Fesyen Cermin Mata Whoosh Kini Di Sunway Pyramid

Whoosh Eyewear Logo

Fesyen Cermin Mata Whoosh Kini Di Sunway Pyramid |  Whoosh Eyewear ini adalah sebuah kedai fesyen cermin mata “berkonsep terbuka” dan merupakan subsidiari di bawah Focus Point, kini telah melancarkan outlet ke-18 mereka di Sunway Pyramid Shopping Centre baru-baru ini. Ditubuhkan sejak 2015 dan kini muncul sebagai jenama pemakaian produk cermin mata fesyen yang diterima baik dalam kalangan mereka yang menggemari cermin mata yang bergaya.

Pelancaran Kedai Fesyen Cermin Mata Whoosh

Whoosh Eyewear merupakan kedai fesyen cermin mata “berkonsep terbuka” menerima permintaan yang tinggi daripada masyarakat Malaysia dengan pengalaman unik tanpa stress yang menggalakkan pengguna untuk mencuba dan merasai produk cermin mata tanpa didekati atau pun dihurungi oleh pembantu kedai.  Menurut CEO Focus Point, Dato’ Liaw “Ini pastinya satu keunikan Whoosh yang memberikan rasa kebebasan, ruang dan keterbukaan yang menarik minat para pengguna generasi muda yang amat menggemari fesyen.

Dato Liaw-CEO Focus Point

Majlis pelancaran Whoosh Eyewear telah dimulakan dengan sesi perkongsian dari Ms. Evelyn Ch’ng, Pengetua Perunding Imej Emage Style Consultancy, mengenai pemilihan fesyen cermin mata berdasarkan bentuk muka individu, warna kulit, dan juga personaliti seseorang.

Acara diteruskan dengan pelancaran kedai fesyen cermin mata Whoosh oleh VVIP dengan memotong riben.

Kemudian disusuli dengan acara pertunjukkan koleksi fesyen cermin mata Whoosh iaitu Sunnies, Trendy, Urban, Vintage dan Young.

Any series that you need. We have it here in Whoosh Eyewear!

Posted by Whoosh Eyewear on Ahad, 12 Februari 2017

Jenama Whoosh ini dicipta untuk gaya hidup moden yang bergerak pantas, pencipta gaya dan penggemar fesyen cermin mata yang mahu kelihatan bergaya dalam masa singkat, sepantas 30 minit. Sinonim dengan nama kedai “Whoosh” yang memberikan perkhidmatan yang pantas dengan kata cogan “Fast, Fresh, Forward“. Dengan Whoosh, anda mampu memiliki fesyen cermin mata pilihan anda yang bergaya dan menawan sepantas kilat. Masa penyediaan yang pantas antara 30 minit ke 1 jam, juga meningkatkan pengalaman membeli belah kepada para pelanggan.

4 Fixed Prices 3 Easy Steps

Pakej yang ditawarkan untuk fesyen cermin mata pada harga berpatutan juga menarik perhatian para pengguna, terutamanya dalam keadaan ekonomi yang agak mencabar kini. Kedai Whoosh akan selalu mengadakan promosi “Buy 1 Free 1“, “Bingkai cermin mata RM1”, dan banyak lagi bagi memberi peluang untuk para pengguna bergaya dengan fesyen cermin mata idaman mereka.

Hanya perlu melalui 3 langkah sahaja mendapatkan fesyen cermin mata idaman anda di Whoosh:

Pilih (Choose) – Pilih bingkai fesyen cermin mata dari 4 harga tetap; RM165, RM196, RM215 atau RM265;

1-Choose

Periksa (Check) – Periksa penglihatan anda dengan pengamal penjagaan mata profesional Whoosh. Tak perlu buat temu janji!

2 - Periksa

Ambil (Collect) – Dalam tempoh 30 minit* fesyen cermin mata anda sudah boleh diambil dan anda boleh berasa Whoosh!ed!

3- Ambil

 

Lihat sahaja gaya CEO COCO Concept Store, En. Nicholas, menggayakan fesyen cermin mata dari Whoosh. Beliau memang penggemar fesyen cermin mata dan telah memborong begitu banyak sekalai pada hari pelancaran tersebut.

Nicholas CEO COCO Concept Store

Naz pun tak ketinggalan mencuba fesyen cermin mata hitam Whoosh yang ada di sini…

Antara Fesyen Cermin Mata Whoosh Naz cuba

Jadi pada anda yang inginkan fesyen cermin mata yang bergaya dan menawan pada harga berpatutan, boleh lah ke mana-mana outlet Whoosh Eyewear (klik sini).

Ikuti dengan lebih dekat lagi promosi-promosi terkini dari Whoosh Eyewear di laman sosial media mereka seperti berikut:

Web: http://www.whoosheyewear.com/
FB: https://www.facebook.com/WhooshEyewear
IG: https://instagram.com/whoosheyewear
Emel: enquiry@whoosheyewear.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *