Grilled Lamb Herbs, Mudah & Sedap!

Grilled Lamb Herbs_nazlannasirdotcom

Grilled Lamb Herbs, Mudah & Sedap! | Siapa penggemar daging kambing? Kalau ada, kira kita geng. Sebelum nie Naz ada kongsikan resipi lamb rack panggang… kalau terlepas boleh rujuk di link ini https://www.nazlannasir.com/resipi-lamb-racks-panggang-istimewa-sempena-hari-bapa/. Untuk kali ini, Naz nak sediakan Grilled Lamb Herbs (Daging Kambing Bersalut Herba Panggang) yang mudah dan dapat nikmati rasa daging kambing halal sebenar dari True Aussie Beef & Lamb. Jom kita masak………

Untuk merasai rasa daging kambing yang sebenar, Naz kali nie akan masak daging kambing ini dengan beberapa jenis herba. Campuran herba dan daging kambing ini memang kombinasi terbaik untuk menghasilkan rasa yang enak. Jangan percaya apa yang Naz katakana, cuba buat ikut resipi di bawah ini…

Grilled Lamb Herbs - bahan-bahan

Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • Campuran herba kering seperti rosemary, oregano, parsley.
  • Sedikit garam
  • Sedikit lada hitam
  • 2 keping Daging Kambing (shoulder chops dari True Aussie Beef & Lamb)
  • Sedikit Garlic spread
  • 1 buku bawang putting
  • 2-3 sudu Olive Oil
  • 5-7 batang Asparagus
  • Sedikit daun pudina (dihiris halus)
  • Sos Pudina Pekat – untuk dressing sebagai perisa

Sebagai permulaan, kita saluti daging kambing ini dengan campuran herba, garam dan lada hitam. Pastikan semua bahagian disaluti dengan campuran ini dan kita kena tekan-tekan sedikit campuran ini supaya ia melekat kepada daging.

Grilled Lamb Herbs - daging yang telah disaluti dengan campuran herba

Selepas ini, kita panaskan kuali dan letakkan pada api yang sederhana. Kita nak pastikan daging ini dimasak dengan baik. Kita masukkan olive oil, dan letakkan bawang putih Bersama dengan kepingan daging kambing taid. Kita tambahkan lebih kurang 2 sudu garlic spread untuk memberi lebih rasa kepada daging tersebut. Setiap bahagian kita akan grill dalam 5-8 minit untuk dapatkan daging dimasik dengan sepenuhnya. Jika minat medium well boleh grill antara 3-5 minit pada setiap bahagian. Dengan daging dari True Aussie Beef & Lamb ini memang tidak mengambil masa yang lama untuk dimasak.

Apabila daging sudah hampir masak, kita masukkan asparagus untuk dilayukan sedikit dalam 1-2 minit. Itu saja……senangkan!

Kita terus plating aje Asparagus, Daging Kambing dengan Bawang Putih ke atas kayu yang menarik ini….. baru la ala-ala western style kan. Kemudian Naz gunakan Thick Mint Sauce dan hirisan daun pudina ke atas daging tersebut.

Grilled Lamb Herbs served

Memang Padu rasa daging yang lembut disaluti herba yang memberikan kombinasi rasa yang sungguh sedap!

Semoga anda dapat mencuba resipi yang mudah ini untuk keluarga anda. Selamat Mencuba!

#TrueAussieMy #australianbeefandlamb #premiumbeef #lambassador #nazlannasirdotcom

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *