Menonton FERDINAND di unBULLievable Quill City Mall | Sempena menyambut perayaan Krismas tahun ini, Quill City Mall meraikannya dengan tema unBULLievable Christmas berkonsepkan filem Ferdinand terbitan Twentieth Century Fox. Pihak pengurusan Quill City Mall telah berbesar hati dengan menaja kami menonton filem ini bersama keluarga.

Sinopsis
Filem menceritakan kisah lembu gergasi yang mempunyai hati yang penyayang. Tidak seperti seekor lembu yang biasa, FERDINAND suka bunga lebih daripada pertarungan digelanggang. Kerana tersilap disangkakan seekor haiwan yang berbahaya, dia ditawan dan dibawa keluar dari rumahnya. Bertekad untuk kembali ke keluarganya, dia menubuhkan sebuah pasukan untuk satu pengembaraan muktamad. Berlatar belakangkan negara Sepanyol, Ferdinand membuktikan bahawa anda tidak boleh menilai seekor lembu hanya dari luaran sahaja.
Dari Blue Sky Studios dan Carlos Saldanha, pengarah “Rio” dan diilhamkan dari buku “The Story of Ferdinand” oleh Munro Leaf dan Robert Lawson, “Ferdinand” adalah pengembaraan komedi animasi yang menghiburkan dengan pelakon semua bintang yang termasuk John Cena, Kate McKinnon, Gina Rodriguez, Anthony Anderson dan banyak lagi.

Filem ini memang elok untuk ditonton seisi keluarga kerana memaparkan banyak nilai-nilai murni seperti kekeluargaan, persahabatan, kasih sayang, tidak putus asa dan jangan menilai seseorang itu hanya dari luaran.
Sebaik sahaja selesai menonton filem tersebut, kami pula disajikan dengan makan tengahari di Restoran Pak Jen Gulai Panas Langkawi. Memang terbaik sebab menyajikan masakan lauk kampung yang sungguh menyelerakan.

Ada Gulai Panas Ikan Bawal, Rendang Ayang, Kangkung Belacan, Kobis Goreng, Ulam dan sambal belacan yang power.





Sampai dua kali la Naz tambah sebab memang lauk dia berasa dan sedap. Jangan lupa untuk cuba masakan di Restoran Pak Jem Quill City Mall


unBULLievable Christmas Quill City Mall
Selepas habis makan tengahari, kami ke Atrium Utama menjadi sebuah Desa Andalusia Sepanyol dengan tema Krismas Bungaan (Christmas Floral) yang diilhamkan dari tempat di dalam filem Ferdinand, yang memberikan pengunjung satu pengalaman seperti dari adegan filem tersebut. Para pengunjung juga boleh merasai Ferdinand dalam versi 3D di ladang Bunga Matahari dan pokok Krismas setinggi 40 kaki dengan elemen-elemen yang diilhamkan dari filem Ferdinand sebagai hiasan.

Banyak aktiviti dan pelbagai hadiah boleh didapati dengan mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut. Naz dan isteri dapat sekumtum bunga Matahari yang segar dari Cempaka Sari Florist dengan memuatnaik gambar bunga Matahari dengan ungkapan positif (positive quote) ke facebook bagi menyebarkan auro positif sempena musim perayaan ini. Kalau nak bunga-bunga yang cantik dan harum, bolehlah dapatkan di Cempaka Florist di Quill City Mall.




Jadi datang lah bersama keluarga di Quill City Mall untuk meraikan detik perayaan Krismas pada 25 Disember ini.