Pelancaran Teater 4DX Pertama di Lembah Klang di GSC 1Utama! | Golden Screen Cinemas, pawagam terkemuka Malaysia, melancarkan auditorium teater 4DX pertama di Lembah Klang, membawakan teknologi sinematik 4D terkemuka di dunia oleh CJ 4DPLEX Korea Selatan ke GSC 1Utama. Dengan teknologi ini, penonton boleh menikmati pengalaman sinematik pelbagai deria yang disampaikan oleh sejumlah 20 gerakan signature dan kesan persekitaran.

“Selepas memperkenalkan 4DX hampir setahun yang lalu di GSC Paradigm JB, kami bangga dan teruja untuk mengumumkan bahawa kami akhirnya membawa satu lagi pembaharuan pawagam ini kepada penonton filem di Lembah Klang, yang telah menantikan ketibaannya,” kata Koh Mei Lee, Ketua Pegawai Eksekutif, Golden Screen Cinemas. “Kami percaya bahawa penonton di KL dan Selangor pasti akan menghargai apa yang ditawarkan oleh teknologi baru ini, yang akan menyampaikan janji kami untuk menyajikan pengalaman pawagam yang menyeronokkan, kerana ia meningkatkan cara para pelanggan mengalami keajaiban filem dengan menarik dan kesan mendalam seperti salji, hujan, gerakan, dan banyak lagi.”

kesan percikan air 
kesan buih-buih sabun 
kesan salji
“Teknologi 4DX memberi peluang kepada para pengarah untuk mempamerkan filem dengan cara apa yang perlu mereka rasai. Terdapat beberapa pengalaman dalam teater 4DX yang begitu berbeza sehingga ia tidak dapat direplikasi oleh pawagam tradisional. Ia mengubah paradigma filem bagi penonton yang sebelum ini hanya menonton sahaja kepada merasai keterujaan seperti terbabit dalam filem tersebut melalui gerakan dan kesan yang disajikan,” tambahnya.

GSC mensasarkan untuk membuka dua lagi lokasi 4DX pada 2019, yang akan ditempatkan di GSC IOI City Mall, Putrajaya serta di GSC Southkey, Johor Bahru. Selain 4DX, GSC juga bersedia untuk membuka pawagam ScreenX pertama pada 2019 – teater pelbagai projek yang membolehkan pengalaman filem panorama 270 darjah. Dengan menggunakan sistem proprietari untuk mengembangkan skrin ke dinding sisi, penonton boleh melampaui kerangka tradisional dengan pengimejan sekeliling yang memberikan rasa seperti berada di dalam filem.
Untuk maklumat lanjut, log masuk ke www.gsc.com.my.