Love At First Swipe Pertemuan Cinta Di Hujung Jari | Video portal tonton sekali lagi berkolaborasi dengan Jinnyboy TV mempertaruhkan drama terbaharu, Love at First Swipe yang menggandingkan Fabian Loo dan Koe Yeet bermula 24 Disember 2018!

Menurut Puan Airin Zainul, Pengarah Tonton, Pelesenan dan Pembarangan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, “Selepas kejayaan atas kerjasama sulung dalam menerbitkan filem original tonton, By My Side dengan Jinnyboy TV, kami ingin terus memaparkan drama yang lebih dekat dengan situasi sebenar hidup dan penonton dapat menjiwai jalan cerita seterusnya seronok untuk mengikuti drama tersebut.”
Siri original tonton ini mengisahkan Hann (Fabian Loo) seorang guru berumur dalam lingkungan 30an yang masih solo. Hann mempunyai kehidupan yang bosan dan tertekan dengan rakan-rakannya supaya mencari teman hidup menerusi aplikasi mencari jodoh (dating apps). Hann mengalah dengan desakan tersebut. Hann mencuba dan akhirnya hubungan akrab terjalin dengan Jess (Koe Yeet).
Hubungan Hann dan Jess berjalan dengan lancar sehinggalah pelajarnya mengusik Hann kerana mencari jodoh melalui aplikasi. Oleh itu, Hann mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Jess. Kehilangan Jess membuatkan Hann menilai semula tanggapannya terhadap cinta di dalam era digital. Akhirnya, cinta kembali dalam hidup Hann di luar jangkaannya.
“Kerjasama kami bersama tonton bermula dengan By My Side dan kini dengan siri terbaharu tonton, Love at First Swipe. Kami ingin buktikan bahawa mereka yang bermula dari YouTube mampu keluarkan sesuatu yang berkualiti dan berharap rakan-rakan seperjuangan kami punyai peluang seperti kami.” Kata Jin Lim, Penerbit Eksekutif Love at First Swipe.

Love at First Swipe turut menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Pauline Tan, Naim Daniel, Izzat Mushtaq, Dennis Yin, Brandon Ho, Adib Alexx dan ramai lagi! Kesemua episod telah di muat naik pada 24 Disember 2018. Tambahan itu, dengan pengumuman terkini di mana tonton boleh di akses tanpa sebarang bayaran, para penonton boleh menyaksikan himpunan drama menarik pada bila-bila masa dan di mana jua.
Terus menonton kesemua drama kegemaran anda di www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi tonton secara percuma sekarang!




