Sambut Musim Perayaan dan Tahun Baru di Armada Hotel | Armada Hotel PJ tidak ketinggalan dalam sambutan musim perayaan dan tahun baru. Untuk kali ini mereka telah bersedia dengan pelbagai menu untuk 2 sambutan iaitu perayaan Krismas dan tahun baru. Sebelum ini Naz telah merasai Selera Nostalgia mereka sempena bulan Ramadan yang lalu. Sekarang mari kita lihat apa menu mereka kali ini.

Seperti biasa food review diadakan di Utara Coffee House dan tak lengkap kalau tidak bersama geng makan iaitu CikLilyPutih, MahaMahu & Kitepunye. Memang kecoh bila geng nie berkumpul….

Pada sesi food review kali ini kami telah disajikan dengan 14 menu makanan dan 4 menu dessert. Memang banyak dan pastinya tidak akan putus seleksi buat anda yang bakal menikmati hidangan di Utara Coffee House ini. Dari segi nama makanan ni memang ada yang anda tak pernah dengar tetapi jangan risau semuanya HALAL dan sedap rasanya. Jom lihat apa yang dihidangkan…
Sebagai pembuka selera, kami disajukan dengan Seafood Cajun dan Smoked Salmon with Tuna Rosattes.

Disusuli pula dengan Clam Potage Soup with Garlic Spread and Bread Rolls.

Kemudian hidangan utama menyusul, memang padat dengan pelbagai citarasa yang pastinya menambat hati. Antaranya…









Selain dari itu terdapat juga seleksi lain seperti…


Christmas Pudding
Minced Meat Pie
Carrot Cake in Glass
Yule Log Cake

…dan banyak lagi.
Semua hidangan ini pada harga yang cukup istimewa…
Krismas (24 Disember) dan Buffet Makan Malam Tahun Baru (31 Disember)
Dewasa RM88.00++
Warga Emas RM62.00++
Kanak-kanak RM44.00++
Krismas Hi-Tea (25 Disember)
Dewasa RM75.00++
Warga Emas RM55.00++
Kanak-kanak RM33.00++
Tahun Baru Hi-Tea Buffet (1 Januari 2018)
Dewasa RM68.00++
Warga Emas RM48.00++
Kanak-kanak RM33.00++
Untuk pertanyaan lanjut dan tempahan, anda boleh menghubungi Utara Coffee House di talian 03 – 7954 688 ext 4557
Jom follow mereka laman web www.armada.com.my , di www.facebook.com/HotelArmadaPJ dan di www.instagram.com/HotelArmadaPJ