Sambutan Christmas dan Tahun Baru di Sunway Putra Hotel | Apabila masuk suku terakhir tahun, maka jemputan dari pihak hotel mula masuk untuk food review sempena jamuan sambutan Christmas dan Tahun Baru yang bakal menjelang. Kali ini Naz ke Coffee House, Sunway Putra Hotel. Bagi yang tidak tahu di mana Sunway Putra Hotel ini, dulunya ia dikenali sebagai The Legend Hotel. Jom kita tengok apakah hidangan yang boleh dinikmati untuk jamuan makan malam bufet sempena sambutan Christmas dan Tahun Baru.

Setibanya di Coffee House, terus Naz terpandang berjenis-jenis kek dan sungguh berwarna-warni. Betul-betul memanggil manggil untuk dirasai….

Hidangan Pra Christmas
Sebelum ke pencuci mulut, Naz kongsikan hidangan utama mereka yang begitu mewah untuk dinikmati seisi keluarga. Antara hidangan utama yang memang memukau…









Naz nak cuba semua hidangan yang disajikan tapi sayangnya dah kenyang. Antara yang Naz dah cuba adalah…



Seleksi Asia juga ada seperti Tandoori Chicken, Roasted Duck Rice, Chicken with Peppers and Broccoli with Chinese sauce, Roasted Crayfish with Garlic Butter and Parsley.


Manakala bahagian dessertnya pula….











Semua ini boleh dinikmati pada 24 Disember 2017 nanti dengan tawaran harga RM128 net seorang dewasa dan RM64 net untuk kanak-kanak 7 hingga 12 tahun (6 tahun ke bawah percuma).
Hidangan Pra Tahun Baru 2018
Antara hidangan-hidangan yang bakal dinikmati sempena sambutan Tahun Baru 2018 adalah hidangan berkonsep Asia dan Barat. Bagi yang gemar makanan laut, jangan lepaskan peluang menikmati Seafood On Ice seperti Scallops, Udang Segar, Kupang New Zealand, Oyster Korea, Crab Sticks, Slipper Lobster, dan semua ini boleh dicicah dengan sos istimewa Spicy Chili Dip.
Bagi yang inginkan yang lebih berkhasiat, tersedia juga variasi salad dan pembuka selera. Antaranya Smoked Salmon with Sweet Dill Mustard, Prawn Cocktails, Ceviche Snapper with Coconut Cream and Spring Onions, Greek Salad, Russian Salad dan Mixed Mushrooms Salad.
Pengemar keju pula, jangan lepaskan peluang untuk ke Cheese Board Counter dan menikmati variasi keju kualiti terbaik seperti Gouda, Cheddar, Blue Cheese, Garlic Herb, Baby Bell, Brie, Gruyere. Sedap lagi jika dinikmati bersama dengan Creamy Asparagus Soup, Prawn Bisque dan pelbagai roti bun.
Untuk seleksi hidangan utama pula termasuk Claypot Lamb Briyani, Assorted Dim Sums, Pan Fried Turjey with Bananas and Fruity Curry Sauce, Texas Braised Ribs, Lamb Goulash and Tomato Rice.
Manakala untuk hidangan pencuci mulut pula ada Tangy Lime Cake, Mango Tiramisu, Red Dragon Mousse Cake dan Yam Dark Chocolate Truffle Cake.
Untuk tempahan, anda boleh hubungi 03-4040 9888 atau boleh juga emel ke spkl.dine@sunwayhotels.com
Untuk mengetahui update terkini dari Sunway Putra Hotel, anda boleh layari:
Laman Web
putra.sunwayhotels.com
Facebook
www.facebook.com/sunwayputrahotelkl
Instagram
www.instgram.com/sunwayputrahotel