Joe Flizzow Bikin Video Muzik Dengan Mk Dan Jay Park?

Joe_Flizzow-removebg-preview

Joe Flizzow Bikin Video Muzik Dengan Mk Dan Jay Park? | Penyanyi Rap No. 1 Malaysia, Joe Flizzow hari ini memuat naik video-video pendek dalam story Instagram miliknya dengan memaparkan sekumpulan tenaga kerja produksi sedang bersiap untuk penggambaran. Menariknya di sebalik rakaman-rakaman pendek tersebut beliau turut memaparkan latar beberapa jentera mewah ‘supercar’ berkilat disinari lampu neon. Berbusana serba hitam dengan gaya ikonik rap tahun 90-an, Joe tampak cukup bergaya mengenakan but kuning Timberland dan pelitup kepala putih ‘durag’, macam gaya dulu-dulu!

Joe Flizzow penyanyi Rap No 1 Malaysia

Mengenali figura penyanyi dan pengarah urusan Def Jam Asia Tenggara yang sering berkongsi kehidupan sehariannya dengan beriadah di gimnasium dan kadangkala berkebun pada hari minggu menerusi laman sosial instagram, hari ini kelibatnya di set lokasi penggambaran membuat pengikutnya tertanya-tanya adakah beliau sedang menjalani penggambaran iklan komersil ataupun mungkin sedang menjalani penggambaran muzik videonya yang terbaru?

Joe Flizzow, MK and Jay Park

Seakan sedang berteka-teki, dalam beberapa siri rakaman video pendek ‘story’ instagram itu juga, kelihatan kelibat penyanyi rap popular atau lebih mudah kita panggil ‘Most Valuable Player – MVP’ dalam industri hiburan tanahair, MK daripada kumpulan K-Clique turut kelihatan bersama dengan Joe dalam rakaman video pendek tersebut. Seakan mengundang kejutan, peminat-peminat MK juga nampaknya mendapat petunjuk-petunjuk yang menggembirakan buat hip-hop Malaysia apabila MK turut sama memuatnaik rakaman video pendek dalam ‘story’ instagram miliknya. Bermula dengan ‘screenshot’ video-call dengan Joe, hinggalah dia sedang bersiap di ruang persalinan, MK juga kelihatan sedang beraksi di hadapan kamera berlatar belakangkan kereta mewah.

Perkongsian video pendek dan ringkas pada ‘story’ instagram Joe dan MK bagaimanapun telah mengundang banyak persoalan walaupun kebanyakan peminat-peminat hip-hop tanahair seakan-akan sudah mengetahui suatu masa dua bintang besar ini pasti akan digandingkan. Namun, apa yang lebih mengejutkan lagi pada penghujung siri rakaman video pendek tersebut, Joe Flizzow memuatnaik single yang akan terbit berjudul ‘CIAO’ bersama MK dan  penyanyi rap paling popular Korea, Jay Park! Adakah benar kolaborasi besar ini benar-benar jadi? Ya! Kita tunggu saja pengumuman dari Joe sedikit masa lagi.


MENGENAI DEF JAM SOUTH EAST ASIA

Pada tahun 1984, Def Jam Recordings muncul di New York City untuk mendorong budaya hip-hop ke tahap yang baru. Dalam beberapa dekad yang lalu, rumah yang dibina oleh Russell Simmons dan Rick Rubin lebih dari sekadar memenuhi tujuannya dibina, malah ia menjadi antara salah satu pengedar hiburan hip-hop yang paling dikenali di seluruh dunia.

Pada bulan September 2019 dalam satu persidangan All That Matters di Singapura, penubuhan Def Jam South East Asia (SEA) telah diumumkan, dengan barisan bakat besar serantau yang merangkumi Joe Flizzow dari Malaysia, Daboyway dari Thailand, A. Nayaka dari Indonesia, dan Fariz Jabba dan Yung Raja dari Singapura.

Def Jam pernah mewakili nama-nama besar dunia muzik seperti Run-DMC, LL Cool J, The Beastie Boys, Public Enemy, Jay Z, Kanye West, Nas, Rihanna, Justin Bieber, 2 Chainz and Desiigner.

Sejak pelancarannya, Def Jam SEA telah berjaya dalam permainan muziknya dalam acara berprofil tinggi seperti konvensyen Culture Cartel 2019 di Singapura, di samping membantu dengan kemasukan perniagaan sukan global JD Sport ke dalam pasaran Thailand ketika upacara pelancaran label tersebut di Bangkok.

Dengan pengaruh hip-hop yang telah meluas di dunia, tidak lama masa yang diambil oleh Def Jam untuk meluaskan sayapnya di Asia Tenggara dengan barisan hadapan yang berbakat besar. Label ini juga sibuk membawa lebih banyak bakat hebat dari seluruh rantau ini seperti Abubakarxli dari Malaysia, Ben Utomo Indonesia dan Rayi Putra, dan kemasukan Vietnam dan Filipina ke dalam keluarga Def Jam SEA diwakili oleh SeaChains dan VVS Collective.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *