Koleksi Raya Butik Haqqi TTDI

Koleksi Raya Butik Haqqi TTDI |  Minggu lepas Naz ada kongsikan tentang Haqqi sebagai hab produk ibadah Haji dan Umrah [ https://www.nazlannasir.com/butik-haqqi-hab-produk-ibadah-haji-dan-umrah/ ] serta fesyen pakaian Islamik. So sekarang Naz nak kongsikan pengalaman pergi bershopping di Haqqi cawangan Taman Tun Dr. Ismail pulak untuk persiapan raya tahun ini. Jom kita tengok apa yang ada di sini…

Butik Haqqi TTDI

 

Lokasi Haqqi TTDI

Haqqi TTDI ini terletak di No 14 Jalan Wan Kadir 4, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur. Cawangan TTDI ini mula beroperasi pada 15 Disember 2017 dan kini sudah 5 bulan usianya. Ia berdekatan dengan pasar besar awam TTDI sederet dengan Menara LGB. Peminat tudung Naelofar sure tahu kat mana lokasi ini. Ini merupakan kawasan komersial da nagak susah juga untuk mendapatkan parking. Jadi Naz suggest untuk gunakan perkhidmatam MRT dan turun di Stesen TTDI, dan hanya jalan kurang dari 5 minit dan anda sudah sampai.

Haqqi TTDI map

Koleksi Terpilih Raya Haqqi TTDI

Butik Haqqi TTDI ini tidak lah sebesar cawangan utamanya di Shah Alam dan menampilkan koleksi pakaian terpilih seperti Jubah, Kurta, Baju Kurung, Baju Melayu, Dress, Jubah Seluar, Blouse, Kimono, Cardigan, Tudung, Telekung, kelengkapan ibadah haji dan umrah dan lain-lain lagi. Stok agak terhad tetapi Naz gembira bershopping di sini kerana tidak sesak. Nak pilih pun senang dan dapat cuba betul-betul pakaian tersebut.

Butik Haqqi TTDI selesa

Lihat sahaja koleksi yang ada di sini…. Berwarna-warni dan pelbagai design menarik.

Jubah Wanita
Jubah Wanita

Jubah Seluar

Jubah Seluar

Tudung
Tudung
Telekung
Telekung
Kelengkapan Ibadah Haji & Umrah
Kelengkapan Ibadah Haji & Umrah

 

Jubah Lelaki
Jubah Lelaki

Rangkaian Koleksi Kurta

Untuk tahun ini, Naz memilih Kurta untuk dipakai sempena Hari Raya nanti. Dekat butik sini ada jenama dari Haqqi sendiri, Al Mukarramah, IzzueXclusive, dan beberapa lagi jenama lain.

Kurta Haqqi terdiri terdapat beberapa design seperti Limited Edition, Firas, Firdausy, Bazil, Lutfy, Fikri, dan lain-lain. Material kain cotton lembut dan sederhana tebal dengan mutu jahitan yang kemas. Bidang yang besar dan potongan lurus.

Ini Kurta Firas dan Naz mengenakan saiz L (biasanya XL). Kurta ni berkolarkan ala Teluk Belanga dan mempunyai tona warna yang gelap dari baju. Jadi memberikan efek yang menarik, tak le plain sahaja kan. Mempunyai poket di dada kiri dan kantungnya ke dalam baju. Ditambah juga poket tepi kiri kanan untuk letak barangan seperti telefon, kunci kereta dan juga dompet. Butang di dada dan 1 butang di bahagian kolar. Ruang kolar yang agak luas dan sangat selesa bila dikancingkan butang (baju raya sebelum ni ruang kolar agak sempit dan selalu rasa macam tercekik bila kancing butang). Di hujung lengan ada sedikit klim warna yang sama seperti di kolar, memberi lagi karakter kepada baju ini. Ada belahan di belah kiri dan kanan hujung baju ini untuk memudahkan untuk menyarung kurta ini. Harga asal adalah RM139 dan harga diskaun RM89 sahaja.

Kurta Firas
Kurta Firas

Kurta Haqqi Limited Edition pula potongannya agak slim fit dan Naz kena pakai saiz XXL. Terdapat logo huruf H (Haqqi) di bahagian dada kiri dan tiada poket depan dan sisi. Terdapat 2 butang di dada terselindung dan 1 butang di kolar. Harga asal RM139 dan harga diskaun RM89 sahaja.

Kurta Haqqi Limited Edition
Kurta Haqqi Limited Edition

Haqqi - Kurta Limited Edition

Kurta Al Mukarramah nie ada beberapa design seperti Hasiq, Lateef, dan Ar Riyad. Untuk kurta ini memang bidang besar dan Naz muat saiz M. Tapi malangnya semua saiz M habis dijual (tak de rezeki). Ada 4 jenis warna Merah, Biru Tua, Putih dan Krim.

Kurta Al Mukarramah
Kurta Al Mukarramah
Kurta Al Mukarramah 3
Kurta Al Mukarramah…berlainan design

Kurta Al Mukarramah 2

Kurta IzzueXclusive pula ada Kurta Korea (berserta seluar), Germany, France, Casual Amigos dan bermacam lagi. Agak unik Kurta IzzueXclusive ni sebab cutting dia lain dari kebiasaan. Untuk Kurta Korea, kolarnya seperti Cekak Musang tetapi ada potongan V dan mempunyai 2 butang. Mempuyai poket sisi kiri kanan. Pada bahagian bawah ada belahan V, dan kain belakang agak panjang skit (salah satu elemen pakaian Kpop). Pada lengan pula bahagian hujung mempunyai zip bagi memudahkan untuk menarik baju untuk tujuan mengambil wuduk. Ini kerana potongan lengan agak kecil. Harga asal RM159 dan harga diskaun RM199 sahaja.

IzzueXclusive - Kurta Korea
IzzueXclusive – Kurta Korea

Lagi satu Kurta Germany ala baju kemeja berlengan panjang. Kolar stail ‘Band’ terbuka di bahagian depan dan 6 butang di hadapan. Mempunyai poket sisi kiri kanan. Pada bahagian tepi ada belahan dalam bentuk suku bulatan memberi karakter kepada baju ini. Harga asal RM79 dan harga diskaun RM55 sahaja.

IzzueXclusive - Kurta Germany
IzzueXclusive – Kurta Germany

Casual Amigos ni boleh dijadikan baju raya untuk pergi jalan-jalan, iaitu sejenis t-shirt berkain tebal dengan stail rekaan Kpop. Kolar bulat (roundneck) dan lengan pendek dengan lipatan dihujung. Mempunyai poket tampal di depan bahagian kiri bawah. Bahagian bawah baju potong beralun dan mempunyai kain yang lebih panjang di bahagian belakang. Menarik jugak design ni…. Harga asal RM99 dan harga diskaun RM79 sahaja.

IzzueXclusive - Casual Amigos
IzzueXclusive – Casual Amigos

So kalau ada yang berkenan di hati, jangan segan silu untuk datang bershopping raya di Butik Haqqi TTDI.

Jom follow Butik Haqqi TTDI di Instagram HaqqiTTDI dan juga Instagram utama Haqqi. Kalau anda sibuk, boleh juga membeli dalam talian di haqqi.com.my

 

#haqqi #haqqittdi #haqqiootd #haqqiraya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *