Resipi Lamb Racks Panggang Istimewa Sempena Hari Bapa

Aust-Lamb-racks-4-1

Resipi Lamb Racks Panggang Istimewa Sempena Hari Bapa | Sempena Hari Bapa yang lalu, Naz telah menyediakan satu hidangan daging Kambing dari True Aussie Beef untuk keluarga Naz. Sejak PKP nie, suka plak tengok rancangan memasak dan sambal-sambil tu mencuba satu dua resepi yang nampak sedap.

Grilled Lamb Racks

Jadi tanpa berlengah lagi, Naz akan sediakan Lamb Racks Panggang (Grilled Lamb Racks) dengan Sos Pedas Bawang Putih Mentega bersama Salad Kentang Panggang Dan Roti Panggang (Grilled Lamb Racks with Hot Garlic Butter sauce with Grilled Potato Salads and Grilled Bread).

Bahan-Bahan:

Perapan Lamb Racks

  • 2 ketul Lamb Racks (True Aussie Beef)
  • 1-2 sudu kecil serbuk Ketumbar
  • 1-2 sudu kecil serbuk Jintan
  • 1-2 sudu kecil serbuk Kunyit
  • 1 sudu besar Bawang Putih dicincang.
  • 1-2 sudu besar Minyak Zaitun (olive oil)
  • Sedikit garam
Bahan-bahan perapan Grilled Lamb Racks

Salad Kentang

  • 5 biji Kentang kecil (dipotong 4)
  • 5 biji Baby Tomato (dipotong 2)
  • ½ biji Bawang Holland (dihiris)
  • 5 batang Cendawan Shitake (dihiris)
  • Sedikit Bawang Putih (dicincang)
  • 2 sudu kecil Minyak Zaitun (untuk menumis)
Bahan-bahan untuk Salad Kentang

Sos Pedas Bawang Putih Mentega

  • 2 sudu besar Bawang Putih (dicincang)
  • 2-3 sudu besar Cili Padi (dihiris)
  • 2 sudu besar Mentega
  • 2-3 tangkai Daun Kari
  • Sedikit Gula
  • Sedikit Minyak Zaitun (untuk menumis)
Bahan-bahan untuk sos

Cara Penyediaan Lamb Racks Panggang

Campurkan semua bahan perapan dan gaul sehingga sebati. Kemudian campuran perapan tersebut dilumurkan ke Lamb Racks tersebut. Biarkan 10 minit atau semalaman (lagi sedap rasa daging itu nanti). Kemudian Lamb Racks tersebut dipanggang (grill) di atas kuali leper dengan sedikit minyak Zaitun selama 8-10 minit setiap sisi. Masukkan 2 -3 ulas Bawang putih (yang diketuk) dan daun Thyme. Masukkan mentega atau majerin lembut. Mentega yang cair itu disiram ke Lamb Racks berulang kali bagi memasakkan daging tersebut. Lamb Racks ada 3 sisi yang perlu dipanggang ya.

Menyediakan perapan untuk Lamb Racks
Memangang Lamb Racks
Roti butter dari mentega bekas grill lamb racks

Sementara menunggu daging masak, and boleh panaskan kuali dengan sedikit minyak Zaitun dan masukkan hirisan Bawang Holland, Tomato dan Kentang. Gorengkan bahan-bahan ini selama 4-5 minit sehingga Kentang itu masak. Kemudian masukkan Cendawan Shitake dan gaulkan selama 3 minit lagi dan tutupkan api.

Menyediakan Roasted Potato Salads

Seterusnya kita sediakan sos untuk melengkapkan hidangan ini. Panaskan kuali dengna sedikit minyak Zaitun, masukkan bawang putih yang dicincang bersama dengan cili padi. Tumis sehingga naik bau dan masukkan mentega dan daun kari. Kacau sehingga naik bau daun kari tersebut. Masukkan sedikit gula (jika mahu) dan tuangkan susu isian sejat mengikut berapa banyak sos yang diiinginkan. Teruskan mengacau campuran ini sehingga menggelegak. Pastikan api sederhana dan kacau berterusan. Apabila nampak sos dah semakin likat and boleh tutup api dan tuangkan sos tersebut ke atas Lamb Racks tadi.

Sediakan sos pedas bawang putih mentega

Bila semua komponen dah siap, maka terus lah untuk buat plating dan sudah boleh disajikan untuk keluarga anda.

Menghidangkan Grilled Lamb Racks

Mudah saja kan! Daging Lamb Racks dari True Aussie Beef ini memang daging yang berkualiti dan mudah dimasak.

Semoga resipi ini sedikit sebanyak memberi idea kepada anda untuk menyediakan hidangan istimewa buat keluarga anda. Selamat mencuba!

TrueAussieBeef #PremiumMeat #TheGreatAussieBeefEscape #GrilledLambRacks #NazisCooking #nazlannasirdotcom

2 thoughts on “Resipi Lamb Racks Panggang Istimewa Sempena Hari Bapa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *