Haunted Hotel Menghantui Anda Oktober Ini | Duduk di hotel yang menyeramkan dan macam-macam yang anda nampak! Bukan sekadar nampak tapi ia menggangu anda… bermula 19 Oktober 2017, LOMO Pictures akan mempersembahkan HAUNTED HOTEL di seluruh pawagam tanahair.
HAUNTED HOTEL mengisahkan Ling dan kekasihnya Jun telah mendapat peluang untuk datang ke Malaysia atas urusan kerja dan telah berjaya memenangi wang yang banyak di sebuah kasino. Bersama kemenangan itu, mereka telah terpaksa tinggal disebuah hotel yang dikenali sebagai Haunted Hotel (Hotel Berhantu). Tanpa mereka sedari mereka telah menuju ke satu perjalanan yang sangat menakutkan dimana banyak perkara-perkara aneh yang mula berlaku, mereka sering diganggu oleh seorang wanita yang berpakaian putih.

Apakah yang bakal terjadi kepada pasangan ini Mampukah mereka keluar daripada malapetaka ini? Filem terbaru arahan Ryon Lee ini turut dibintangi Teddy Chin (Malaysia), Alvin Chong (Malaysia), Azman Hassan (Malaysia) dan beberapa pelakon luar negara seperti Aom Sushar (Thailand) dan Li Chuan (China).

Sempena memeriahkan penayangan filem HAUNTED HOTEL ini, pihak LOMO Pictures telah berbesar hati membuat Tayangan Premiere 1 hari lebih awal pada 18 Oktober 2017 jam 2.00 petang di GSC MidValley Shopping Mall. Berita baik, Naz telah mendapat 10 tiket untuk diberikan kepada 5 pembaca setia blog www.nazlannasir.com , terima kasih kepada LOMO Pictures.
Jadi kepada pembaca tegar blog Naz, anda hanya perlu “Like” facebook page nazlannasirdotcom (<—klik sini) dan komen “Saya Nak Tiket Haunted Hotel”. Pembaca bertuah akan dipilih secara rawak dan akan diumumkan pada hari Selasa, 17 Oktober 2017.
HAUNTED HOTEL bakal menghantui malam anda di pawagam seluruh Malaysia bermula 19 Oktober ini.