Molfix Pilih Awal Ashaari Dan Scha Alyahya Sebagai Duta

MOLFIX

Molfix Pilih Awal Ashaari Dan Scha Alyahya Sebagai Duta | Pemain industri FMCG terkemuka global, Hayat, pengeluar lampin berjenama kelima terbesar dunia, dalam misinya untuk memenuhi keperluan ibu dan bayi serta memberi sinar dalam perjalanan menempuh dunia keibuan. Hayat telah mengumumkan pasangan selebriti popular Scha Alyahya dan Awal Ashaari sebagai duta jenama yang pertama bagi jenama lampin Molfix di Malaysia.

Molfix, jenama lampin ke-5 terbesar dunia, menamakan pasangan selebriti terkenal Malaysia, Awal Ashaari dan Scha Alyahya bersama anak perempuan mereka Lila Amina sebagai duta jenama.

Molfix telah menyantuni berjuta bayi dan ibu di lebih 100 buah negara. Jenama ini berhasrat untuk memberikan kegembiraan kepada ibu dan bayi di seluruh dunia. Sebelum jenama ini meluas di negara Asia Tenggara seperti Vietnam, Thailand, dan Malaysia, Molfix telah membuat kajian ke atas ibu dan kanak-kanak secara meluas bagi memenuhi keperluan serta gaya hidup terkini. Hari ini, melalui jenama Molfix,  mereka sekali lagi bersedia untuk memberi sentuhan istimewa yang lembut, selesa serta dapat mengukir senyuman dan kebahagiaan kepada para ibu dan bayi di Malaysia.

Awal Ashaari dan Scha Alyahya menandatangani autograf pada produk Molfix di Kilang Hayat Kimya di Turki.

Mengulas mengenai keluarganya yang terpilih sebagai duta jenama Molfix, Awal Ashaari berkata, “Saya amat berbesar hati untuk menyertai Molfix sebagai seorang duta jenama tersebut. Kami juga berpeluang melawat negara Turki di mana terletaknya Pusat R&D, fasiliti pembuatan serta berpeluang untuk melihat setiap perincian. Kami tidak pernah sesekali bekerja dengan jenama yang kami tidak percaya. Justeru itu, kami berpendapat bahawa Molfix memenuhi permintaan para ibu bapa dan kami telah menemukan lampin yang terbaik bagi anak kami dan bayi yang lain.”

Awal Ashaari dan Scha Alyahya, duta jenama Molfix Malaysia sedang diberi taklimat di pusat R&D dan kemudahan pembuatan di Turki.

Scha Alyahya turut berkongsi pengalamannya menjadi duta jenama ini dengan anaknya Lila. Jelasnya, “Saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih di atas kesempatan yang amat berharga ini. Saya amat berbesar hati kerana Molfix telah memilih saya dan suami, Awal Ashaari, dan juga anak saya Lila untuk mewakili Molfix di Malaysia. Sebelum ini saya berpeluang pergi ke Turki semasa mengandung anak pertama saya. Saya mula mengenali jenama Molfix buat pertamanya kalinya ketika saya sedang berjalan di kedai serbaneka dan pasaraya kerana jenama tersebut merupakan antara jenama yang terkenal di Turki. Tambahan pula, ianya hanya terdapat di beberapa buah negara sahaja.”

Duta jenama Molfix Malaysia, Awal Ashaari dan Scha Alyahya, mengalami pratonton khas mengenai pembangunan produk Molfix di kemudahan Hayat Kimya di Turki.

“Ianya memang menarik minat saya. Apabila kami menimang anak kedua, jenama Molfix masih belum memasuki Malaysia. Kini, apabila saya berkesempatan untuk mencuba produk Molfix pada Lila, dan apabila jenama tersebut memilih saya, saya berasa amat berbesar hati kerana terpilih sebagai duta. Setelah mencuba produk tersebut, Lila memakainya dan dia dilihat berasa amat selesa dan gembira walaupun ketika sedang aktif kerana lampin ini tidak menyebabkan sebarang ruam dan kegatalan pada kulitnya. Ia membantu anak saya menjalani aktivitinya dengan baik. Perkara-perkara sebegini mampu membuatkan kaum ibu seperti saya berasa amat senang hati dan tenang,” tambah Scha Alyahya.

Awal Ashaari dan Scha Alyahya, pasangan selebriti Malaysia, melawat kemudahan pembuatan Molfix di Turki.

“Kami amat berbesar hati di atas kesudian Scha Alyahya dan Awal Ashaari untuk menyertai keluarga besar Hayat Malaysia sebagai duta jenama Molfix. Kualiti dan profesionalisme yang dimiliki oleh kedua-dua ikon tersebut selaras dengan jenama Molfix dalam membantu usaha kami untuk menyampaikan keunikan dan kebaikan produk ini dengan setiap keluarga di Malaysia,” kata  Alp Bilgili, Pengurus Besar Hayat Malaysia

“Kami percaya bahawa duta jenama Molfix Malaysia akan menjadi ikon rujukan yang berpengaruh di kalangan ibu bapa yang sentiasa menginginkan yang terbaik buat anak-anak mereka; individu yang berpegang pada komitmen, mempunyai daya tarikan semula jadi serta memiliki gaya hidup premium yang didedikasikan demi kebahagiaan, yang mana turut diidamkan oleh semua ibu bapa, serta mencerminkan personaliti jenama dan imej Molfix dalam banyak aspek,” jelas Alp Bilgili.

Awal Ashaari (keempat dari kiri) dan Scha Alyahya (lima dari kanan) berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada pasukan Molfix, sebagai duta jenama Malaysia.

Molfix berhasrat untuk menjadi antara jenama terkemuka dalam masa lima tahun di setiap negara dengan menawarkan produk penjagaan bayi yang berkualiti premium. Pengguna kini lebih berhati-hati dan cenderung untuk memilih produk yang diperbuat daripada bahan semulajadi bagi memastikan produk tersebut tidak mengakibatkan ruam pada kulit sensitif. Dengan matlamat untuk menawarkan produk yang lebih baik serta dalam usaha untuk memahami keperluan pengguna Melayu, Molfix berharap dapat memberikan keselesaan dan kegembiraan kepada bayi-bayi di seluruh Malaysia.


Tentang Hayat Holding

Hayat Holding, yang diasaskan pada tahun 1937, merupakan pemain global semasa dengan 41 syarikatnya beroperasi dalam industri berbeza, termasuk Hayat dalam sektor barangan pengguna yang bergerak pantas (FMCG), Kastamonu Entegre dalam sektor panel berasaskan kayu, dan Limaş dalam sektor pengurusan pelabuhan, dengan tenaga kerja lebih 17,000 orang. Kami mencipta sebanyak 46 jenama Turki yang dihasilkan dengan teknologi canggih di 36 kemudahan pengeluaran di 12 negara kepada berjuta-juta pengguna di seluruh dunia.

Mengenai Barangan Pengguna Hayat

Beroperasi dalam sektor barangan pengguna yang bergerak pantas, Hayat diasaskan pada tahun 1987. Hari ini, memajukan laluan globalisasi dengan pantas serta dengan 21 kemudahan pengeluaran di lapan negara di seluruh dunia, Hayat menduduki tempat ke-45 dalam senarai “Pengeksport Terbesar Turki” mengikut data pada tahun 2020 dengan eksportnya ke 100 negara. Dengan prestasi pengeluarannya di Turki, ia menduduki tempat ke-39 dalam senarai “500 Perusahaan Perindustrian Teratas di Turki”.

Hayat ialah pengeluar lampin berjenama ke-5 terbesar di dunia dan pengeluar tisu terbesar di Timur Tengah, Eropah Timur dan Afrika serta merupakan pemain utama dalam sektor barangan pengguna yang bergerak pantas (FMCG). Dengan 15 jenamanya yang berpengaruh, termasuk Molfix, Bebem, Molped, Joly, Bingo, Test, Has, Papia, Familia, Teno, Focus, Nelex, Goodcare dan Evony dalam kategori kebersihan, penjagaan rumah, tisu dan kesihatan diri, Hayat telah membawa HAYAT* ke berjuta-juta rumah di lebih 100 negara.

*”Hayat” dalam bahasa Turki bermaksud “hidup”

Dengan berpegang terhadap kepercayaan bahawa setiap orang di dunia ini mempunyai hak untuk mendapatkan akses kepada produk berkualiti terbaik pada harga yang berpatutan, Hayat telah membawa produknya ke geografi di mana ia beroperasi dan menjalankan perniagaannya dengan fokus pada kualiti tinggi dan inovasi sejak hari ia beroperasi. diasaskan.

TENTANG MOLFIX

Kedudukan antara 5 teratas di dunia!

Kami merupakan  pengeluar lampin berjenama ke-5 terbesar di dunia

Yang pertama dari Molfix!

Kami mementingkan aspek kesihatan dan kebersihan dengan menggunakan pembungkusan tahan bakteria kami dan penggunaan UV-C (cahaya) dalam pengeluaran!

“Jalinan ikatan Cinta”

Dengan projek tanggungjawab sosial Bond with Love, kami membantu ibu dan bayi untuk menghubungkan kehidupan dengan kasih sayang.

KEPERCAYAAN JENAMA MOLFIX

Molfix; percaya bahawa dunia keibuan adalah satu perjalanan penerokaan yang menakjubkan. Dalam perjalanan ini, para ibu menerokai bayi mereka.

Bayi menerokai dunia dan para ibu akan turut gembira apabila bayi mereka mula belajar mengenal dunia.

Sepanjang perjalanan ini, para ibu belajar semula mengenai kreativiti, ketahanan, kesabaran, penyelesaian praktikal dan perincian yang luar biasa dengan bayi mereka.

Semua ibu mulai menyedari  ‘naluri anak dalam jiwa mereka’ dengan kehadiran bayi mereka.

Molfix Natural hadir untuk menyokong para ibu dan menjadi teman mereka dalam perjalanan yang menakjubkan ini!

Dunia keibuan adalah sebuah pengembaraan yang terbaik dalam hidup anda.

Anda harus mengalaminya.

Jenama global Molfix

Molfix telah digunakan oleh ibu-ibu di lebih 100 negara selama 23 tahun.

Molfix ialah jenama lampin yang ke-5 terbesar di dunia!

Molfix adalah teman terbaik buat para ibu dalam perjalanan mereka membesarkan bayi.

Merupakan penyokong terbesar terhadap keselesaan dan kebahagiaan bayi.

Molfix memulakan pengeluaran di Turki pada tahun 1998. Ia menyentuh kehidupan berjuta-juta bayi sepanjang hampir suka abad perjalanannya serta membuatkan ibu tersenyum.

Menurut pendekatan pembuatan Molfix, semua bayi berhak mendapatkan yang terbaik. Mengikut prinsip ini, ia menawarkan produk inovatif dan berkualiti tinggi yang berada dalam capaian semua orang, serta menghasilkan produk untuk kesihatan bayi di 8 kilangnya di benua yang berbeza.

Kisah Kejayaan Global Molfix

Molfix berhasrat  untuk “Membesar bersama mereka, untuk belajar bersama mereka” pada setiap peringkat pengalaman ibu dan bayi.

Molfix sentiasa meneliti keperluan dan jangkaan ibu dari negara yang berbeza. Molfix mereka bentuk produk inovatifnya berdasarkan penyelidikan pengguna dan pasarannya.

Molfix prihatin terhadap kaum ibu, belajar bersama mereka; memerhatikan keperluan bayi mereka.

Molfix membawa cerapan penyelidikannya bersama dengan trend dunia. Ia menyatukan dan mengubah idea ciptaannya kepada teknologi, produk dan kebahagiaan baharu di Pusat R&D.

Para ibu daripada negara yang berbeza lebih menggemari kualiti Molfix. Terima kasih kepada para ibu, jenama kami kini menjadi  peneraju pasaran di pelbagai negara di seluruh dunia.

Molfix, yang sentiasa inovatif dalam pengeluaran tisu basah; juga memberikan faedah kesihatan dan keselesaan kepada bayi menerusi produk yang berbeza.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *