ENCHANTEUR Perfumed Body Lotion | Naz kenal brand ENCHANTEUR ni sejak zaman sekolah lagi walaupun tidak memakainya. Tapi bila dah beristeri dan ada pula anak gadis yang sedang meningkat dewasa, mula la kena ambil tahu serba sedikit pasal produk kecantikan ini. Tahukah anda, ENCHANTEUR bukan sahaja mempunyai produk minyak wangi?

Tu lah Naz baru tahu, sebab sebelum ni cuma tahu ENCHANTEUR mengeluarkan haruman atau minyak wangi sahaja. Rangkaian produk ENCHANTEUR adalah seperti Frangrance, Perfumed Body Lotion, Perfumed Shower Gel/Cream, Roll-on Deodorant, Body Mist, Stick Deodorant dan Perfumed Talc.
Ok lah, kali ni Naz nak kongsikan produk untuk kulit yang dinamakan ENCHANTEUR Perfumed Body Lotion. Perfumed Body Lotion ini bukan sahaja memanjakan si pemakai dengan aroma yang indah tetapi ia juga mengekalkan kulit cantik dan lembut halus. Terdapat 3 kategori iaitu Satin Smooth, 24H Moist dan Radiant White.

SATIN SMOOTH (250 ml)
Aroma yang indah dari Mawar Turki, Gardenias dan Blackcurrent Buds sungguh memikat baunya. Di formulasikan denga Aloe Vera dan Olive Butter untuk memberikan pelembapan dan nutrisi kepada kulit si pemakai.

24H MOIST (220 ml)
24H Moist Perfumed Body Lotion ini boleh memberi kelembapan berpanjangan dan mengekalkan kulit halus licin. Baunya pun amat memikat.

RADIANT WHITE (250 ml)
Haruman Rose dan Iris dipertingkatkan dengan Vanilla berkrim untuk memberikan penjagaan kulit yang lembut. Dirumus khas dengan Vitamin C dan Licorice Extract untuk meringankan dan melembapkan kulit anda sambil melindungi dari sinar matahari.

Bila isteri dan anak dara Naz pakai body lotion ini, habis satu bilik bau semerbak. Yang bagusnya bukan sahaja menjadikan kulit bertambah baik dan halus, wangiannya memberikan kesegaran untuk orang disekeliling. Tak perlu berbelanja besar untuk mendapatkan kulit yang cantik dan licin.
ENCHANTEUR Perfumed Body Lotion ini dijual pada harga RM11.90 sebotol dan boleh didapati di semua pasaraya utama, hypermarket, farmasi dan terkini di kedai dalam talian seperti Watson, Guardian, Lazada dan Shopee.

Untuk maklumat lanjut tentang ENCHANTEUR, sila layari media sosial mereka di:
Laman Web:
www.enchanteur.com.my
Facebook ENCHANTEUR :
www.facebook.com/EnchanteurMY
banyaknya stok lotion! fav fd yg pink tuuu
pink tu kalau pakai, memang wangi satu bilik