. Mereka akan dihiburkan secara langsung oleh Batak band dan kumpulan D’fense. Selain dari itu terdapat juga sesi karaoke, hadiah cabutan bertuah, permainan yang menyeronokkan dan persembahan khas dari kakitangan hotel ini.
Harga untuk New Year Eve Countdown Party ini ialah RM85.00 net seorang dan akan diberikan…
The New Year’s Eve Cocktail Party is priced at RM 85nett per person inclusive of
- 1 minuman percuma
- Makan malam Bufet
- Pek Parti
- Cabutan Bertuah
- Persembahan Band Secara Live
- Permainan yang menyeronokkan
Promosi Bilik Sempena Tahun Baru 2018
Bagi yang ingin menginap sempena perayaan dan tahun baru, Concorde Shah Alam menawarkan untuk tempoh tempahan dari 15 November 2017 hingga 7 Januari 2018 untuk 2 tarikh penginapan yang berbeza.
- Tarikh penginapan pertama: 23 Disember 2017 – 7 Januari 2018
- Tarikh penginapan kedua: 12 – 28 Febuari 2018
Untuk penginapan malam bermula dari RM159.00 net sebilik setiap malam termasuk
- Sarapan pagi untuk 2 orang di Melting Pot Cafe
- Akses WIFI untuk 2 peranti
- Daftar keluar lewat sehingga pukul 3 petang
Untuk maklumat lanjut atau tempahan, sila hubungi 03-5512 2200 atau layari shahalam.concordehotelsresorts.com.