Puncak Karnival Geng Masjid KEMBALI

KGM 2017 Thumbnail

Puncak Karnival Geng Masjid KEMBALI |  Karnival Geng Masjid kini sampai ke edisi ke 11. Sempena ambang 2018 ini, KGM Event selaku penganjur telah memilih Masjid Puncak Alam Kuala Selangor sebagai lokasi KEMBALI mereka. Siapa sangka selepas 2 tahun mereka bergerak menjelajah Masjid di Malaysia akhirnya kembali ke lokasi pertama Karnival Geng Masjid pada tahun 2015 yang lalu. Karnival ini akan berlangsung pada 29 hingga 31 Disember 2017 hujung tahun ini.

Karnival Geng Masjid 2017 banner

Menyingkap kembali 2 tahun penganjuran mereka di Negeri Selangor dan luar Selangor, jumlah pengunjung yang hadir sudah mencecah 190,000ribu orang untuk 10 buah Masjid. Semoga edisi ke 11 ini mampu menggegarkan Masjid Puncak Alam dengan karnival paling meriah ambang 2018. Kali ini, KGM event telah memilih tema KEMBALI. Pemahaman kembali sangat umum dan 7 antaranya ialah Kembali kepada Masjid pertama, Kembali kepada pencipta, Kembali kepada fitrah beragama, Kembali kepada mencari ilmu, Kembali kepada Sunnah, Kembali kepada keluarga Sunnah, Kembali kepada ekonomi muslim.

Kelainan pengisian siri kali ini ialah dengan penambahan aktiviti untuk menarik lagi pengunjung dari pelbagai sudut. Contohnya Mega Soopa Doopa kerana terdapat lebih dari 10 mainan untuk kanakTkanak, Didi and Friends, kemuncak pertandingan nasyid UNIC GOT STARZ, sesi malam pertama di barzakh dengan van jenazah, Pesta buku Big Book Worm juga pertandingan memasak Piala Tan Sri Rozali. Namun, penganjur masih mengekalkan aktiviti wajib seperti 100 gerai jualan, forum dhuha, forum muslimat, superheroes, pertandingan mewarna, konsert geng masjid, berkuda, memanah dan forum ambang 2018 bersama 5 sahabat.

Aturcara Program KGM

Program ini telah mendapat kerjasama baik dengan Pengurusan Masjid dan Inteam Publishing. Pihak penganjur juga masih mengalu-alukan jika ada pihak yang ingin menjadi Penaja Utama atau memberi sumbangan hadiah pertandingan bagi  menghidupkan rumah Allah dan berkongsi pahala bersama pengunjung kelak.  Antara jemputan selebriti dan penceramah lain yang terlibat ialah IM Hassan,  IM  Asyraf, IM Jabar, IM Nazrul,  PU Rahmat,  PU Amin,  Yusuf Azmi S1M,  Mat Dan, Shamsul Ghau-Ghau, Ust Elyas Ismail, Ust Syed Abdul Kadir Al Joofre, Heliza Helmi, Diana Amir, Ustazah Norhafizah Musa, Ust Syed Norhisyam Tuan Padang, Ust Haslin Baharin, Ust Abdullah Khairy, Ust Dato’ Dr Izhar Ariff, Ust Syamsul Debat, Ust Dusuki, Ust Sheikh Abdul Karim Al Makki, UNIC, Inteam, Asad Motawh, Mawi, Saujana, Chef Zubir, Dr. Affa Rovna, Atu Zero, Bell Ngasri, Aiman THR, Dai Syed, Acap FINE, Paradise.

Aktiviti KGM 2017

Semoga dengan adanya Karnival Geng Masjid Mega nanti bakal memberi satu gambaran yang menarik kepada generasi muda bersesuaian dengan moto kami dakwah atas zaman. Sebarang info lanjut boleh ke Facebook KARNIVAL GENG MASJID dan Instagram KARNIVAL GENG MASJID.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *