KITKAT Berkongsi Rezeki Bulan Ramadan Dan Syawal Ini

Raya_Bersama_KITKAT_Key_Visual-removebg-preview

KITKAT Berkongsi Rezeki Bulan Ramadan Dan Syawal Ini | Kedatangan bulan Ramadan dan Syawal mengalu-alukan nilai-nilai murni seperti saling berkongsi dan menyayangi, serta sifat sentiasa bersyukur. Bulan yang suci ini sering disambut bersama mereka yang tersayang oleh orang Muslim di seluruh dunia, selain menggalakkan sifat-sifat murni buat diri sendiri dan juga orang di sekeliling kita. Dalam usaha untuk terus mengukir senyuman, KITKAT ingin berbuka puasa dan menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama para penggemarnya pada musim perayaan ini.

KITKAT menghayati kebaikan Ramadan melalui kempen #RezekiDikongsiBersama yang akan berlangsung di seluruh negara mulai 1-April hingga 31-Mei 2022. Sepanjang tempoh ini, dengan setiap pembelian pek KITKAT, RM0.10 akan didermakan kepada rumah kebajikan terpilih, termasuklah Yayasan Food Bank Malaysia, Dignity for Children Foundation dan EPIC Homes.

dengan setiap pembelian pek KITKAT, RM0.10 akan didermakan kepada rumah kebajikan terpilih, termasuklah Yayasan Food Bank Malaysia, Dignity for Children Foundation dan EPIC Homes.

Kempen #RezekiDikongsiBersama turut memacu #SupportLokal melalui kerjasama dengan dua perniagaan tempatan. Salah satunya ialah “BINGKA”, sebuah jenama reka bentuk yang unik berasaskan budaya Malaysia. Kolaborasi ini bakal membawakan barangan eksklusif BINGKA x KITKAT yang istimewa untuk dijual sempena berlangsungnya kempen ini, termasuk sebuah balang kaca Luminarc KITKAT rekaan BINGKA. Perniagaan kedua pula ialah “Sugar and I“, sebuah kedai roti disukai ramai yang akan menjual bombolini berperisa KITKAT. Sejajar dengan misi kempen, kedua-dua rakan kongsi hebat ini akan turut mengambil bahagian untuk mendermakan seperatus daripada jualan mereka sepanjang tempoh kempen berlangsung.

BINGKA x KITKAT
Limited Edition BINGKA x KITKAT

Frédéric Porchet, Pegawai Eksekutif Perniagaan untuk Unit Perniagaan Konfeksi, Nestlé Malaysia dan Singapura, berkata “Ramadan sering disambut dengan perasaan murah hati dan ihsan. Dengan itu, KITKAT ingin menjadi sebahagian daripada sambutan ini. Sebagai sebuah jenama coklat kesukaan rakyat Malaysia, kempen ini merupakan satu cara kecil untuk kami melibatkan diri pada musim perayaan yang cukup bermakna ini. Pertubuhan-pertubuhan kebajikan ini telah dipilih atas usaha murni yang mereka lakukan serta teladan baik yang dipamerkan. Sumbangan melalui kempen ini diharap akan dapat menyokong program-program mereka di masa hadapan dan membawakan lebih kebaikan buat masyarakat yang memerlukan.”

Yayasan Food Bank Malaysia mengagihkan bantuan makanan kepada masyarakat kurang bernasib baik manakala Dignity for Children Foundation sedang berusaha untuk membasmi kitaran kemiskinan dalam kalangan kanak-kanak miskin bandar melalui pendidikan berkualiti. EPIC Homes pula membantu mempertingkatkan taraf hidup dengan membina dan menyediakan tempat perlindungan, dengan tumpuan khas buat masa ini terhadap komuniti Orang Asli di Semenanjung Malaysia.

KITKAT meraikan perayaan ini bersama para penggemarnya menerusi keluaran produk Edisi Raya dengan reka bentuk perayaan baharu menghiasi bungkusannya. Produk-produk istimewa inspirasi Raya ini termasuk Balang Kaca KITKAT Luminarc dengan 2 Beg Kongsi Mini KITKAT, Pek Pelbagai Perayaan KITKAT 4F 3+1, Sarung Perayaan Beg Kongsi KITKAT 12s dan Sarung Raya KITKAT Senses.

KitKat Senses

KITKAT juga menawarkan cara baharu untuk anda berkongsi keseronokan Raya! Tunjukkan bagaimana anda Berkongsi Rezeki menggunakan filter #RezekiDikongsiBersama, dan jangan lupa saksikan video muzik Raya mereka serta hantarkan ucapan Raya kepada orang tersayang melalui KITKAT E-greeting.

#KITKATEasyRecipeasy

Terokai kreativiti di dapur pada bulan Ramadan dan Syawal ini. KITKAT menjemput para peminatnya untuk mencuba resipi-resipi yang sesuai untuk musim perayaan ini.

KITKAT Nestum Cookie Cups

KITKAT Kuih Cara Manis Pandan

Video baharu #KITKATEasyRecipeasy akan disiarkan di https://www.youtube.com/KitKatMalaysia

Lawati kami di https://www.facebook.com/kitkatmalaysia atau https://www.dearnestle.com.my/ untuk maklumat lanjut.

#KITKATMalaysia

#HaveABreakHaveAKITKAT

#RezekiDiKongsiBersama


Mengenai KITKAT Nestlé

Dicipta pada tahun 1935, KITKAT menjadi sebahagian daripada rangkaian produk konfeksi Nestlé pada tahun 1988, dan telah berkembang menjadi satu daripada jenama terbesar Nestlé. Snek ringan ini merupakan salah satu jenama coklat kegemaran Malaysia dan dieksport ke 14 negara di seluruh dunia. KITKAT Nestlé merupakan jenama konfeksi global pertama menggunakan 100% koko yang diperolehi secara lestari menerusi Pelan Koko Nestlé.

Ungkapan “Have a break, have a KITKAT” (Berehat sebentar, Bersama KITKAT) menggambarkan dengan tepat misi KITKAT – untuk membantu anda berehat sebentar apabila anda paling memerlukannya. Raikan saat-saat  keseronokan, kespontanan, kelazatan, nikmat, dan ganjaran bersama KITKAT.  Sama ada anda terbenam dalam timbunan kertas dan fail kerja atau anda bekerja seperti jentera, anda boleh menikmati kudapan manis ini, yang diperbuat daripada 100% koko lestari, pada bila-bla masa, di mana-mana sahaja dan dengan apa jua cara. KITKAT ialah produk buatan tempatan 100% Halal yang dikeluarkan di kilang Nestlé yang disahkan Halal di Chembong, Negeri Sembilan.

Mengenai Nestlé Malaysia

Nestlé merupakan pengeluar makanan dan minuman terbesar di dunia. Dengan ibu pejabat yang terletak di Switzerland, Nestlé beroperasi di lebih 180 buah negara di seluruh dunia dan kesemua pekerja kami seramai lebih 270,000 orang komited dalam membantu mencapai tujuan Nestlé untuk merungkai kuasa makanan demi meningkatkan kualiti kehidupan bagi semua, pada hari ini dan untuk generasi akan datang. Matlamat kami didorong oleh strategi Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan kami. Sejak tahun 1912, Nestlé dipercayai oleh para pengguna kami menerusi jenama-jenama dan produk kami yang berkualiti.  Kami komited dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat di mana saja kami beroperasi, sambil mengekalkan kecemerlangan dan integriti Halal. Ini selaras dengan janji kami dalam memberikan “GOOD FOOD, GOOD LIFE” kepada semua.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana kami telah membantu rakyat Malaysia menjalani kehidupan sihat selama lebih satu abad, sila layari www.nestle.com.my atau laman Facebook kami di http://www.facebook.com/Nestle.Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published.