MAMA 2020 Anugerah K-Pop Popular Dibawakan Oleh JOOX Secara Eksklusif

Mnet-Asian-Music-Awards-2020-logo

MAMA 2020 Anugerah K-Pop Popular Dibawakan Oleh JOOX Secara Eksklusif | Perkembangan budaya Korea yang melanda dunia sudah sepastinya tidak dapat disangkal lagi, terutamanya di 2020 ini dengan “Dynamite” BTS yang mendominasi dan mengukir sejarah di carta muzik Billboard; Blackpink yang telah memenangi hati para peminat dan juga jenama-jenama terkemuka dunia; dan juga filem “Parasite” yang berjaya merangkul kemenangan terbesar di salah satu anugerah perfileman berprestij.  Dengan kebangkitan budaya K-Pop di peringkat global, mari sama-sama mengakhiri tahun 2020 dengan meraikan bakat hebat industri ini menerusi artis-artis popular serta muzik mereka. Walaupun berhadapan dengan cabaran luar biasa tahun ini, Mnet Asian Music Awards (MAMA) kembali dengan lebih bertenaga dengan penganjuran secara maya untuk julung kalinya, sekaigus mengeratkan lagi hubungkan para peminat dan artis kegemaran mereka!

BTS akan tampil di MAMA 2020

JOOX, platform muzik paling berdedikasi di Asia, dengan bangganya membawakan acara tahun ini untuk tontonan semua. Ini merupakan kali kelima secara berturut-turut anugerah K-pop berprestij MAMA 2020 disiarkan di JOOX, sekaligus membuktikan komitmen JOOX untuk menyumbang kepada peningkatan meteorik genre K-pop di peringkat Asia terutamanya di Malaysa. Penyiaran MAMA 2020 akan memberikan pengalaman K-pop yang agak berlainan kerana peningkatan penggunaan teknologi AI yang lebih canggih, dan juga terdapat terjemahan sari kata secara serentak di JOOX yang di bawakan oleh teknologi AI, ianya untuk memastikan bahawa peminat tidak akan terlambat menonton momen-momen penting artis K-Pop kegemaran mereka dan juga dapat menikmati anugerah berprestij ini tanpa halangan bahasa.

Mnet Music Asian Awards anugerah popular K-Pop - MAMA 2020

Artis-artis K-Pop kegemaran anda akan tampil pada 6 Disember 2020 (Ahad) di MAMA 2020, yang akan dibawakan sepenuhnya secara online untuk julung kalinya di dalam sejarah penganjuran anugerah ini! BTS, GOT7, IZ*ONE, MAMAMOO, MONSTA X, NCT, SEVENTEEN, TOMORROW X TOGETHER, TREASURE, TWICE dan artis-artis popular K-Pop lainnya dijangkakan akan memberikan persembahan hebat di pentas MAMA 2020! Jumlah undian peminat dari seluruh dunia juga telah menunjukkan peningkatan yang sangat memberangsangkan dan membanggakan kerana ianya telah melebihi jumlah undian daripada tahun sebelumnya. Tempoh pengundian akan berlangsung sehingga 5 Disember di laman sesawang rasmi MAMA.

Anugerah MAMA tahun ini menjanjikan acara yang agak berlainan dan tidak seperti anugerah muzik lainnya kerana dengan tema “NEW-TOPIA”, MAMA 2020 bertujuan menyuntik semangat melalui kekuatan muzik kepada peminat muzik Asia terutamanya di Malaysia dalam menghadapi dunia baharu yang disebabkan oleh pandemik COVID-19. Siapakah yang akan memenangi anugerah MAMA dan dinobatkan sebagai “Artist of The Year 2020” dan “Worldwide Fans’ Choice Awards”? Lagu hit manakah yang akan merangkul anugerah “Song of the Year” dan “Album of The Year”? Jangan ketinggalan untuk menyaksikan pemenang anugerah berprestij MAMA 2020 secara eksklusif di JOOX. Para peminat muzik K-Pop di Malaysia berpeluang untuk memberikan sokongan padu kepada artis-artis kesayangan mereka yang tercalon seperti BLACKPINK, BTS, EXO, IU, Seventeen, TWICE, Zico dan ramai lagi! JOOX juga telah melancarkan katalog karaoke K-Pop terbesar di Asia baru-baru ini dimana peminat muzik dan karaoke dapat menyanyikan lagu-lagu kegemaran seperti lagu terbaharu Blackpink dan pada masa yang sama dapat juga memberikan sokongan padu kepada idola kesayangan mereka.

Angie Tan, Head of JOOX Malaysia said, “K-Pop telah berkembang lebih kuat dari sebelumnya dan telah menjadi fenomena budaya pop. JOOX tidak hanya bangga kerana telah membawakan MAMA, anugerah K-Pop berprestij tahunan ini untuk tahun ke-5 berturut-turut, tetapi kami juga sangat berbesar hati kerana dapat terus mengembangkan pustaka muzik dan katalog karaoke kami dengan trek K-Pop terhangat. “

JOOX memberikan peluang para peminat muzik K-Pop untuk menonton berulang kali persembahan artis-artis kegemaran mereka dan penyampaian anugerah MAMA 2020 selama enam bulan melalui “video-on-demand (VOD)” di aplikasi JOOX! Jangan lepaskan peluang untuk menyanyi dan menari dengan artis kegemaran anda pada bila-bila masa dan di mana sahaja anda berada!

Ikuti rentak lagu K-Pop terbaharu dan terhangat! Nikmati muzik K-Pop kegemaran anda dan persembahan langsung pada bila-bila masa dan dimana jua anda berada dengan memuat turun JOOX di  telefon melalui Apple App Store dan Google Play Store, atau  layari laman web JOOX. Lebih banyak muzik dan persembahan secara langsung oleh artis K-Pop serta pertunjukan dan program baharu yang menarik, yang akan dibawa oleh JOOX kepada anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *