Restoran Thai Mueang Kao Harus Dicuba

Mueang Kao Thai Restaurant

Restoran Thai Mueang Kao Harus Dicuba |  Makanan Thai memang sedap, tambahan pula perut tengah lapar kan. Baru-baru ini Naz telah ke Mueang Kao Thai Restaurant yang menyajikan hidangan masakan asli Thailand yang memang sedap, sungguh berperisa asli dan anda pasti nak datang lagi.

Mueang Kao
No. 21 Tingkat Bawah, Jalan SS 22/11, Damansara Jaya, 47400 Petaling Jaya

Restoran Thai Mueang Kao ini baru lagi dibuka tahun ini selepas perayaan tahun baru cina. Ia terletak di No. 21 Tingkat Bawah, Jalan SS 22/11, Damansara Jaya, 47400 Petaling Jaya. Beroperasi dalam 2 sesi, sesi pertama dari jam 11.00 hingga 3.00 petang (makan tengahari) dan sesi kedua dari jam 5.00 petang hingga 11.00 malam (makan malam).

Location

Dekorasi restoran ini simple sahaja dan mempunyai banyak barangan lama yang diguna-pakai sebagai hiasan seperti mesin taip, penyedut hampagas, piano, tv dan bermacam lagi. Kreatif sungguh dan secara tak langsung dapat la Naz menunjukkan kepada anak-anak apa yang dilalui pada zaman 80an & 90an.

Dekorasi dalaman

Ok sekarang kita cerita pasal makanannya. Terdapat lebih daripada 90 menu masakan untuk dipilih…banyakkan! Untuk ikan sahaja dah boleh buat 14 jenis masakan jadi memang banyak la menu dia. Semua masakan ini disediakan oleh seorang Chef dari Thailand yang mempunyai pengalaman 20 tahun memasak masakan Thai. Menurut Chef, mereka menggunakan bahan-bahan asli dan segar sahaja untuk masakan beliau dan ada bahan-bahan yang perlu diimport dari Thailand. Tiada pes segera digunakan sebab Chef membuat pes nya sendiri dari bahan-bahan yang dibelinya.

Meang Kam component

Dimulakan dengan hidangan pembuka selera iaitu Meang Kam. Kalau ke restoran Thai, mesti cuba pembuka selera ini yang mempunyai daun kadok, hirisan is kelapa goreng, hirisan bawang, halia, mangg, cili, kacang goreng, udang kering dan sos istimewa. Ibarat seperti makan sirih, daun tersebut di lipat menjadi kelongsong dan diisi dengan bahan-bahan tadi. Kemudian makan, dan anda akan rasa letusan pelbagai rasa dalam mulut. Naz aje dah makan hampir enam bungkusan Meang Kam ini.

Meang Kam
Ada 2 set saiz untuk dipilih Kecil (RM13) Besar (RM25)

Kemudian pembuka selera yang lain dijamu seperti Fish Cake (RM19) dan Kangkung Goreng sementara menunggu hidangan utama siap.

Fish Cakes & Kangkung Goreng

Hidangan utama yang pertama tiba adalah BBQ Ikan Talapia (RM40.00). Naz sangat rekomen untuk anda cuba sebab Ikan Talapia ini segar dan tak hanyir sebab ia hanya diberi makan isi jagung dan gandum. Isinya terasa manis dan seekor sorang pun Naz boleh hadap dengan sos special tu.

BBQ Talapia

Ikan Talapia hidup

Kemudian Ikan Kerapu Goreng dengan salad manga (RM70). Senang nak makan sedap isinya dah dipotong kiub digaul bersama salad manga.

Deep Fried Garoupa with mango salad

Lain-lain hidangan yang disajikan adalah Prawn Pad Ped with Petai (RM25.00), Dry Curry Chicken (RM18.00), Thai Style Coconut Seafod Otak-Otak (RM25.00), Squid Thai Style Lemon Steamed (RM38.00) dan tak lain tak bukan Tom Yam Seafood (RM35.00)

Prawn Pad Ped with Petai

Dry Curry Chicken

Thai Style Lemon Steamed

Tom Yam Seafood

Kalau anda nak tahu, Tom Yam yang sebenarnya adalah sup jernih bersama bahan-bahan masakan serai, lengkuas, halia dan lain-lain. Tapi harus diingat, sup yang jernih ini jangan disangka tak menyengit! Korang kena datang dan rasa baru tau apa yang Naz maksudkan, tapi memang sedap dan power!

Mango Sticky Rice

Selepas hidangan utama semestinya ada hidangan pemanis mulut, orang kampung kata dessert. Di sini mereka menyediakan 4 jenis pencuci mulut iaitu Pulut Mangga, Aiskrim Kelapa (buat sendiri tau), Red Ruby dan Ubi Kayu Santan Kelapa. Sebab teruja dengan rupa dan rasa dessert ni, terlupa nak ambil harga. Memang sedap habaq hang!

Coconut Ice Cream

Red Ruby

Coconut Tapioca

Harga boleh dikatakan berpatutan, maklum la harga bahan-bahan mentah sekarang kan mahal tapi dengan rasa yang sedap ini memang berbaloi la membayar. Anda kena cuba tau rasai hidangan asli Thai di Mueang Kao Thai Restaurant ini. Naz bagi 4/5 bintang!

Mueang Kao Thai Cuisine

Kalau tersesat, nak buat tempahan atau sebarang pertanyaan boleh hubungi talian 014-2731512 dan follow mereka di www.instagram.com/mueang_kao_thai_cuisine

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *