Ernie Zakri Tampil Single Terbaru “Ku Bersuara” di Bawah Rocketfuel Entertainment

ernie_20zakri_205

Ernie Zakri “Ku Bersuara” di Bawah Rocketfuel Entertainment |  Biarpun sudah hampir sedekad menjejakkan kaki di dalam arena seni nyanyian, bintangnya benar-benar mula bersinar sejak menjuarai pertandingan realiti Duo Star bersama rakan duetnya Syamel. Sejak itu suara dan gaya persembahannya mula mencuri perhatian pencinta muzik tempatan. Kini Ernie Zakri bukanlah satu nama asing dalam dunia hiburan Malaysia.

Selain bergelar penyanyi berbakat, Ernie juga merupakan seorang guru vokal hebat yang pernah mendapat pendidikan tinggi dalam bidang muzik dan mengkhusus pada seni vokal. Kini untuk mengukuhkan kedudukannya dalam dunia seni suara, Ernie Zakri muncul dengan single terbarunya yang berjudul ‘Ku Bersuara’. Lagu ini juga merupakan rakaman pertama penyanyi tersebut sejak bernaung di bawah pengurusan Rocketfuel Entertainment.

ernie Zakri Ku Bersuara

Lebih menarik lagi, ‘Ku Bersuara’ menampilkan rakan duetnya Syamel sebagai komposer dan penulis lirik di samping beberapa nama lain seperti Omar K, Blaine Bakri dan John Jeevasingham. Sesuai dengan kekuatan vokalnya, ‘Ku Bersuara’ merupakan sebuah lagu berkonsep ‘power ballad’ yang mampu menyerlahkan lontaran suara Ernie yang hebat.

Ku Bersuara - Single terbaru Ernie Zakri

Ia disampaikan dengan begitu baik dan dijangka bakal berbekas di hati peminat muzik serantau.

KU BERSUARA


Artis : Ernie Zakri
Komposer: Syamel, OmarK, Blaine Bakri, John Jeevasingham
Lirik: Syamel, Omar K, Blaine Bakri, John Jeevasingham
 
Biarku tulis semua
Perjalanan hidupku
 
Ku huraikan semua
Yang terbuku di dada
Aku sadurkan
Bernada bicara
 
Lemah di mata mereka
Ruang hati dipersia
Aku dipersenda
Ku tak berdaya
 
Dijanjikan mahligai cinta
Terkaburi belaian manja
Yang kusangka tenang
Rupanya tersimpan rahsia
 
C/O:
Ku bersuara saat kau berikan derita
Terpedaya bukan pengakhiran ceritaluka
Tercabarnya diriku
Murahannya katamu
Ku bersuara
 
Dijual pada mereka
Resah jiwa diperguna
Aku tersedar
Jaga dari lena
 
Dijanjikan mahligai cinta
Terkaburi belaian manja
Yang kusangka tenang
Rupanya tersimpan rahsia
 
O:
Ku bersuara saat kau berikan derita
Terpedaya bukan pengakhiran ceritaluka
Tercabarnya diriku
Murahannya katamu
Ku bersuara
 
Ku bersuara..
Terima kasih ku ucap padamu
Terlerai cengkaman jiwa..
 
Repeat C/O

Menurut Feros, Ketua Label MuzikRocketfuel Entertainment Sdn. Bhd., “ Nama Ernie Zakri bukan asing lagi diarena muzik Malaysia. Kekuatan vokalnya mampu menambat hati semua pencinta muzik. Jadi kami dari label Rocketfuel tidak ragu-ragu untuk Ernie menyanyikan lagu berentak ballad ini kerana yakin ini adalah kekuatan beliau. Diharapkan lagu ini akan dapat diterima ramai lebih lagi dengan adanya sentuhan muzik dari Syamel yang sentiasa menyokong rapat karier seni Ernie

Single terbaru ini diterbitkan sepenuhnya oleh Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd. dan bakal menemui peminat-peminat di corong-corong radio seluruh Malaysia tidak lama lagi bermula dari 7 Disember 2018. Selain itu, muzik video rasmi ‘Ku Bersuara’ juga akan mula berada di saluran YouTube Rocketfuel Network tidak lama lagi.

Lagu ini juga boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *