Resepi Sup Kacang Peas

Healthy Green Pea Soup

Resepi Sup Kacang Peas |  Resepi sihat Ayam Piccata dengan Pasta dan Cendawan Naz dah kongsi pada blog post lalu, macam mana ada yang dah cuba ke? Seperti yang dijanjikan, kali ini Naz akan kongsikan pula resepi kedua iaitu resepi Sup Kacang Peas yang telah Chef Firdaus ajarkan pada GBWHSA Media Gathering 2017 di Grand BlueWave Hotel Shah Alam.

Chef Firdaus menyediakan sup kacang peas

Seperti biasa, Naz kongsikan bahan-bahannya terlebih dahulu…

Bahan-bahan

  • 2 sudu teh mentega
  • 1 bawang besar dihiris
  • 2 ulas bawang putih juga dihiris
  • 2 (450 gram) kacang peas atau edamame peas
  • 1/2 sudu teh daun dill kering
  • 900ml air stok ayam
  • 1/3 cawan susu
  • garam dan lada hitam secukup rasa

Sup Kacang Peas ini juga merupakan resepi sihat kerana ia kaya dengan protein dan serat yang diperlukan untuk badan. Sup Kacang Peas ini sesuai dijadikan sebagai starter atau pembuka selera anda.

Cara penyediaan

  1. Cairkan mentega didalam periuk besar di atas api yang sederhana tinggi. Tumiskan bawang sehingga kekuningan dan masukkan bawang putih sehingga naik bau.
  2. Masukkan kacang peas dan daun dill periuk dan tuangkan air stok ayam sehingga menutupi paras kacang peas tersebut. Biarkan sampai mendidih kemudian kurangkan api kepada sederhana rendah dan biarkan ia reneh antara 10 hingga 15 minit. Kemudian masukkan susu ke dalam sup tersebut.
  3. Apabila siap hasil sup kacang peas tadi, anda boleh kisar dalam blender sehingga menjadi halus seperti puree. Kisar berperingkat-peringkat sehingga selesai, kemudian taburkan garam dan lada hitam secukup rasa.

Jangan risau, Naz dah rakamkan Chef Firdaus Ismail menunjukkan cara-cara penyediaan sup kacang peas ini… mudahkan lagi buat anda untuk melihat cara penyediaan dari pakar.

Sup kacang peas ini boleh juga dihidangkan dengan roti perancis yang dipotong serong nipis dan disapukan dengan sapuan mentega bawang putih. Naz dah cuba, semangkuk sup kacang peas dan 4 keping roti perancis sudah cukup untuk jadikan diet makan malam Naz.

Chef Firdaus Ismail

Resepi Sup Kacang Peas

Ok sampai sini saja resipi yang Naz pelajari dari Executive Sous Chef Firdaus Ismail, harap-harap dapat lagi panggilan dari Grand BlueWave Hotel Shah Alam atau mana-mana hotel untuk sesi masakan yang lain hehehehe….

Jangan lupa untuk mencuba tau!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *