Jenama Milikan Guardian Kini Ada Logo Halal JAKIM

Jenama Milikan Guardian Suci & Bersih

Jenama Milikan Guardian Kini Ada Logo Halal JAKIM |  HALAL berasal daripada kalimah Arab iaitu halla, yahillu, hillan, wahalalan yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh hukum syarak. Bagaimana nak tahu produk itu halal atau tidak? Di Malaysia, pengguna sudah sedia maklum dengan penggunaan logo Halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan ia gunakan pada produk makanan, produk daging, kosmetik, produk penjagaan diri, bahan makanan, dan bahan hubungan makanan. Kini Guardian juga sudah mendapat pensijilan Hala dari JAKIM untuk produk Jenama Milikan Guardian, dan anda tidak perlu berasa was-was lagi untuk menggunakannya.

Guardian Halal
Produk Jenama Milikan Guardian kini telah mendapat pengesahan Halal JAKIM

Untuk pengetahuan semua, Guardian, rantaian farmasi dan peruncit kecantikan serta kesihatan terkemuka Malaysia yang memiliki lebih 420 premis jualan di seluruh negara, sentiasa memenangi kepercayaan para pengguna dengan produk-produk yang berkualiti yang ditawarkannya. Kesemua produk Jenama Milikan Guardian dikilangkan dengan piawaian kualiti yang tertinggi, dengan produk yang relevan telah diuji dan dibuktikan secara dermatologi, dimana semakin banyak produk ini mematuhi garis panduan halal JAKIM.

Seiring dengan itu, Jenama Milikan Guardian dengan bangganya mengumumkan majoriti produk-produk keluarannya yang relevan kini telah mendapat pengesahan Halal JAKIM dan yang selebihnya di pelbagai peringkat proses pengesahan bagi mendapat sijil tersebut.

Jenama Milikan Guardian
Antara produk Jenama Milikan Guardian…

Pensijilan Halal JAKIM memastikan semua piawaian ketat berkenaan dipatuhi di setiap peringkat pencarian dan pembelian bahan mentah; pembuatan; pengisian pergudangan dan lojistik di kilang bagi memastikan kesucian dan kebersihan kesemua produk-produk yang dihasil menepati syariah Islam. Pensijilan tersebut juga membolehkan kebolehkesanan disetiap peringkat proses bagi memastikan kebertanggungjawab yang lebih besar.

Group photo
Hema Malani, Pengurus, Jualan & Pemasaran, Guardian Health and Beauty Sdn Bhd, Professor Madya Dr. Mohd Nor Mamat, Akademi Pengajian Kontemporari Pengajian Islam, Universiti Teknologi Mara, Farahani Binti Failul Rahman, Penolong Pengurus bagi Perhubungan Awam dan Kerajaan Guardian Health and Beauty Sdn. Bhd., Alfonso Roderos, Pengarah Jenama Milikan Guardian Health and Beauty Sdn. Bhd., Michelle Yeap, Pengurus Produk, Group Health & Private Label, Guardian Health and Beauty Sdn Bhd

Menurut Pengarah Jenama Milikan Guardian Health and Beauty Sdn. Bhd., Alfonso Roderos, produk-produk Jenama Milikan Guardian telah sejak dahalu lagi dihasilkan menepati setiap piawaian kualiti, dan dengan persijilan dari JAKIM untuk rangkaian produk terpilih ini adalah satu peningkatan kepada tahap jaminan untuk pengguna.

Alfonso Roderos
Pengarah Jenama Milikan Guardian Health and Beauty Sdn. Bhd., Alfonso Roderos

“Produk-produk Jenama Milikan Guardian yang disahkan Halal oleh JAKIM diterima baik oleh umat Islam dan bukan Islam kerana mereka mempunyai keyakinan dalam jaminan kualiti. Bagi jaringan meluas produk-produk Jenama Milikan Guardian, pensijilan Halal oleh JAKIM ini menambah satu lagi lapisan kepada keyakinan dan kepercayaan pengguna kepada produk kami. Ia membolehkan pengguna Islam mendapat akses kepada lebih banyak jenis produk yang Halal, lebih-lebih lagi kebanyakannya diuji serta dibuktikan secara dermatologi pada harga yang mereka akan suka.” kata Encik Roderos.

Terdapat lebih dari 400 Jenama Milikan Guardian...
Terdapat lebih dari 400 Jenama Milikan Guardian…

Penolong Pengurus bagi Perhubungan Awam dan Kerajaan Guardian Health and Beauty Sdn. Bhd., Farahani Failul Rahman menjelaskan, “Pengguna bukan Islam kini mula mencari produk Halal kerana kebolehkesanannya mengenai kesucian dan kebersihan produk di sepanjang proses perkilangan. Guardian Malaysia akan terus memperluaskan portfolio produk-produk halal bagi memperkukuhkan lagi janji jenama kami untuk memberikan Kebolehpercayaan, Semangat dan Inspirasi untuk manfaat para pelanggan kami.”

Farahani Failul Rahman
Penolong Pengurus bagi Perhubungan Awam dan Kerajaan Guardian Health and Beauty Sdn. Bhd., Farahani Failul Rahman

“Para pengguna kini memilih untuk membeli label-label seperti beretika, tidak kejam terhadap haiwan yang mana Halal meliputi kebanyakan daripada nilai-nilai dan prinsip-prinsip tersebut,” kata Farahani sambil menambah bahawa dengan Guardian Malaysia, terdapat juga pembekalan produk-produk yang telah diuji dan dibuktikan secara dermatologi pada harga yang disukai para pengguna.

Halal semestinya Jenama Milikan Guardian

Profesor Madya Dr. Mohd Nor Mamat, Akademi Pengajian Kontemporari Pengajian Islam, Universiti Teknologi Mara, seorang pendakwah nasional, penyelidik dan penganjur kesedaran Halal berkata, “Ia amat menyentuh hati melihat sebuah peruncit besar seperti Guardian melaksanakan satu tindakan berskala besar untuk mendapatkan pensijilan Halal oleh JAKIM bagi produk mereka yang berkenaan. Kesanggupan untuk mematuhi syarat-syarat Halal di setiap peringkat proses perkilangan mereka akan memberikan umat Islam dan bukan Islam jaminan bahawa jenama ini amat menghormati kepercayaan pengguna dan komited untuk memberikan mereka kebolehkesanan mengenai kesucian dan kebersihan produk di seluruh peringkat.”

Profesor Madya Dr. Mohd Nor Mamat
Profesor Madya Dr. Mohd Nor Mamat

Dr. Mohd Nor menambah, “Pensijilan Halal JAKIM dikenali di seluruh dunia sebagai yang paling ketat. Produk-produk penjagaan diri peribadi Jenama Milikan Guardian yang telah mendapat pensijilan ini akan dengan mudah diterima di negara-negara yang mempunyai jumlah populasi umat Islam yang besar. Langkah ini akan membuka pasaran yang lebih besar kepada jenama berkenaan dan memberikan pengguna Islam lebih banyak pilihan.

Untuk senarai produk yang disahkan Halal, para pengguna boleh mendapatkannya dipautan www.halal.gov.my

Guardian - Halal

Harga dan Kebolehdapatan

Yakinilah pematuhan, kualiti dan keselamatan produk penjagaan diri peribadi anda yang datang daripada Jenama Milikan Guardian. Keseluruhan jaringan produk-produk berkenaan hanya boleh didapati secara eksklusif di kedai-kedai Guardian di seluruh negara dan e-kedai di pautan https://online.guardian.com.my.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *