Gong Cha Memperkenalkan Siri e-Minuman Pertama dengan Shopee

Shopee X Gong Cha

Gong Cha Memperkenalkan Siri e-Minuman Pertama dengan Shopee | Rangkaian penjual teh ‘bubble’ kegemaran rakyat Malaysia Gong Cha dan platform e-dagang no.1 Malaysia Shopee bergabung untuk membawa kepada pengguna Shopee sesuatu yang menarik iaitu Shopee 9.9 Super Drink yang pastinya akan memikat deria rasa lidah, mengukir senyuman di wajah semua orang yang merasainya dan menjadikan mereka mahukan lagi.

Super Drink Shopee 9.9 dengan e-Minuman

Memperkenalkan tiga minuman khas – Mango Matcha Latte, Mango Latte dan Mango Marble, minuman eksklusif dan istimewa ini diperkenalkan dalam perayaan acara membeli-belah tahunan Shopee yang unggul – Shopee 9.9 Super Shopping Day.

Siri e-Minuman: Mango Matcha Latte

Mango Matcha Latte
Mango Matcha Latte tiga lapisan menarik terdiri daripada mangga puri yang manis, matcha dan susu segar berkrim. Walaupun ada yang tertanya-tanya pada gandingan aneh dengan kepahitan dari matcha dan rasa manis dari mangga, mereka sebenarnya saling melengkapi dengan baik ketika dicampur bersama. Jangan lepaskan peluang untuk merasai Mango Matcha Latte ini yang pasti akan membangkitkan deria gastronomi anda.

Siri e-Minuman: Mango Latte

Mango Latte
Rasa Mango Latte halus dan memikat. Teh hijau Gong Cha yang diseduh digabungkan dengan susu segar serta potongan mangga menawarkan tekstur yang unik dan ketagihan terhadap minuman ini. Versi latte teh hijau yang menyegarkan dengan potongan buah ini adalah sesuatu yang anda tidak boleh lepaskan!

Siri e-Minuman: Mango Marble

Mango Marble
Gabungan mangga, dipasangkan dengan teh hijau susu dan buih susu khas Gong Cha, mencipta tekstur marmar yang indah telah diberikan sebagai nama minuman ini. Gabungan buih susu yang kaya dengan krim dan rasa flora mangga telah menjadikan minuman yang menyegarkan ini sesuai untuk nikmati semasa melakukan aktiviti menyeronokkan bersama rakan-rakan.

Gong Cha memperkenalkan siri e-minuman mereka untuk pertama kalinya di mana minuman tersebut hanya boleh dibeli secara digital melalui aplikasi Shopee dan diambil di kedai mereka. Dapatkan siri e-minuman Shopee x Gong Cha sekarang secara eksklusif di Shopee melalui portal dalam aplikasi Voucher Makanan & Perkhidmatan. Voucher Shopee 9.9 Super Drink boleh ditebus di semua kedai Gong Cha di seluruh negara dari sekarang hingga 27 September.

Peminat boleh menikmati minuman dengan harga perkenalan RM7 (Harga biasa: RM10) dari sekarang hingga 13 September. Lebih jimat lagi apabila anda membeli minuman dengan harga RM5 hanya pada tarikh istimewa ini: 1 Sept, 6 Sept dan 9 Sept.

Gunakan kod GC99 semasa pembayaran untuk menikmati pulangan syiling 30% (terhad pada RM5) semasa anda membeli siri e-minuman di Shopee dari 1 – 9 September.

The Shopee 9.9 Super Drink diperkenalkan sempena Shopee 9.9 Super Shopping Day, berlangsung dari sekarang hingga 9 September 2020. Pengguna yang mengunjungi Shopee akan merasai acara membeli-belah yang menarik – penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM9, Shocking Sales setiap hari dengan tawaran RM9, baucar diskaun 50% serta hadiah bernilai sehingga RM99,000 untuk dimenangi menerusi Shopee Games.

Tunggu apa lagi? Lawati https://shopee.com.my/gongcha-shopee-series sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *