JOOX IDOL STATION Membawakan Sensasi K-pop NU’EST dan ONF

Idol Station - ONF banner horizontal

JOOX IDOL STATION Membawakan Sensasi K-pop NU’EST dan ONF | NU’EST dan ONF adalah dua kumpulan boyband K-pop yang paling hangat dan menawan di saat ini, mereka tidak pernah gagal untuk memberikan persembahan yang terbaik dan memukau di mana sahaja mereka berada! Apakah anda rindu untuk menyaksikan persembahan nyanyian dan tarian mereka dimana akan memukau mata, telinga dan hati anda juga akan ikut menari mengikuti rentak music mereka? JOOX, platform penstriman yang paling berdedikasi di Asia, dengan bangganya membawakan mereka secara langsung kepada para peminat melalui IDOL STATION, program K-pop pertama yang dihasilkan oleh JOOX!

video credit: JOOX

IDOL STATION adalah program impian para pencinta K-pop, kerana akan membawakan NU’EST dan ONF kepada para peminat K-Pop ‘oppa’.  Duduk dan nikmatilah ‘oppa’ kegemaran anda yang akan memancarkan daya tarikan luar biasa mereka dan memberikan anda hiburan hiburan yang tidak dapat dilupakan melalui

persembahan eksklusif dan sesi sembang secara langsung bersama mereka dengan sari kata dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin yang akan di siarkan secara ekslusif di Malaysia!

Bukan sahaja persembahan energetic mereka sahaja yang dapat menghiburkan anda seperti melalui segmen seperti sambutan hari jadi Baekho@Nu’est dan pertarungan tarian ONF, tetapi para idol kpop NU’EST dan ONF juga ingin mengetahui lebih banyak dan mendalam tentang kecintaan anda kepada mereka dengan terlibat dalam sesi sembang secara langsung dan eksklusif bersama para peminat mereka di JOOX. Yang lebih menggembirakan ialah bagaimana anda dapat berinteraksi secara langsung dengan para idola anda dengan menunjukkan sokongan padu anda dan juga anda berkesempatan memberikan hadiah dan JOOX Coins kepada para idola anda!

NU’EST adalah boy band Korea Selatan yang dibentuk pada tahun 2012. Kumpulan ini terdiri daripada lima ahli: JR, Aron, Baekho, Minhyun, dan Ren. Kim Jong-hyun, juga dikenali dengan nama pentasnya JR (Junior Royal), adalah sebagai ketua pasukan.

JOOX Idol Station - NU'EST
NU'EST

ONF, diucapkan sebagai On dan Off, adalah boy band Korea Selatan yang dibentuk pada tahun 2017. Kumpulan ini dianggotai oleh enam orang anggota: Hyojin, E-Tion, J-US, Wyatt, MK dan U. ONF terbahagi kepada dua pasukan. Pasukan ON dan pasukan OFF masing-masing mempunyai tiga ahli. Ketua pasukan ON adalah Hyojin dan ketua pasukan OFF adalah J-US.

JOOX IDOL STATION - ONF

JADUAL PROGRAM STATION IDOL:

ArtistDate (Tue)Time
ONF23/6, 30/6*, 7/7, 21/7Malaysia: 8:30 malam
Baekho @ NU’ES14/7*Malaysia: 8:30 malam

*Jadual Live Chat 30 minit

Tidak cukup dengan program K-pop ini sahaja? Bersiaplah untuk bertemu dengan idola baru anda kerana Bang Si-Hyuk, pengasas Big Hit Entertainment dan BTS, mempersembahkan I-LAND, sebuah program blockbuster konsep baru! Lagu rasmi acara di nyanyikan oleh salah satu bintang paling popular Korea, IU dan telah di lancarkan pada 19 Jun, Jumat yang lalu. 20+ pelatih idola lelaki dari manca negara akan bertanding untuk memenangi hati anda dalam pertunjukan spektakuler ini dengan jumlah kos produksi USD14 juta dan diadakan di studio terbesar dalam sejarah hiburan Korea. Program ini akan ditayangkan secara eksklusif di JOOX bermula pada akhir bulan Jun!

Daftarlah JOOX sekarang kerana JOOX akan terus membawa program program menarik secara langsung yang lebih menarik untuk peminat mereka!

###

Nikmati muzik kegemaran anda dan persembahan secara langsung pada bila-bila masa, di mana sahaja dengan memuat turun JOOX di telephonemelalui Apple App Store dan Google Play Store, atau mengakses laman web JOOX website.

Muat turun sekarang untuk memulakan perjalanan muzik premium anda hari ini!

JOOX QR Code

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *