Pemenang Pertandingan Orchid ‘Be Yourself’ yang Pertama | Untuk pengetahuan semua, ini bukan pertandingan bunga Orchid (Orkid) tau… tetapi ia merupakan pertandingan Orchid ‘Be Yourself’ yang pertama kali dianjurkan oleh rangkaian produk pembersih khusus wanita yang semakin popular, Orchid. Ia adalah usaha memperkasakan lebih ramai wanita di Malaysia untuk berbincang tentang topik kebersihan intim secara lebih terbuka sempena kempen #Malu?TakMalu!.

Pertandingan ini adalah peringkat akhir yang telah diadakan di pusat membeli-belah Alamanda di Purajaya dengan penuh meriah. Finalis-finalis yang berbakat telah memberikan yang terbaik dalam aspek lakonan, nyanyian dan tarian demi merebut peluang memenangi hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM6,000.00, produk eksklusif pembersih khusus wanita Orchid, serta pengalaman sekali seumur hidup untuk membintangi filem pendek bersama duta jenama Orchid, Sazzy Falak, yang akan diterbitkan oleh produksi tempatan terkenal, Metrowealth International Group (MiG). Wow dah menang hadiah wang tunai dan dapat berlakon lagi!

“Wanita-wanita ini memiliki ciri-ciri penghibur – bakat dan kualiti persembahan yang mengagumkan. Dari apa yang kami boleh lihat di sini, mereka yang berjaya telah membuat perancangan terperinci dan latihan sewajarnya. Namun begitu, tiga orang peserta teratas berjaya mengalahkan yang lain menerusi penampilan pentas, keyakinan, interaksi dengan penonton, persembahan dan kreativiti. Secara keseluruhannya, bakat yang ditunjukkan dalam pertandingan ini cukup mengagumkan,” kata Sazzy.

Tempat pertama pertandingan ‘Be Yourself’ telah dimenangi oleh Hamiza Hanapi berumur 32 tahun dari Selangor, tempat kedua disandang oleh Noor Lyianna Binti Akhir Rudin berumur 25 tahun dari Selangor, manakala tempat ketiga jatuh kepada Sharifah Norbaizura Binti Syied Mohd Safie berumur 32 tahun juga berasal dari Selangor. Pertandingan itu diadili oleh pelakon, pengacara TV terkenal tanah air yang juga merupakan duta jenama Orchid, Sazzy Falak, Tan Joo In dari Orchid dan Carrol Tan dari Watsons Malaysia.
Watsons Personal Care Stores (Malaysia) Sdn. Bhd. (Watsons Malaysia) merupakan peruncit produk kesihatan, kesejahteraan dan penyelesaian kecantikan yang beroperasi menerusi lebih 400 stor di seluruh Malaysia turut bergabung dengan Orchid untuk acara peringkat akhir pertandingan Orchid ‘Be Yourself. Sehingga kini, Watsons Malaysia menawarkan 1,000 jenama yang melibatkan ubat-ubatan, suplemen kesihatan, penjagaan kulit, produk kelengkapan dandanan diri dan kosmetik. Produk-produk Orchid boleh didapati di semua cawangan Watsons di seluruh negara.


Produk Orchid
Produk pembersih khusus wanita Orchid dengan Aktif Pencerah Kulit mengandungi bahan-bahan tradisional yang menyegar dan membersih seperti Manjakani, Kacip Fatimah dan Daun Sirih. Bahan-bahan ini menyahbau, mencerah dan memelihara kulit agar lembut. Sekali gus menyediakan satu penyelesaian yang seimbang untuk apa jua jenis kulit. Formula yang lembut telah direka untuk meningkatkan aspek kebersihan, keselesaan dan seimbang dari segi keintimannya. Pada masa sama membantu mengurangkan rasa tidak selesa yang disebabkan oleh perubahan pH pada bahagian intim yang tidak seimbang.
Produk pembersih khusus wanita Orchid hadir dalam tiga varian iaitu Intim, Romantis dan Anggun. Botol dengan bentuk faminin berkapasiti 210ml itu ditawarkan pada harga RM4.75 sebotol dan kini boleh didapati di seluruh negara.
Pertandingan Orchid “Be Yourself”
Pertandingan Orchid ‘Be Yourself’ ini telah dianjurkan pada 30 Mei 2016 hingga 30 November 2016 melalui laman Facebook Orchid telah menerima banyak penyertaan daripada wanita Malaysia yang yakin, moden dan berbakat besar. Pelbagai bakat dipersembahkan seperi lakonan, nyanyian, tarian, malah seni mempertahankan diri. Seramai 12 orang peserta telah disenarai pendek dan layak ke perinkat akhir bagi merebut hadiah yang cukup bernilai ini:
| No. | Nama | Umur | Asal |
| 1. | Ayi Alhamrah |
29 |
Kuala Lumpur |
| 2. | Hamiza Hanapi |
32 |
Klang, Selangor |
| 3. | Noor Lyianna Binti Akhir Rudin |
25 |
Petaling Jaya, Selangor |
| 4. | Norfitriana Binti Yunus |
24 |
Kuching, Sarawak |
| 5. | Norhidayah Binti Abdullah |
21 |
Taiping, Perak |
| 6. | Norlida Binti Ismail |
37 |
Kuala Lumpur |
| 7. | Nur Diana Shazleen |
22 |
Sungai Petani, Kedah |
| 8. | Nur Liyana Binti Ismail |
25 |
Kuala Lumpur |
| 9. | Nurul Syakirah Binti Roslan |
21 |
Klang, Selangor |
| 10. | Rodiah Binti Abdul Mokti |
30 |
Tronoh, Perak |
| 11. | Sharifah Norbaizura Binti Syied Mohd Safie |
32 |
Sungai Buloh, Selangor |
| 12. | Yasmin Izureen |
20 |
Kuala Lumpur |
Pertandingan ini bermatlamat menggalakkan lebih ramai wanita untuk tampil ke depan dan rasa bangga dengan kewanitaan mereka, di samping tanpa rasa malu untuk menangani kebimbangan yang mungkin membuatkan mereka berasa resah atau kurang yakin, kata Cik Tan Joo In, selaku Pengurus Produk, Isi Rumah & Penjagaan Peribadi, Divisyen Pemasaran Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd.



