Jejaki Anak Anda Dengan Langganan TraqKid | Knightsbridge Resources Sdn Bhd (Knightsbridge Resources) dan U Mobile Sdn Bhd (U Mobile) hari ini merasmikan pelancaran TraqKid, alat penjejak kanak-kanak berasaskan telefon bimbit pertama di Malaysia yang menawarkan sokongan menyeluruh kepada ibu bapa. Apabila mereka memilih perkhidmatan ini, ibu bapa dapat mengetahui lokasi anak mereka secara proaktif. Kemudahan ini juga membolehkan ibu bapa mendapatkan bantuan kecemasan dari pusat panggilan TraqKid dan anggota Program Kepolisan Komuniti Malaysia sekiranya perlu. Sistem TraqKid berfungsi menerusi kad SIM U Mobile yang dilengkapi dengan teknologi perkhidmatan lokasi berasaskan SIM.

Pada majlis pelancaran dan pernandatangan perjanjian, Pengerusi Knightsbridge Resources & Pengasas / Ketua Pegawai Eksekutif bagi Program Kepolisan Komuniti Malaysia, Kuan Chee Heng, berkongsi bahawa perkhidmatan tersebut merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia. “TraqKid menawarkan ciri-ciri penggunaan yang mudah kepada ibu bapa kerana kesemuanya dapat dilakukan menerusi telefon bimbit. Mereka tidak perlu membeli sebarang aksesori lain kerana teknologi berasaskan SIM yang tertanam dalam kad SIM U Mobile mampu mengesan mana-mana alat GSM yang menjadi hosnya.”

Integrasi dengan pusat panggilan dan petugas Program Kepolisan Komuniti Malaysia membezakan TraqKid dengan perkhidmatan penjejak kanak-kanak yang lain di pasaran. “Dalam situasi kecemasan, ibu bapa boleh mendapatkan bantuan untuk menjejaki anak mereka hanya dengan menekan butang di telefon. Setelah amaran dikeluarkan, kami akan mengarahkan anggota kami untuk ke lokasi terkini di mana anak anda dikesan,” kata Kuan.


Beliau seterusnya menggalakkan para ibu bapa untuk menggunakan perkhidmatan ini supaya dapat membantu memastikan keselamatan anak-anak mereka.
Beliau berkata bahawa Kementerian beliau akan bekerjasama dengan para pemegang kepentingan untuk memastikan pemantauan dan perlindungan yang lebih teliti dilaksanakan menerusi aplikasi telefon bimbit yang diperkenalkan oleh Traqkid.
“Marilah kita bersama-sama memastikan perkhidmatan ini dapat melindungi anak-anak kita dengan jayanya,” tambahnya.

TraqKid boleh didapati menerusi tempahan awal mulai 1 November 2017. Langganan bermula pada harga RM58 setiap bulan dengan U Mobile. Semasa pendaftaran, anda perlu membayar yuran pendahuluan sebanyak RM36 bagi Insurans Kemalangan Peribadi. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.traqkid.my.
Majlis pernandatangan perjanjian antara Knightsbridge Resources dan U Mobile telah diadakan hari ini di Royal Lake Club.
About U Mobile
At U Mobile, we are driven by our customers’ passions to create Unlimited Ideas. We make it our business to constantly innovate so that we can create products and services that our customers value most. With the recently awarded additional spectrum of 2x15MHz of 1800MHz bands and 2x5MHz of 900MHz bands switched on along with our continuing commitment to expand our network, we are in position to deliver an enhanced network experience that will add unlimited fun and freedom to our customers’ lives. For more information on U Mobile’s products and services, please visit http://www.u.com.my or contact U Mobile’s customer service at 018-388 1318.About Knightsbridge Resources Sdn Bhd
Our management consulting services focus on clients’ most critical issues and opportunities: Strategy, Marketing, Operations, Technology, Transformation, Digital, Advanced Analytics and Sustainability across all industries. We bring deep, functional expertise, but are known for our holistic perspective: we capture value across the organization and markets. Please contact us via our call centre at +603 2787 7998About Community Policing
We are a non-profit organization and all members strive to work towards a safer community through close cooperation and understanding with the police. Our members consist of ordinary citizens, retired police officers and everyone who cares and concern for the safety of the society. It is our effort to form smart partnership with the police to identify and prioritize problems of crime and social disorder. We share the responsibility in the development and the implementation of proactive problem solving strategies in identified issues.
https://www.cops.org.my