HUAWEI Video Sediakan Seleksi Kandungan Percuma Terbaik Di Dimsum Entertainment

HUAWEI Logo

HUAWEI Video Sediakan Seleksi Kandungan Percuma Terbaik Di Dimsum Entertainment | Masa berlalu begitu pantas. Sedar atau tidak, kita kini sudah pun memasuki suku keempat tahun 2020. Justeru, tinggal tiga bulan sahaja lagi sebelum tahun 2020 melabuhkan tirai. Mengimbas kembali beberapa bulan sejak penularan wabak COVID-19, kita terpaksa berhadapan dengan pelbagai norma baharu, terutamanya apabila berhadapan dengan orang ramai, berada di tempat awam dan sewaktu bertugas di pejabat. Sentiasa di sini untuk menghiburkan anda, HUAWEI Video membawakan pelbagai cinta menarik! Antara drama-drama yang mungkin sesuai dengan cita rasa anda termasuklah Go Ahead (China), Sleepless Princess (China), Love Destiny (Thailand), Ashes of Love (China), The Mysterious World (China) dan War and Peace (UK). Sediakan popcorn, jom kita maraton!

HUAWEI Video

● Go Ahead以家人之名 [Mango TV]

Drama Mandarin | 46 episod | 2020

HUAWEI Video - Go  Ahead

Drama ini menceritakan kisah tiga remaja dari keluarga masing-masing yang penuh konflik. Walaupun tanpa berhubungan darah, mereka membesar dengan sikap saling menyokong and bertolak ansur. Kisah cerita ini penuh dengan emosi dan merupakan salah satu drama China yang paling popular.

Pelakon: Tan Songyun, Song WeiLong, Zhang Xincheng

PROMO: Langgan saluran Mango TV dalam HUAWEI Video dan dapatkan RM10 tunai baucar TnG.

Tonton Sekarang: https://bit.ly/2FFFIut

● Sleepless Princess 离人心上 [Mango TV]

Drama Mandarin | 35 episod | 2020

HUAWEI Video - Sleepless Princess

Ini adalah drama zaman dahulu dengan kisah percintaan yang manis dan menyayat hati antara puteri yang tidak digemari dan jeneral yang berwajah batu. Jeneral itu dalam misi untuk menyiasat penyebab kematian saudaranya, yang mungkin mempunyai hubungan dengan isterinya.

Pelakon: Zheng Ye Cheng, Hu Yi Xua

PROMO: Langgan saluran Mango TV dalam HUAWEI Video dan dapatkan RM10 tunai baucar TnG.

Tonton Sekarang: https://bit.ly/2FtiXdn

● Love Destiny [Dimsum Entertainment]

Drama Thai | 40 episod | 2018

HUAWEI Video - Love Destiny

Apakah yang akan anda lakukan jika anda ditakdirkan kembali ke zaman silam? Menambahkan suspen, roh anda masuk ke jasad orang yang telah mati! Selepas mengalami kemalangan, roh seorang ahli arkeologi, Ketsurang kembali ke era Ayutthaya yakni sekitar 300 tahun lampau, dan terperangkap dalam tubuh seorang wanita yang mempunyai sifat angkuh bernama Karaket. Berlainan dengan sifatnya yang sebelum ini, kenalan Karaket berasa pelik. Hal ini turut disedari oleh tunangnya, Det. Sungguhpun pada asalnya Det membenci Karaket, namun dia mula jatuh hati dengan wanita itu, tanpa menyedari bahawa dia jatuh cinta dengan orang yang berbeza.

Pelakon: Pope Thanawat, Bella Campen, Susira Angelina Naenna, Punjan Kawin Imanothai

Tonton Sekarang: https://bit.ly/3c5g1Q1

● Ashes of Love [Dimsum Entertainment]

Drama Mandarin | 60 episod | 2018

Ashes of Love

Ketika dilahirkan, Jin Mi diberi makan sebutir pil yang menyebabkan dirinya tidak akan merasai sebarang perasaan cinta. Setelah dewasa, Jin Mi bertemu dengan Xu Feng iaitu anak kepada Maharaja Syurga. Walaupun Xu Feng menyimpan perasaan terhadapnya, namun Jin Mi tidak merasai perasaan yang sama, sehinggakan dia diperdaya dan membunuh Xu Feng. Kematian Xu Feng menyebabkan dia kembali mempunyai perasaan cinta dan cuba untuk menghidupkan kembali lelaki tersebut. Malangnya, Xu Feng dihidupkan kembali sebagai Raja Syaitan dan cuba untuk berperang dengan Dunia Syurga. Adakah cinta mereka akan kembali terjalin?

Pelakon: Chen Yuqi, Deng Lun, Luo Yun Xi, Yang Zi

Tonton Sekarang: https://bit.ly/3muCrif

● The Mysterious World [HUAWEI Video+ channel]

Drama Mandarin | 12 episod | 2019

The Mysterious World

Shen Yan, dalam perjalanannya untuk menemui identiti sebenarnya, memasuki Secret Twelve Palace dan mengetahui misteri di sebaliknya ketika memerangi dua belas organisasi rahsia.

Pelakon: Will Song, Hu Yi Xuan, Zhang Xiao Ang

Tonton Sekarang: https://bit.ly/3kuBEfh

● War and Peace [HUAWEI Video+ channel]

Drama Inggeris | 6 episod | 2015

War & Peace

Diadaptasi dari novel terkenal oleh Leo Tolsty, War and Peace adalah drama zaman bersejarah tentang bagaimana tiga pemuda mengalami kehidupan, cinta dan kehilangan dengan latar belakang perang Rusia dengan Napoleon dari Perancis.

Pelakon: Paul Dano, James Norton, Lily James

Tonton Sekarang: https://bit.ly/3c9HIa4

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *